Bab 7. Mengenali seorang imam a.s dan merujuk [segala perkara] kepadanya

Mangenali Seorang Imam Dan Merujuk [segala perkara] Kepadanya (Ma'rifat al-Imam wa al-Radd ilai-hi)

(35)-1. Al-Hasan bin Muhamad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' berkata: Muhammad bin al-Fudhail telah menriwayatkan kami, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah disembah oleh orang yang mengenaliNya. Adapun orang yang tidak mengenali Allah, maka sesungguhnya beliau menyembahnya sedemikian di dalam keadaan sesat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah ma'rifatullah? Beliau a.s telah berkata: Membenarkan Allah a.w (tasdiq), membenarkan Rasul-Nya dan mewalikan Ali a.s sebagai seorang imam serta para imam yang mendapat pertunjuk [selepasnya], pelepasan diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka. Demikianlah Allah dikenali"

(36)-2. Al-Hasan, daripada Mu'alla, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ahmad bin 'Aidh, daripada bapanya, daripada Ibn Uzinah berkata: Beberapa orang telah memberitahu kepada kami, daripada salah seorang daripada dua imam a.s telah berkata: Seorang itu tidak menjadi mukmin sehingga beliau mengetahui Allah, Rasul-Nya dan para imam semua mereka termasuk imam pada zamannya, beliau merujukkan [semua perkara] kepadanya dan menerimanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Bagaimana beliau mengetahui yang akhir sedangkan beliau tidak mengetahui yang pertama ?

(37)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Zurarah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Beritahukan kepadaku pengetahuan tentang imam (ma'rifat al-Imam) daripada kamu wajib di atas semua makhluk? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a. w telah mengutus Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul kepada semua manusia dan Hujjah bagi Allah ke atas semua makhluk-Nya di bumi-Nya. 
Lantaran itu, sesiapa yang telah beriman dengan Allah dan dengan Muhammad Rasulullah, mengikutinya, membenarkannya, maka pengetahuan tentang imam daripada kami (ma'rifat al-Imam min-na) adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu tidak mengikutinya dan membenarkannya dan tidak mengetahui hak kedua-duanya, bagaimana beliau wajib mengetahui imam sedangkan beliau tidak beriman dengan Allah, Rasul-Nya dan tidak mengetahui hak kedua-duanya? 
Aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan Rasul-Nya pada apa yang diturunkan Allah, adakah wajib ke atas mereka mengetahui hak kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya, tidakkah mereka mengetahui polan dan polan? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda terfikir bahawa Allah telah meletakkan di hati mereka pengetahuan tentang para imam a.s? Demi Allah, Syaitan telah meletakkan perkara itu pada hati mereka, tidak, demi Allah, hanya Allah a.w yang telah memberi ilham kepada mukminin tentang hak kami"

(38)-4. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada 'Umru bin Abu al-Miqdam, daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w diketahui dan disembah oleh orang yang mengetahui Allah dan mengetahui imamnya daripada kami Ahlu l-Bait. Sesiapa yang tidak mengetahui Allah a.z dan ([tidak] mengetahui imam daripada kami Ahlu l-Bait, maka sesungguhnya beliau mengetahui dan menyembah selain daripada Allah. Demi Allah, beliau adalah sesat (wa man la ya'rif Allah a.z wa la ya'rif al-Imam min-na Ahlu l-Bait fa-inna-ma ya'rifu wa ya'budu ghaira llah ha-kadha wa llahi dalalan)

(39)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Mu'awiyah bin Wahab, daripada Dhuraih berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang para imam selepas s.a.w, maka beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin adalah seorang imam, kemudian al-Hasan seorang imam, kemudian al-Husain seorang imam, kemudian Ali bin al-Husain seorang imam. Kemudian Muhammad bin Ali seorang imam. Sesiapa yang mengingkari mereka, maka beliau sepertilah mengingkari pengetahuan tentang Allah (ma'rifat Allah) dan pengetahuan tentang Rasul-Nya s.a.w. Kemudian aku telah berkata: Kemudian anda, aku telah menjadikan diriku tebusan anda- aku telah mengulanginya sebanyak tiga kali-, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah meriwayatkannya kepada anda supaya anda terdiri di kalangan para saksi Allah di bumi-Nya"

