Bab 87. Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam daripada para imam petunjuk iaitu daripada bab pertama

Sesiapa Yang Telah Mati Dan Tiada Baginya Imam Daripada Para Imam Petunjuk Iaitu Daripada Bab Pertama (man mata wa laisa la-hu imam min aimmati al-Huda wa huwa min al-Bab al-Awwal)

(545)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Ibn Udhinah, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Pada suatu hari, Abu Abdillah a.s telah mula berkata kepada kami: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada di atasnya seorang imam, maka kematiannya adalah seperti kematian [seorang] jahiliyah" (man maata wa-laisa 'alai-hi imam fa-maitatu-hu maitatun jahiliyyatun). Maka aku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, baginda s.a.w telah bersabda sedemikian. Aku telah berkata: Setiap orang yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah?! Beliau a.s telah berkata: Ya.

(546)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripaeda Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' berkata: 'Abd al-Karim bin 'Umru telah memberitahu kepadaku, daripada Ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah". Aku telah berkata: Kematian [orang] kafir? Beliau a.s telah berkata: Kematian [orang] sesat, aku telah berkata: Justeru sesiapa yang telah mati pada hari ini dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian jahiliyyah? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.

(547)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada al-Fudhail, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati, tidak mengtahui imamnya, maka beliau mati kematian jahiliyah"? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jahiliyah mereka yang jahil atau jahiliyah yang tidak mengetahui imamnya? Beliau a.s telah berkata: Jahiliyah kekafiran, nifak dan kesesatan (jahiliyat kufrin wa nifaq wa dhalal).

(548)-4. Daripada sebahagian sahabat kami, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Malik bin 'Aamir, daripada al-Mufadhdhal, bin Za'idah, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berpegang kepada agama Allah tanpa mendengar daripada orang yang benar (imam), maka Allah mewajibkannya kepada kesesatan dan sesiapa yang telah mendakwa mendengar bukan dari pintu yang telah dibuka oleh Allah, maka beliau adalah seorang musyrik. Dan itulah pintu yang diamanahkan di atas rahsia Allah yang tersembunyi