Bab 86. Tentang orang yang telah beragama dengan agama Allah a.w tanpa imam daripada Allah jalla jalaalah

Tentang Orang Yang Telah Beragama Dengan Agama Allah A.W Tanpa Imam Daripada Allah Jalla Jalalah (fi-man daana llaha a.w bi-ghairi imam mina llahi jalaa jalalah)

(540)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah: "Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun" Beliau a.s telah berkata: Iaitu orang yang telah mengambil pendapatnya sebagai agamanya tanpa [mempercayai] seorang imam daripada para imam petunjuk.

(541)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-'Alaa' bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Setiap orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan melakukan ibadat secara gigih, tetapi tidak ada imam baginya daripada Allah, maka usahanya tidak diterima. Beliau telah tersesat lagi terkeliru dan Allah memarahi amalannya, beliau adalah seperti kambing betina yang tersesat dari pengembalanya dan kumpulannya. Lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari pada hari itu. Apabila malam telah tiba, ia telah melihat kepada satu kumpulan binatang tanpa pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya. 
Kemudian ia telah bermalam bersamanya di kandangnya. Apabila pengembala telah menarik [keluar] sekumpulan binatangnya, maka kambing betina itu telah mengingkari pengembalanya dan binatang-binatangnya, lalu ia telah menjadi keliru dengan mencari pengembalanya dan kumpulan [kawan] bintang-binatangnya [yang terdahulu]. Maka ia telah melihat kepada seekor kambing jantan bersama pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya. Lantas pengembara meraung sambil berkata: Pergilah bersama pengembala anda dan kumpulan anda kerana anda sesat lagi terkeliru dari pengembala dan kumpulan anda, lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari dalam keadaan keliru tanpa pengembala untuknya dan kumpulannya yang akan menunjukkannya kepada tempat tinggalnya atau mengembalikannya ke tempatnya. 
Ketika ia di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seekor serigala telah mengambil peluang di atas kesesatannya, lalu memakannya. Demikianlah, demi Allah, wahai Muhammad, sesiapa pada setiap pagi daripada umat ini tidak mempunyai imam untuknya daripada Allah a.w, zahir dan adil, maka beliau menjadi sesat lagi terkeliru. Jika beliau telah mati di dalam keadaan ini, maka beliau telah mati di dalam keadaan kufur dan nifak. Ketahuilah, wahai Muhammad, sesungguhnya para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka adalah terpisah daripada agama Allah (inna aimmata al-Jauri wa-atba'a-hum la-ma'zuuluun 'an dini llahi), Mereka telah sesat dan menyesatkan (dhallu wa-adhallu). Justeru, amalan-amalan yang mereka lakukan adalah seperti abu yang telah ditiup angin, amalan mereka tidak dinilai sedikitpun, itu adalah kesesatan yang jauh.

(542)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada 'Abd al-'Aziz al- 'Abdiy, daripada Abdullah bin Abi Ya'fur berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku bergaul dengan orang ramai, tetapi apa yang lebih mengagumkan aku adalah tentang mereka yang tidak mewalikan kamu, mereka mewalikan polan dan polan, sedangkan mereka mempunyai amanah, [bercakap] benar dan kesetiaan. Adapun mereka yang mewalikan kamu tidak mempunyai amanah, kesetian dan kebenaran? Beliau berkata: Abu Abdillah a.s yang sedang duduk, telah berpaling kepadaku seperti seorang yang marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Tiada agama bagi orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan mewalikan imam yang zalim, bukan daripada Allah (la dina li-man dana llaha bi-wilayati imam jaa'ir laisa mina llahi) dan tiada celaan ke atas orang yang telah beragama dengan mewalikan seorang imam yang adil daripada Allah. 
Aku telah berkata: Tiada agama untuk mereka dan tiada celaan ke atas mereka? Beliau a.s telah berkata: Ya, tiada agama bagi mereka dan tiada celaan ke atas mereka, kemudian beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda mendengar firman Allah: "Allah Pelindung (wali) mereka yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya" Iaitu [daripada] kegelapan dosa kepada cahaya taubat dan keampunan kerana mereka mewalikan setiap imam yang adil daripada Allah. Dan Dia telah berfirman: "Dan mereka yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan" Sesungguhnya Dia telah maksudkan bahawa mereka telah berada di atas cahaya Islam, tetapi apabila mereka mewalikan setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah a.w, maka mereka telah keluar dengan mewalikan mereka daripada Islam kepada kegelapan kekafiran. Maka Allah telah mewajibkan untuk mereka neraka bersama mereka yang kafir, "Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya" 

(543)-4. Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah berfirman [dalam sebuah hadis kudsi]: Aku akan mengazab setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah sekalipun rakyat pada amalan meraka baik dan bertakwa. Dan Aku akan mengampunkan daripada setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat pada diri mereka sendiri zalim dan jahat" 

(544)-5. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam yang bukan daripada Allah sekalipun amalan mereka baik dan bertakwa dan sesungguhnya Allah malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam daripada Allah sekalipun amalan meraka zalim dan jahat".