Bab 18. Sesungguhnya ayat-ayat yang disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah para imam a.s

Sesungguhnya Ayat-Ayat (Tanda-Tanda) Yang Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (inna al-Ayat al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)

(103)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mua'lla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali, daripada Daud al- Raqiy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s "Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (ayat-ayat) dan para rasul yang memberi peringatan (al-Nuzur) bagi mereka yang tidak beriman" Beliau a.s telah berkata: Al-Ayat adalah para imam dan al-Nuzur adalah para nabi a.s.

(104)-2. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad al-'Ajali, daripada Yunus bin Ya'qub secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Mereka telah mendustakan ayat-ayat kami kesemuanya" Iaitu para wasi kesemuanya.

(105)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abu 'Umair atau selain daripadanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah bertanya anda tentang tafsir ayat ini "Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?" Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepadaku, jika aku mahu, aku memberitahukan mereka dan jika aku tidak mahu, aku tidak memberitahukan mereka, tetapi aku akan memberitahukannya kepada anda tentang tafsirnya. Aku telah berkata: "Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?" Beliau a.s telah berkata: Ayat itu adalah tentang Amir al-Mukminin a.s. Amir al-Mukmin a.s pernah berkata: Tidak ada bagi Allah a. w ayat yang lebih besar daripadaku dan tidak ada bagi Allah berita yang lebih besar daripadaku (ma li-llah ayat hiya akbar min-ni wa la li-llah min naba'in a'zamu min-ni)