Bab 107. Bab tentang perkara yang pelik

Bab Tentang Perkara Yang Pelik (bab nadir)

(651)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ayyub bin Nuh berkata: Pada suatu hari beliau telah bersin dan aku berada di sisinya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah yang dikatakan kepada imam apabila beliau bersin? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Salla llahu 'alai-ka.

(652)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad berkata: Ishaq bin Ibrahim al-Dinuari telah memberitahu kepadaku daripada Umar bin Zahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang al-Qaim dan memberi salam kepadanya dengan "Amir al-Mukminin"? Beliau telah berkata: Tidak, itu adalah nama yang telah diberikan oleh Allah kepada Amir al-Mukminin a.s. tidak ada seorangpun telah dinamakan dengannya sebelumnya dan selepasnya melainkan oleh orang kafir. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana diberi salam kepadanya? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Al-Salamu'alai-ka ya Baqiyyata llahi , kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: "Baqiyyatu llah adalah lebih baik bagimu jika kamu beriman" 

(653)-3. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s kenapakah dinamakan Amir al-Mukminin a.s? Beliau a.s telah berkata: Kerana beliau akan dapat memberi mereka ilmu, tidakkah anda mendengar[nya] di dalam Kitab Allah: "Dan kami akan dapat memberi makan keluarga kami" 
Di dalam riwayat yang lain beliau telah berkata: Kerana penyaraan mukminin (miirah al-Mu'minin) kepada mereka di sisinya adalah menyediakan mereka ilmu.
(654)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Abi al-Rabi' al-Qazzaz, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kenapakah dinamakan dengan Amir al-Mukminin? Beliau a.s telah berkata: Allah telah menamakannya dan demikianlah diturunkan di dalam Kitab-Nya: "Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anank Adam dari salbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: Bukankan Aku ini Tuhanmu? Dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul-Ku dan sesungguhnya Ali adalah Amir al-Mukminin.