(40)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abu Laila, daripada bapanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak menjadi soleh (la takunu salihin), sehingga kamu mengetahui; dan kamu tidak mengetahui sehingga kamu membenarkan; dan kamu tidak membenarkan sehingga kamu menyerah kepada empat pintu . Yang pertamanya tidak ada guna melainkan dengan akhirnya. Tersesatlah mereka yang mengikuti sahabat yang tiga akan kesesatan yang jauh (wa dalla ashab al-Thalathah wa tahu taihan ba'idan). 
Sesungguhnya Allah tidak akan menerima melainkan amalan soleh dan Allah tidak akan menerima [amalan soleh] melainkan mencukupi syarat-syarat dan perjanjian-perjanjian. Sesiapa yang menyempurnakan segala syarat-Nya dan melaksanakan sebagaimana diceritakan olehNya di dalam janiji-Nya, nescaya beliau akan mendapati apa yang ada di sisi-Nya dan Dia melaksanakan apa yang Dia telah menjanjikannya. Sesungguhnya Allah telah memberitahu kepada hamba-Hamba-Nya jalan-jalan pertunjuk dan menyalakan untuk mereka lampu-lampu isyarat dan memberitahu kepada mereka bagaimana mereka berjalan. Maka Dia telah berfirman "Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar" . Dan Dia telah berfirman "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari mereka yang bertakwa" 
Oleh itu, sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menuruti apa yang telah diperentahkan oleh Allah kepadanya, maka beliau akan berjumpa dengan Allah sebagai mukmin yang menuruti apa yang telah dibawa oleh Muhammad s.a.w. Jauh bagi mereka yang telah hilang peluang dan mati sebelum mendapat hidayat serta menyangka bahawa mereka telah beriman, tetapi mereka telah melakukan syirik kepada Allah tanpa mereka mengetahuinya.
Sesiapa yang memasuki rumah-rumah menerusi pintu-pintunya, maka dia mendapat pertunjuk. Sesiapa yang mengambil selain daripadanya, maka dia melalui jalan yang rosak. Allah telah menyambungkan ketaatan kepada wali-Nya (waliy al-Amr) dengan ketaatan kepada Rasul-Nya. 
Dan ketaatan kepada Rasul-Nya dengan ketaatan kepada-Nya. Justeru sesiapa yang tidak mentaati Uli al-Amr, maka dia tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya. Iaitu sebagai pengakuan kepada apa yang telah diturunkan dari sisi Allah a.w "Pakailah pakaian yang indah di setiap masjid" dan dapatkanlah rumah-rumah yang "diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya" Sesungguhnya Dia telah menceritakan kepada kamu bahawa mereka "Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang" .
Sesungguhnya Allah telah memilih para rasul untuk melaksanakan urusan-Nya. Kemudian Dia telah memilih mereka untuk membenarkan peringatan-Nya, maka Dia telah berfirman "Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan" . Sesungguhnya telah sesatlah orang yang jahil dan mendapat hidayah orang yang melihat dan memahaminya. Sesungguhnya Allah a.w berfirman "Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada" . Justeru bagaimana orang yang tidak dapat melihat akan mendapat pertunjuk? Bagaimana orang yang tidak memikir secara mendalam akan melihat? Ikutilah Rasulullah dan Ahlu l-Baitnya. Perakuilah apa yang telah diturunkan dari sisi Allah dan ikutilah kesan-kesan petunjuk, kerana mereka adalah alamat amanah dan ketakwaan.
Ketahuilah sesungguhnya jika seorang itu mengingkari Isa Ibn Maryam a.s dan mengakui orang yang selain daripadanya di kalangan para rasul, maka beliau bukanlah seorang mukmin. Ikutilah jalan dengan mendapatkan lampu isyarat (al-Manar) dan dapatilah kesan-kesan di sebalik hijab, nescaya kamu akan menyempurnakan urusan agama kamu dan kamu beriman dengan Allah tuhan kamu.

(41)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin al-Husain bin Saghir, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada Ruba'i bin Abdullah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah enggan melakukan perkara-perkara melainkan dengan sebab-sebab. Lantaran itu, Dia telah menjadikan setiap sesuatu sebabnya. Dia telah menjadikan setiap sebab itu penerangan. Dia telah menjadikan setiap penerangan itu ilmu. Dan Dia telah menjadikan setiap ilmu itu pintu yang bercakap . Sesiapa yang mengetahuinya, maka beliau mengetahuinya. Sesiapa yang tidak mengetahuinya, maka beliau tidak mengetahuinya. Inilah Rasulullah s.a.w dan kami.

