Bab 11. Sesungguhnya para imam adalah uli amri llah dan penyampai ilmu-Nya

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Uli Amri LLahi Dan Penyimpan Ilmu-Nya (anna al-A'immah a.s wulaat amri llahi wa khazanat 'ilmi-hi

(75)-1. Muhamad bin Yahya al-'Attar, daripada Ahmad bin Abu Zahir, daripada al-Hasan bin Musa, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah wulaat amri llah, penyimpan ilmu Allah dan bekas wahyu Allah"

(76)-2. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ali bin Asbaat, daripada bapanya Asbat, daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya kami adalah penyimpan khazanah Allah di langit-Nya dan di bumi-Nya, bukan di atas emas dan perak, tetapi di atas ilmu-Nya"

(77)-3. Ali bin Musa, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id dan Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Nadhar bin Suwaid secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah kedudukan kamu semua? Beliau a.s telah berkata: Kamilah penyimpan ilmu Allah (nahnu Khazzan 'ilmi llahi), kamilah terjemahan wahyu Allah (nahnu taraajumati wahyi llahi) dan kamilah Hujjah Allah yang menyampaikan (hujah) kepada orang yang berada di langit dan di bumi"

(78)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada Muhammad bin Fudhail daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman : Kesempurnaan hujahku adalah di atas mereka yang celaka daripada umatmu yang telah menjauhkan wilayah Ali dan [wilayah] para wasi selepasmu kerana pada merekalah sunnahmu dan sunnah para nabi sebelum daripadamu. Mereka adalah penyimpan ilmu-Ku selepas kamu" Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menceritakan kepadaku nama-nama mereka dan nama-nama bapa mereka"

(79)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abdullah bin Abu Ya'fur berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Ibn Abu Ya'fur, sesungguhnya Allah adalah Satu di dalam kesatuan, Tunggal di dalam perintah-Nya, maka Dia telah menciptakan makhluk, lalu Dia menetapkan perintah untuk mereka. Maka kamilah mereka itu, wahai Ibn Abi Ya'fur, Kamilah Hujjah-Hujjah Allah pada hamba-hamba-Nya, [kamilah] penyimpan ilmu-Nya dan kamilah yang menjalankan perintah-Nya"

(80)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu'awiyah dan Muhammad bin Yahya, daripada 'Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja'far, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami, lalu Dia menciptakan kami dengan baik. Dia telah membentukkan kami (sawwara-na), lalu Dia telah membentuk kami dengan baik. Kemudian Dia telah menjadikan kami bendahari-bendahari-Nya di langit-Nya dan di bumi-Nya. Pokok-pokok bercakap untuk kami dan melalui cara ibadah kami, Allah a.w disembah (bi 'ibadati-na 'ubida llahu). Sekiranya kami tidak ada, nescaya Allah tidak disembah (laula-na ma 'ubida llahu)"