Bab 109. Kutipan dan kumpulan riwayat tentang wilayah

Kutipan Dan Kumpulan Riwayat Tentang Wilayah (fi-hi natfun wa jawaami' min al-Riwayati fi al-Wilayah)

(746)-1. Muhammad bii Ya'qub al-Kulaini, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Bakir bin A'yan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) Syiah kita dengan wilayah ketika mereka di [alam] atom (dhar), dengan pengakuan kepada-Nya dengan ketuhanan dan kepada Muhammad dengan kenabian.

(747)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ja'far, daripada Abu Ja'far a.s dan 'Uqbah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia suka. Di antara yang disukainya ialah menciptakan makhluk dari tanah (tiinah) syurga. Dan Dia telah menciptakan apa yang dibenci. Di antara yang dibencinya ialah menciptakan makhluk dari tanah neraka. Kemudian mengutus mereka di [alam] bayangan (al-Zalal). Maka aku telah berkata: Apakah itu bayangan? Beliau telah berkata: Tidakkan anda melihat kepada bayang anda pada matahari sesuatu (sya'un), tetapi ia bukanlah sesuatu. 
Kemudian Allah telah mengutus pada mereka para nabi menyeru mereka kepada ikrar kepada Allah sebagaimana firman-Nya: "Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah" Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada ikrar kepada para nabi, lalu sebahagian mereka telah melakukannya dan sebahagian mereka mengingkarinya. Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada wilayah kami, maka sebahagian mereka mengakuinya dan sebahagian yang lain membencinya sebagaimana firman-Nya: "Mereka tidak hendak beriman kerana mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya" Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Pendustaan [mereka] yang berterusan.

(748)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada al-'Abbas bin 'Amir, daripada Ahamd bin Rizq al-Ghamsyaani, daripada Muhammad bin 'Abd al-Rahman, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Wilayah kami adalah wilayah Allah yang mana Dia tidak mengutus seorang nabi melainkan dengannya (wilayatu-na wilayatu llahi al-Lati lam yab'ath nabiyyan qat illa bi-ha).

(749)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin 'Abd al-Majid, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada 'Abd al-A'laa berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada seorang nabi yang telah datang melainkan beliau mengetahui hak kami dan kelebihan kami ke atas orang yang selain daripada kami (ma min nabiyyin jaa'a qat illa bi-ma'rifati haqqi-na wa tafdhiili-na 'ala man siwaa-na).

(750)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Demi Allah, sesungguhnya di langit terdapat tujuh puluh saf daripada malaikat, jika semua penduduk bumi menghitung bilangan [malaikat] pada setiap saf, nescaya mereka tidak dapat menghitung mereka dan sesungguhnya mereka beragama dengan wilayah kami (inna-hum la-yadinuun bi-wilayati-na).

(751)-6. Muhammad, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Wilayah Ali tertulis di dalam semua mashaf para nabi dan Allah tidak sekali-kali mengutus seorang rasul melainkan dengan kenabian Muhammad dan wasiat (wilayah) Ali a.s.

(752)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Yunus telah memberitahu kepadaku daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Fudhail bin Yasaar, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah melantik Ali a.s sebagai tanda ('alaman) di antara-Nya dan makhluk-Nya. Sesiapa yang mengetahuinya, maka beliau adalah mukmin dan sesiapa yang mengingkarinya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang jahil dengannya, maka beliau adalah sesat. Sesiapa yang melantik bersamanya sesuatu [jawatan], maka beliau adalah seorang musyrik. Dan sesiapa yang datang dengan wilayahnya, maka beliau akan memasuki syurga.

(753)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali adalah satu pintu [Allah] yang dibukakan oleh Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka beliau adalah seorang mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang tidak memasukinya dan tidak keluar daripadanya, maka beliau adalah pada tingkatan yang difirmankan Allah: Mereka adalah mengikut kehendak Aku.

(754)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Bakir bin A'yan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian Syiah kami dengan mewalikan kami ketika di [alam] atom supaya mereka berikrar kepada-Nya dengan ketuhanan-Nya dan kepada Muhammad dengan kenabiannya. Dan Allah telah membentangkannya ke atas umat Muhammad di dalam bentuk tanah ketika mereka di dalam bayangan. Dia telah menciptakan mereka daripada tanah yang diciptakan Adam dan Dia telah menciptakan roh-roh Syiah kami sebelum badan-badan mereka dua ribu tahun, lalu Dia membentangkan mereka ke atas-Nya . Memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w dan memperkenalkan mereka kepada Ali dan kami mengetahui mereka dengan tutur bahasa percakapan mereka.