Bab 3. Perbezaan antara rasul, nabi dan muhaddath

Perbezaan Antara Rasul, Nabi Dan Muhaddath (al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabi wa al-Muhaddath)

(10)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasir, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zurarah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Dan dia adalah seorang rasul dan nabi" Apakah rasul dan apakah nabi? Beliau a.s telah berkata: Nabi adalah yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya (al-Ladhi yara fi manami-hi), mendengar suaranya (wa yasma'u al-Saut), tetapi tidak melihatnya ketika jaga (wa la yu'ayanu al-Malak). Rasul adalah yang mendengar suara malaikat [ketika jaga], melihatnya ketika mimpinya dan ketika jaga. Aku telah berkata: Apakah kedudukan seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihat malaikat ketika mimpinya dan ketika jaganya (yasma' al-Saut wa la yara wa la yu'ayinu al-Malak). Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya "Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi" dan tidak pula seorang muhaddath (imam) .

(11)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ismail bin Marrar berkata: Al-Hasan bin al-'Abbas al-Ma'rufiy telah menulis kepada al-Ridha a.s a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah perbezaan antara rasul, nabi dan imam? Perawi telah berkata: Maka beliau a.s telah menulis atau berkata: Perbezaan antara rasul, nabi dan imam bahawa sesungguhnya rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail, maka beliau melihatnya, mendengar percakapannya dan wahyu diturunkan ke atasnya (al-Rasul yanzilu 'alai-hi Jibrail fa-yara-hu wa yasma u kalama-hu wa yanzilu 'alai-hi al-Wahyu) beliau melihat[nya] di dalam mimpinya seperti mimpi nabi Ibrahim a.s. Dan nabi sama ada beliau mendengar percakapan malaikat atau beliau melihatnya tanpa mendengarnya (al-Nabi rubbama sami'a al-Kalam wa rubbama ra'a al-Syakhs wa lam yasma'). Sementara imam adalah yang mendengar percakapan malaikat dan tidak melihatnya (al-Imam huwa al-Ladhi yasma' al-Kalam wa la yara al-Syakhs)

(12)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada al-Ahwal berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang rasul, nabi dan muhaddath , beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail secara berdepan, lalu beliau melihatnya dan bercakap dengannya, maka ini adalah rasul (al-Rasul al-Ladhi ya'ti-hi Jibrail qubulan fa-yara-hu wa yukallimu-hu fa-hadha al-Rasul). Adapun nabi, maka belaiu melihat [malaikat] di dalam mimpinya seperti mimpi Ibrahim a.s dan mimpi Rasulullah s.a.w tentang sebab-sebab kenabian sebelum turunnya wahyu sehingga Jibrail mendatanginya daripada Allah dengan risalah. Muhammad s.a.w ketika terkumpul sifat kenabian dan risalah, Jibrail telah mendatanginya dari sisi Allah dan bercakap kepadanya mengenainya secara berdepan. Di kalangan para nabi ada yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya, didatangi oleh al-Ruh (malaikat) dan bercakap dengannya tanpa melihatnya ketika jaga. Muhaddath adalah yang dicakapkan kepadanya (muhaddath), lantas beliau mendengar [suara malaikat], tetapi beliau tidak melihat dengan matanya atau beliau tidak melihat di dalam mimpinya (al-Muhaddath fa-huwa al-Ladhi yuhaddath fa-yasma', wa la yu'ayan wa la yara fi manami-hi).

(13)-4. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Hassan daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin Ya'qub al-Hasyimiy, daripada Marwan bin Muslim, daripada Buraid, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya "Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi" (dan tidak pula seorang yang dicakapkan kepadanya (muhaddath)? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini bukanlah bacaan kita, maka apakah rasul, nabi dan muhaddath? Beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang mana malaikat menampakkan dirinya kepadanya dan bercakap kepadanya (al-Rasul yazharu la-hu al-Malak fa-yukallimu-hu). 
Dan nabi adalah yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya (al-Nabi huwa al-Ladhi yara fi manami-hi). Kemungkinan terkumpulnya kenabian dan kerasulan pada seseorang. Sementara muhaddath mendengar suara [malaikat], tetapi tidak melihat bentuknya (al-Muhaddath al-Ladhi yasma' al-Saut wa la yara al-Surah). Aku telah berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara benar untuk anda- bagaimana beliau mengetahui bahawa apa yang beliau melihat di dalam mimpinya itu benar dan ia daripada malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau diberikan taufik kepada kebenaran sehingga beliau mengetahuinya, Allah telah menamatkan kitab-kitab dengan kitab kamu dan menamatkan para nabi dengan nabi kamu.