Bab 91. Keadaan para imam a.s tentang umur

Keadaan Para Imam A.S Tentang Umur (haalaat al-Aimmati a.s fi al-Sinni)

(562)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Yazid al-Kinasi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s: Adakah Isa bin Maryam a.s ketika beliau bercakap di dalam buaian telah menjadi Hujjah Allah ke atas ahli zamannya? Maka beliau a.s telah berkata: Isa pada hari itu adalah seorang nabi dan Hujjah Allah yang belum diutuskan (ghaira mursal). Tidakkah anda mendengar firman-Nya: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku sembahyang, dan zakat selama aku hidup" 
Aku telah berkata: Isa pada hari itu telah menjadi Hujjah Allah ke atas Zakaria ketika beliau berada di dalam buaian? Maka beliau a.s telah berkata: Isa pada masa itu adalah suatu tanda (ayat) kepada manusia dan rahmat daripada Allah untuk Maryam ketika beliau bercakap tentangnya dan beliau adalah seorang nabi [dan] Hujjah kepada orang yang telah mendengar percakapannya di dalam keadaan itu. Kemudian beliau telah diam, tidak bercakap sehingga berlalu dua tahun. Dan Zakaria adalah Hujjah bagi Allah ke atas manusia selepas Isa berdiam diri selama dua tahun. Kemudian Zakaria telah mati, lalu anak lelakinya Yahya telah mewarisi al-Kitab dan hikmah [daripadanya] ketika beliau masih anak kecil lagi (wa huwa saghir). 
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: "Wahai Yahya, ambillah al-Kitab dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah ketika ia masih kanak-kanak" Apabila Isa a.s telah sampai tujuh tahun, beliau telah bercakap tentang kenabian dan kerasulan ketika Allah mewahyukan kepadanya. Isa a.s telah menjadi Hujjah kepada Yahya dan kepada semua manusia dan bumi tidak akan tinggal, wahai Abu Khalid, meskipun satu hari tanpa seorang Hujjah ke atas manusia semenjak Allah menciptakan Adam a.s dan meletakkannya di bumi. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah Ali a.s Hujjah daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas umat ini pada masa hidup Rasulullah s.a.w? 
Maka beliau a.s telah berkata: Ya, pada hari baginda s.a.w telah memperkukuhkannya kepada manusia dan melantiknya secara terang-terang dan menyeru mereka kepada wilayahnya dan memerintahkan mereka supaya mentaatinya. Aku telah berkata: Adakah ketaatan kepada Ali a.s itu wajib pada masa hidup Rasulullah s.a.w dan selepas kematiannya s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Ya, tetapi beliau telah berdiam diri dan tidak bercakap [mengeluarkan hukum] bersama Rasulullah s.a.w. Justeru ketaatan kepada Rasulullah s.a.w adalah wajib ke atas umatnya dan begitu juga [ketaatan] kepada Ali a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w. Dan ketaatan adalah daripada Allah dan daripada Rasul-Nya ke atas manusia semua untuk Ali a.s selepas kematian Rasulullah s.a.w. Ali a.s adalah seorang yang bijaksana dan alim.

(563)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya kami telah bertanya anda sebelum Allah mengurniakan kepada anda Abu Ja'far a.s, maka anda telah berkata: Allah akan mengurniakan kepadaku seorang kanak-kanak, maka Allah telah mengurniakannya untuk anda dan mata anda telah menjadi tenang. Justeru, aku berharap Allah tidak akan memperlihatkan kepada kami hari [kematian] anda. Jika berlaku sesuatu, maka kepada siapa? Beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada Abu Ja'far a.s yang sedang berdiri di hadapannya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini adalah anak lelaki berumur tiga tahun!? Beliau a.s telah berkata: Tiada sesuatupun yang akan memudaratkannya. Sesungguhnya Isa a.s telah mendirikan hujah ketika berumur tiga tahun.

(564)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu Ja'far al-Thani a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya mereka bercakap-cakap tentang usia anda yang begitu muda, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Daud supaya melantik Sulaiman ketika masih kanak-kanak yang sedang menternak kambing. Ahli ibadat dan para ulama Bani Israel telah mengingkarinya. Lalu Allah telah mewahyukan kepada Daud supaya mengambil tongkat mereka dan tongkat Sulaiman, kemudian meletakkan kedua-duanya pada satu rumah dan mengecap ke atasnya dengan cap-cap mereka. Pada keesokannya, sesiapa yang tongkatnya telah menumbuhkan daun daun dan berbuah, maka beliaulah menjadi khalifah, maka Daud telah menceritakannya kepada mereka, maka mereka telah berkata: Kami telah reda dan kami telah menerima sepenuhnya.

(565)-4. Ali bin Muhammad dan selain daripadanya, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Mus'ab, daripada Mas'adah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s: Abu Basir telah berkata: Aku telah datang kepadanya dan bersamaku seorang kanak-kanak lelaki yang belum baligh, maka beliau telah berkata kepadaku: Bagaimana kamu jika beliau berhujah ke atas kamu dengan usia mudanya?

(566)-5. Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Mihziyar, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi' berkata: Aku telah bertanya beliau (Abu Ja'far a.s) sesuatu tentang seorang imam, maka aku telah berkata: Bolehkah anak lalaki yang berumur tujuh tahun menjadi imam? Beliau a.s telah berkata: Ya, malah kurang daripada lima tahun. Maka Sahl telah berkata: Ali bin Mihziyar telah meriwayatkannya kepadaku pada tahun 221 Hijrah.

(567)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya berkata: Aku telah berdiri di hadapan Abu al-Hasan a.s di Khurasan, tiba-tiba seorang lelaki telah bertanya kepadanya: Wahai sayyidi, jika sesuatu berlaku, maka [imamah] kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada Abu Ja'far anak lelakiku, seolah-olah lelaki yang telah bertanya itu memperkecil-kecilkan umur Abu Ja'far a.s, lantas Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Isa bin Maryam sebagai seorang rasul, seorang nabi, sahabat syariah bermula pada umur yang lebih muda daripada [umur] Abu Ja'far a.s.

(568)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Aku telah melihat Abu Ja'far a.s, telah keluar ke arahku, maka aku telah memandang kepadanya. Aku telah melihat kepada kepalanya dan kedua-dua kakinya bagi menceritakan bentuk tubuhnya kepada para sahabat kami di Mesir. Manakala aku [di dalam keadaan] sedemikian, beliau telah duduk, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah berhujah tentang imamah sebagaimana Dia telah berhujah tentang kenabian. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: "Kami berikan kepadanya hikmah ketika ia masih kanak-kanak" dan "Dan tatkala dia cukup dewasa" dan "umurnya sampai empat puluh tahun" Justeru, hikmah boleh diberikan [kepada seseorang] ketika usia kanak-kanak atau ketika usia empat puluh tahun.

(569)-8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Ali bin Hassan telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Wahai sayyidi, sesungguhnya manusia mengingkari anda kerana usia anda yang muda, maka beliau a.s telah berkata: Adakah mereka mengingkari firman Allah? Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w: "Katakanlah: Inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah di atas kesedaran, aku dan orang yang telah mengikutiku" Demi Allah, tidak mengikutinya s.a.w selain daripada Ali a.s ketika itu beliau berusia sembilan tahun dan aku [sekarang] berusia sembilan tahun.