(42)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-'Ala' bin Razin daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Setiap orang yang mentaati Allah dengan ibadat yang memenatkan dirinya, tetapi beliau tidak mempunyai seorang imam untuknya daripada Allah, maka ibadatnya tidak diterima; beliau adalah sesat dan kebingungan. Allah benci kepada amalannya. Orang seperti itu adalah seperti seekor biri-biri yang tersesat jauh daripada kumpulannya dan gembalanya, berjalan ke sana dan ke sini di sepanjang hari. Apabila malam tiba, maka ia melihat sekumpulan kambing bersama gembalanya, lalu ia pergi kepadanya dan ia tertipu dengannya. Kemudian ia telah bermalam bersamanya di kandangnya. Manakala gembala mengembala biri-birinya, maka ia menolak gembalanya dan kumpulannya. Ia berjalan di dalam kebingungan mencari gembalanya dan kumpulannya.
Kemudian ia telah melihat kepada sekumpulan biri-biri yang lain bersama gembalanya, lalu ia telah pergi kepadanya dan ia tertipu dengannya pula. Gembala itu telah melaung: Berhubunglah dengan gembala anda dan kumpulan anda. Anda adalah sesat dan kebingungan dari gembala anda dan kumpulan anda. Kemudian kambing biri-biri itu melarikan diri di dalam ketakutan dan kebingungan tanpa gembalanya yang menunjukkannya ke padang rumput atau pulang ke tempatnya. Di dalam keadaan sedemikian, serigala telah mengambil kesempatan, lalu memakannya. Demikianlah, demi Allah, wahai Muhammad, sesiapa daripada umat ini yang tidak mempunyai seorang imam yang zahir dan adil baginya daripada Allah a.w, maka beliau adalah sesat dan kebingungan. 
Jika beliau mati di dalam keadaan ini, maka beliau mati dengan kematian kufur dan nifaq (in mata 'ala hadhi-hi al-Halah mata maitata kufr wa nifaq). Ketahuilah, wahai Muhammad, sesungguhnya para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka terpisah daripada agama Allah (la-ma'zulun 'an dini llah). Mereka telah sesat dan menyesatkan, justeru, amalan-amalan yang mereka kerjakan "adalah seperti debu ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang mereka telah usahakan. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh" .

(43)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Muqrin berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Ibn al-Kawa' telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukmin, "Dan di atas A'raf itu lelaki yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka" Lalu beliau a.s telah berkata: Kamilah di atas al-A'raaf, kami mengetahui pembantu-pembantu kami dengan tanda-tanda mereka. Kamilah al-A'raaf yang mana Allah tidak dapat dikenali kecuali dengan jalan kami. 
Kamilah al-A'raaf yang Allah akan memperkenalkan kami pada hari Kiamat di al-Sirat. Tidak seorangpun akan memasuki syurga melainkan beliau mengetahui kami dan kami mengetahuinya dan tidak seorangpun yang akan memasuki neraka melainkan beliau menentang kami dan kami pula menentang nya. Sesungguhnya Allah, jika Dia mahu, nescaya Dia memperkenalkan diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya, tetapi Dia telah menjadikan kami pintu-pintu-Nya, Sirat-Nya, jalan-Nya dan wajah yang didatangi daripadaNya. Sesiapa yang berpaling daripada wilayah kami atau melebihkan orang lain ke atas kami, nescaya mereka "menyimpang dari jalan yang lurus" Tidaklah sama mereka yang berpegang kepadanya tidaklah sama mereka yang pergi kepada mata-mata air yang kotor yang terpancar sesama sendiri dengan mereka yang pergi kepada mata-mata air yang bersih mengalir dengan perintah Tuhan-Nya, tidak akan kering dan tidak akan terputus.

(44)-10. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada al-Rayyaan bin Syabib, daripada Yunus, daripada Abu Ayyub al-Khazzaaz, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja'far a. s berkata: Wahai Abu Hamzah, apabila seorang daripada kamu keluar beberapa farsakh sahaja, maka beliau mendapatkan seorang petunjuk untuk dirinya, tetapi anda dengan jalan-jalan langit lebih jahil daripada jalan-jalan bumi. Lantaran itu, dapatkanlah seorang petunjuk untuk anda.

(45)-11. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ayyub bin al-Hurr, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Dan sesiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya diberi kebajikan yang banyak" Maka beliau a.s telah berkata: Ketaatan kepada Allah dan mengetahui imam .

(46)-12. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban, daripada Abu Basir berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui imam anda? Aku telah berkata: Ya, iaitu sebelum aku keluar dari Kufah, maka beliau a.s telah berkata: Jika begitu, maka ia memadai bagi anda".

(47)-13. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Mansur bin Yunus, daripada Buraid berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata tentang firman Allah "Dan adakah orang yang telah mati, maka Kami menghidupkannya kembali dan kami menjadikan untuknya cahaya dan dengan cahaya itu dia dapat berjala di tengah-tengah orang ramai" Maka beliau a.s telah berkata: Mayat (maitan) adalah yang tidak mengetahui sesuatu dan "dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah orang ramai" Iaitu imam yang diikuti "serupa dengan orang yang keadaannya berada di dalam kegelapan yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Orang yang tidak mengetahui imam .

(48)-14. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Abu Abdillah al-Jadali telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Abdillah, adakah aku akan memberitahu anda tentang firman Allah a.w: "Dan sesiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu. Dan sesiapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan" ? 
Beliau telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin a.s, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Kebaikan (al-Hasanaat) adalah mengenali wilayah [Ahlu l-Bait] a.s dan mencintai kami Ahlu l-Bait (ma'rifat al-Wilayah wa hubbu-na Ahlu l-Bait). Dan kejahatan (al-Sayyi'aat) adalah mengingkari wilayah (Ahlu l-Bait) dan membenci kami Ahlu l-Bait (ingkar al-Wilayah wa baghdu-na ahlu l-Bait), kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini.