Bab 102. Sesungguhnya hadis mereka adalah sulit dan menyulitkan

Sesungguhnya Hadis Mereka Adalah Sulit Dan Menyulitkan (fi-ma jaa'a anna haditha-hum sa'bun wa-mustas'abun)

(620)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Jabir berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya hadis keluarga Muhammad adalah sulit dan menyulitkan (inna hadith aali Muhammad sa'bun wa mustas'abun), tidak akan beriman kepadanya melainkan malaikat yang hampir kepada Allah atau nabi yang diutuskan atau hamba yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah (la yu'minu bi-hi illa malakun muqarrabun au nabiyyun mursalun au 'abdun imtahana llahu qalba-hu li l-Imaan). 
Apa yang telah datang kepada kamu daripada hadis Rasulullah s.a.w, maka hati kamu merasa lembut kepadanya dan kamu telah mengetahuinya, maka terimalah dan apa yang merisaukan kamu daripadanya dan kamu mengingkarinya pula, maka rujuklah ia kepada Allah, kepada Rasul dan kepada alim daripada keluarga Muhammad. Sesungguhnya orang yang binasa (al-Halik) adalah apabila beliau meriwayatkan sesuatu [hadis] yang beliau tidak dapat menanggungnya atau menerimanya, lalu beliau telah berkata: Demi Allah, ini bukanlah hadis dan demi Allah, ini bukanlah hadis dan keingkarannya adalah kekufuran (al-inkaar huwa al-Kufr).

(621)-2. Ahmad bin Idris, daripada 'Imraan bin Musa, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas'adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Pada suatu hari aku telah menyebut taqiyyah di sisi Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, jika Abu Dhar telah mengetahui apa yang ada di dalam hati Salman, nescaya beliau telah membunuhnya (Wa llahi, lau 'alima Abu Dhar ma fi qalbi Salaman la-qatala-hu) dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara mereka berdua (wa laqad aakha Rasulullah s.a.w baina-huma), apa pula sangkaan kamu dengan semua makhluk? 
Sesungguhnya ilmu para ulama adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh nabi yang diutuskan atau malaikat yang hampir kepada Allah atau hamba yang diuji hatinya dengan keimanan oleh Allah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Salman telah menjadi sebahagian daripada ulama kerana beliau adalah seorang daripada kami Ahlu l-Bait . Justeru, aku telah mengaitkannya kepada ulama.

(622)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Barqiy, daripada Ibn Sinan atau selain daripadanya secara marfu' kepada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya hadis kami adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh dada yang bercahaya atau hati yang sejahtera atau akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian daripada Syiah kami sebagaimana Dia telah mengambil [perjanjian] ke atas Bani Adam "Tidakkah Aku Tuhan kamu?" Sesiapa yang telah setia kepada kami, maka Allah akan kurniakan syurga untuknya. Dan sesiapa yang memarahi kami dan tidak menunaikan kepada kami hak kami, maka di nerakalah beliau akan [berada] kekal selama-lamanya.

(623)-4. Muhammad bin Yahya dan selain daripadanya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan Sahib al-'Askar a.s, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah makna kata-kata al-Sadiq a.s: Hadis kami tidak dapat ditanggung oleh malaikat muqarrab, tidak [dapat ditanggung] oleh nabi yang diutuskan dan tidak [dapat ditanggung] oleh mukmin yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah, maka jawapannya: Sesungguhnya makna kata-kata al-Sadiq a.s iaitu: [Hadis kami] Tidak dapat ditanggung atau diterima oleh malaikat, nabi dan mukmin. Malaikat tidak dapat menanggungnya sehingga dia mengeluarkannya kepada malaikat yang lain dan nabi tidak dapat menanggungnya sehingga beliau mengeluarkannya kepada nabi yang lain dan mukmin tidak dapat menanggungnya sehingga beliau mengeluarkannya kepada mukmin yang lain, maka inilah makna sabda datukku a.s.

(624)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mansur bin al-'Abbas, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abdillah bin Maskan, daripada Muhammad bin 'Abd al-Khaliq dan Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya di sisi kami, demi Allah, rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah. Demi Allah, tidak dapat ditanggung akannya oleh malaikat muqarrab, tidak nabi yang diutuskan dan tidak mukmin yang telah diuji oleh Allah akan hatinya kepada keimanan, demi Allah, Allah tidak mewajibkan perkara sedemikian kepada seorangpun selain daripada kami dan Dia tidak pula menolak perkara sedemikian selain daripada kami. 
Sesungguhnya di sisi kami rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah (inna 'inda-na sirran min sirri llahi wa-'ilman min 'ilmi llahi), Allah telah memerintahkan kami supaya menyampaikannya, maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah a.w apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, tetapi kami tidak mendapati tempat untuknya, tidak ada orang yang berkelayakan dan tidak ada penerima yang akan menerimanya sehingga Allah menciptakan untuk itu beberapa golongan. 
Mereka telah diciptakan daripada tanah (tiinah) yang Dia telah menciptakan daripadanya Muhammad, keluarganya dan zuriatnya. Dan [Dia telah menciptakan] daripada cahaya yang mana Allah telah menciptakan daripadanya Muhammad dan zuriatnya. Dia telah menciptakan mereka dengan kelebihan rahmat-Nya yang Dia telah menciptakan Muhammad dan zuriatnya. Maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, lalu mereka telah menerimanya[Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, lalu mereka telah menerimanya dan menanggungnya] dan Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, maka hati mereka telah cenderung untuk mengetahui kami dan hadis kami. 
Jikalaulah mereka tidak diciptakan daripada [ciptaan] ini, nescaya mereka tidaklah sedemikian. Tidak, demi Allah, mereka tidak dapat menerimanya, kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan beberapa golongan untuk neraka Jahannam, maka Dia telah memerintahkan kami supaya kami menyampaikannya kepada mereka dan kami telah melakukannya, tetapi mereka telah merasa kesal tentangnya dan hati mereka tidak dapat menerimanya. 
Mereka telah menyesalinya (isyma'azzat), lalu mereka menolaknya ke atas kami, mereka tidak dapat menerimanya, mereka membohonginya dan mereka telah berkata: Tukang sihir pembohong, lalu Allah mengecap hati mereka dan melupakan mereka. Kemudian Allah telah melepaskan lidah mereka dengan sebahagian kebenaran, lalu mereka bercakap dengannya sedangkan hati mereka mengingkarinya bagi mempertahankan para wali-Nya dan ahli ketaatan-Nya. Jika tidak kerana itu, nescaya Allah tidak disembah dibumi-Nya, maka kami diperintahkan supaya menahan diri daripada mereka, dengan penutupan dan kerahsiaan. Justeru, simpanlah rahsia daripada orang yang Allah telah memerintahkan supaya menahan diri daripada mereka. 
Dan sembunyilah rahsia daripada orang yang mana Allah telah memerintahkan supaya merahsiakannya kepadanya. Beliau telah berkata: Kemudian beliau a.s telah mengangkat tangannya dan menangis sambil berkata: Wahai Tuhanku, mereka adalah bilangan yang sedikit, justeru, jadilah kehidupan kami kehidupun mereka dan kematian kami kematian mereka dan janganlah musuh Engkau menguasai ke atas mereka kerana ia menyedihkan kami. Sesungguhnya Engkau jika Engkau membuatkan kami sedih dengan mereka, nescaya Engkau tidak disembah di bumi Engkau. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya dengan sepenuhnya.