Bab 101. Tidak ada sesuatu kebenaran di tangan manusia melainkan apa yang telah keluar dari sisi para imam a.s dan sesungguhnya setiap sesuatu yang tidak keluar

Tidak Ada Sesuatu Kebenaran Di Tangan Manusia Melainkan Apa Yang Telah Keluar Dari Sisi Para Imam A.S. Dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Tidak Keluar Dari Sisi Mereka, Maka Ia Adalah Batil (anna-hu laisa sya'un min al-Haq fi yadi al-Naasi illa ma kharaja min 'indi al-Aimmati a.s wa-anna kulla syai'in lam yakhruj min 'indi-him fa-huwa baatilun)

(614)-1. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak ada di sisi seorang daripada manusia hak, tidak ada ketepatan dan tidak ada seorang daripada manusia menghukum dengan hukuman yang benar melainkan apa yang telah keluar daripada kami Ahlu l-Bait. Dan apabila urusan mereka telah berbeza, kesalahan adalah daripada mereka dan ketepatan adalah daripada Ali a.s.

(615)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Muthanna, daripada Zurarah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, maka seorang lelaki dari ahli Kufah bertanya kepadanya tentang kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Tanyalah aku apa yang kamu mahu, maka janganlah kamu bertanyaku tentang sesuatu melainkan aku menceritakan kepada kamu tentangnya" Beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang di sisinya ilmu tentang sesuatu melainkan ia telah keluar di sisi Amir al-Mukminin a.s, hendaklah manusia pergi ke mana mereka mahu, demi Allah, tidak ada urusan melainkan dari sini dan beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah rumahnya.

(616)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa'. Daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Abi Maryam berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepada Salmah bin Kahil dan al-Hakam bin 'Utbah: Timur dan barat kamu berdua tidak akan mendapati ilmu yang betul (sahih) melainkan ia telah keluar dari sisi kami Ahlu l-Bait.

(617)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Mu'alla bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya al-Hakam bin 'Utaibah adalah di kalangan mereka yang telah difirmankan oleh Allah: "Di antara mereka ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan mereka yang beriman" Lantaran itu, hukum sama ada di timur atau di barat, demi Allah, tidak akan menepati ilmu melainkan daripada Ahlu al-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(618)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang penyaksian (syahadah) anak zina adakah ia harus (mubah))? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Sesungguhnya al-Hakam bin 'Utaibah telah menyangka bahawa ia adalah harus. Lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau mengampuni dosanya, Allah telah berfirman kepada al-Hakam: "Sesungguhnya al-Qur'an itu adalah sebagai peringatan bagimu dan bagi kaummu" Hendaklah al-Hakam pergi ke kanan dan ke kiri, demi Allah, ilmu tidak diambil melainkan daripada Ahlu l-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(619)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada al-Husain bin al-Hasan bin Yazid, daripada Badr, daripada bapanya berkata: Salam Abu Ali al-Khurasani telah memberitahu kepadaku, daripada Salam bin Sa'id al-Makhzumi berkata: Manakala aku sedang duduk di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba 'Ubbad bin Kathir, ahli ibadat Basrah dan Ibn Syuraih, fakih ahli Makkah, telah datang kepadanya. Dan di sisi Abu Abdillah a.s adalah Maimun al-Qaddah Maula Abu Ja'far a.s. Maka 'Ubbad bin Kathir telah bertanya beliau a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Abdillah a.s, pada berapa kainkah Rasulullah s.a.w telah dikapan? Beliau a.s telah berkata: Pada tiga kain: Dua kain biasa dan satu kain pembungkus. 
Seolah-olah beliau a.s telah memperbodoh-bodohkan 'Ubbad bin Kathir tentang perkara itu, maka beliau a.s telah berkata lagi: Sesungguhnya pohon kurma Maryam a.s adalah jenis baik ('ajwah) dan telah diturunkan dari langit (asli). Justeru, apa yang telah tumbuh daripada asalnya dipanggil 'ajwah dan apa yang diambil di merata-rata tempat dipanggil pungutan (luqat). Apabila mereka telah keluar dari sisinya, 'Ubbad bin Kathir telah berkata kepada Ibn Syuraih: Demi Allah, aku tidak mengerti apakah perumpamaan yang telah dikemukakan kepadaku oleh Abu Abdillah? 
Maka Ibn Syuraih berkata: Kanak-kanak ini telah memberitahu kepada anda bahawa beliau adalah daripada mereka, lalu beliau telah bertanya kepadanya, maka Maimun telah berkata: Tidakkah anda mengetahui apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah memberi perumpamaan kepada anda seperti dirinya, beliau menceritakan kepada anda bahawa beliau adalah anak lelaki daripada anak lelaki Rasulullah s.a.w (keturunannya) dan ilmu Rasulullah s.a.w adalah di sisi mereka. Justeru, apa yang telah datang dari sisi mereka, maka ia adalah bertepatan (sawab) dan apa yang telah datang dari selain daripada mereka adalah pungutan (luqat) .