Bab 90. Tentang imam a.s bilakah beliau mengetahui urusan imamah berpindah kepadanya

Tentang Imam Bilakah Beliau Mengetahui Urusan Imamah Berpindah Kepadanya (fi anna al-Imam mata ya'lamu anna al-Amra qad saara ilai-hi)

(556)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Jarir al-Qummi berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya anda telah mengetahui perkhidmatanku yang berterusan kepada bapa anda, kemudian kepada anda, kemudian aku bersumpah untuknya: Demi hak Rasulullah s.a.w dan hak polan dan polan sehingga aku telah berakhir kepadanya bahawa tidak akan terkeluar daripadaku apa yang anda akan memberitahu kepadaku tentangnya kepada seorangpun daripada manusia; aku telah bertanya beliau tentang bapanya adakah beliau hidup atau mati? 
Beliau a.s telah berkata: Demi Allah beliau telah mati. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan, sesungguhnya Syiah anda berpendapat: Sesungguhnya padanya sunnah empat orang nabi. Beliau telah berkata: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, bapaku telah mati. Aku telah berkata: Mati ghaib atau mati maut? Beliau a.s telah berkata: Mati maut. Aku telah berkata: Kemungkinan anda bertakiyyah denganku? Beliau a.s telah berkata: Subhanallah, aku telah berkata: Beliau telah mewasiatkan anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Adakah beliau telah menjadikan anda berkongsi tentangnya dengan seseorang? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah imam di kalangan saudara-saudara anda yang wajib anda patuhi? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah anda imam? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(557)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya seorang lelaki telah memenatkan saudara anda Ibrahim. Maka beliau telah menyebut kepadanya bahawa bapa anda masih hidup, sesungguhnya anda mengetahui perkara itu apa yang beliau mengetahui, maka beliau a.s telah berkata: Subhanallah, Rasulullah s.a.w telah mati dan Musa a.s tidak mati?. Demi Allah, beliau telah mati sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mati. Tetapi Allah sentiasa semenjak mati Nabi-Nya s.a.w dan seterusnya memberi agama ini kepada anak-anak orang asing dan memalingkannya daripada kerabat Nabi-Nya s.a.w. Begitulah seterusnya, maka Dia memberi kepada mereka itu dan menegah mereka [yang lain] pula. Sesungguhnya aku telah menunaikan kepadanya seribu dinar pada bulan Dhu al-Hijjah selepas aku sembuh daripada penyakit.

(558)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan (al-Ridha a.s): Sesungguhnya mereka telah meriwayatkan daripada anda tentang kematian Abu al-Hasan (al-Kazim a.s) bahawa seorang lelaki telah berkata kepada anda: Aku telah mengetahui perkara itu (talak) daripada kata-kata Sa'id , maka beliau telah berkata: Sa'id telah datang selepas aku memberitahu kepadanya tentangnya sebelum kedatangannya, beliau telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Anda telah menceraikan Umm Farwah binti Ishaq pada bulan Rajab satu hari selepas kematian Abu al-Hasan a.s (Musa a.s), anda telah berkata: Aku telah menceraikannya sedang anda telah mengetahui kematian Abu al-Hasan (Musa a.s)? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Sebelum Sa'id datang kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(559-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Beritahulah kepadaku tentang seorang imam bilakah beliau mengetahui bahawa beliau seorang imam? Ketika sampai [berita] kepadanya bahawa sahabatnya telah mati atau ketika beliau mati? Seperti Abu al-Hasan (al-Kazim a.s) telah mati di Baghdad, sedang anda berada di sini, beliau a.s telah berkata: Beliau (imam) mengetahui perkara itu ketika sahabatanya sedang mati, aku telah berkata: Dengan apa cara? Beliau telah berkata: Allah memberi ilham kepadanya.

(560)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu al-Fadl al-Syuhbani, daripada Harun bin al-Fadhl berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan Ali bin Muhammad pada hari kematian Abu Ja'far a.s, maka beliau telah berkata: Inna li-llah wa- inna ilai-hi raaji'un, Abu Ja'far a.s telah mati. Dikatakan kepadanya: Bagaimana anda telah mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Aku dimasuki petunjuk daripada Allah yang aku tidak mengetahuinya.

(561)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musafir berkata: Abu Ibrahim a.s telah memerintahkan- ketika aku sedang keluar bersamanya-Abu al-Hasan a.s supaya tidur di pintu[rumah]nya pada setiap malam selama beliau a.s masih hidup sehingga akan datang berita [kematian]nya, berkata: Kami pada setiap malam membentangkan hamparan kepada Abu al-Hasan a.s di al-Dihliz, kemudian beliau datang selepas Isyak, lalu beliau tidur.
Apabila tiba waktu pagi, beliau a.s pulang ke rumahnya. Beliau telah berkata: Keadaan ini telah berlalu selama empat tahun. Manakala pada suatu malam, beliau telah datang lewat malam tidak seperti biasa, maka keluarganya merasa cemas dan takut, suatu perkara yang besar telah memasuki [fikiran] kami kerana kelewatannya. Pada hari keesokannya, beliau telah pulang ke rumah, lalu berjumpa dengan keluarga dan menuju kepada Umm Ahmad sambil berkata kepadanya: Bawalah kepadaku apa yang telah disimpan kepada anda oleh bapaku, lalu Umm Ahmad telah meraung, menampar mukanya sendiri dan mengoyakkan poket bajunya dan berkata: Demi Allah, sayyidi telah mati. Kemudian beliau a.s telah mencegahnya dan berkata kepadanya: Janganlah anda bercakap sesuatu [tentang kematiannya] dan janganlah anda menzahirkannya pula supaya berita tidak sampai kepada gabenor. Kemudian Umm Ahmad telah mengeluarkan satu bakul, dua ribu dinar atau empat ribu dinar, lalu memberi semuanya kepadanya sahaja. 
Dan Umm Ahmad berkata: Sesungguhnya beliau a.s (al-Kazim a.s) telah berkata kepadaku: Simpanlah barang ini di sisi anda, janganlah anda membenarkan seorangpun melihat kepadanya sehingga aku mati. Apabila aku mati, maka sesiapa yang mendatangi anda daripada anak-anakku dan memintanya daripada anda, maka berilah ia kepadanya dan ketahuilah anda bahawa aku telah pergi" dan demi Allah, sesungguhnya alamat sayyidi telah datang kepadaku. Lalu beliau a.s telah menerimanya daripadanya dan menyuruh mereka supaya menahan diri mereka [dari menyebarkannya] sehingga datangnya berita. 
Maka beliaupun telah pulang dan mengulangi bermalam sebagaimana beliau a.s telah melakukannya sebelumnya. Beberapa hari telah berlalu sehingga berita ratapan kematiannya [diketahui umum], lalu kami telah menghitung hari-hari itu, tiba-tiba beliau (al-Kazim a.s) telah mati pada waktu Abu al-Hasan (al-Ridha a.s) telah melakukan apa yang beliau telah melakukannya, iaitu tidak bermalam seperti biasa kerana kematian bapanya.