Bab 6. Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang lelaki, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah

Jika Tidak Tinggal Di Bumi Kecuali Dua Orang Lelaki, Nescaya Salah Seorang Daripada Mereka Berdua Adalah Al-Hujjah (anna-hu lau lam yabqa fi al-Ardh illa rajulani la-kana ahadu-hu-ma al-Hujjah)

(30)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn al-Tayyar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang lelaki, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah".
(31)-2. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya mereka berdua, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isa Ibn 'Ubaid, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hamzah bin al-Tayyar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika dua orang tinggal, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah di atas sahabatnya"
Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa adalah seperti di atas.

(32)-3. Muhammad bin Yahya, daripada mereka yang beliau telah menyebutnya, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ja'far bin Muhammad daripada Kiram berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika manusia ada dua orang lelaki sahaja, nescaya salah seorang daripadanya adalah seorang imam" Dan beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya orang yang paling akhir mati adalah seorang imam (inna akhir man yamut al-Imam) supaya seorang tidak akan berhujah dengan Allah bahawa Dia telah meninggalkannya tanpa seorang Hujjah bagi Allah ke atasnya"

(33)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy, daripada Ali bin Ismail, daripada Ibn Sinan, daripada Hamzah bin al-Tayyar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang, nescaya salah seorang daripadanya adalah al-Hujjah"- Atau yang keduanya adalah al-Hujjah-Syak (riwayat) adalah daripada Ahmad bin Muhammad.

(34)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Nahdiy, daripada bapanya, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jika tidak ada di bumi kecuali dua orang, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah seorang imam"