Bab 100. Sesungguhnya sumber ilmu adalah daripada rumah keluarga Muhammad s.a.w

Sesungguhnya Sumber Ilmu Adalah Daripada Rumah Keluarga Muhammad A.S (anana mustaqa al-'Ilm min bait aali Muhammad a.s)

(612)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub berkata: Yahya bin Abdillah Abi al-Hasan Sahib al-Dailam telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ja'far bin Muhammad a.s telah berkata-di sisinya beberapa orang daripada ahli Kufah-: Aneh bagi orang ramai kerana mereka telah mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka telah beramal dengannya, mendapat petunjuk dan mereka pula melihat bahawa Ahlu l-Baitnya tidak mengambil ilmunya. Kami adalah Ahlu l-Baitnya dan zuriatnya, pada rumah-rumah kamilah turunnya wahyu dan dari sisi kamilah ilmu telah keluar kepada mereka, adakah mereka melihat bahawa mereka telah mengetahui dan mendapat petunjuk sedangkan kami telah jahil dan sesat, sesungguhnya ini adalah mustahil.

(613)-2. Ali bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdillah bin Hammad, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Hakam bin 'Utaibah berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan al-Husain bin Ali a.s di Tha'labiyyah di dalam perjalanannya ke Karbala', lalu beliau telah datang dan memberi salam kepadanya, maka al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Dari negeri mana anda [datang]? Beliau telah berkata: Dari ahli Kufah, beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai saudara ahli Kufah, jikalaulah aku telah berjumpa dengan anda di Madinah, nescaya aku telah memperlihatkan kepada anda kesan Jibrail a.s di rumah kami dan turunnya dia dengan wahyu ke atas datukku, wahai saudara ahli Kufah, adakah sumber ilmu orang ramai dari sisi kami, maka mereka telah mengetahui[nya] sedangkan kami telah jahil? Ini tidak boleh terjadi.