Bab 110. Mengetahui para wali dan penyerahan kepada mereka a.s

Mengetahui Para Wali Mereka Dan Penyerahan Kepada Mereka (fi ma'rifati-him auliyaa'a-hum wa al-Tafwidh ilai-him)

(755)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa seorang lelaki telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s ketika beliau bersama para sahabatnya, lalu lelaki itu telah memberi salam kepadanya, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku mencintai anda dan aku mewalikan anda, maka lelaki itu telah mengulanginya sebanayak tiga kali. Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Anda telah berbohong, anda tidaklah seperti anda katakan, sesungguhnya Allah telah menciptakan roh-roh sebelum badan-badan dua ribu tahun, kemudian Dia telah membentangkan pencinta-pincita kami kepada kami. Demi Allah, aku tidak melihat roh anda dikalangan mereka yang dibentangkan kepadaku, maka di manakah anda? Lelaki itu diam ketika itu dan tidak kembali lagi kepadanya. Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah a.s telah berkata: Lelaki itu di neraka.

(756)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada 'Amru bin Maimun, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami mengetahui seseorang lelaki apabila kami melihatnya dengan hakikat keimanan dan hakikat nifak.

(757)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada 'Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau tentang seorang imam a.s [adakah] Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepadanya sebagaimana Dia telah memberi kuasa kepada Sulaiman bin Daud? Maka beliau telah berkata: Ya, hal yang sedemikin itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya beliau tentang satu masalah, lalu beliau menjawabnya mengenainya dan seorang lelaki yang lain telah bertanya beliau tentang masalah yang sama, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang berbeza dengan jawapan yang pertama. Kemudian seorang lelaki lain pula telah bertanya beliau [masalah yang sama], maka beliau telah memberi jawapan yang berbeza dengan dua jawapan yang lalu, kemudian Dia telah berfirman: "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah dengan tanggung jawab atau (berikanlah dengan kasihan belas) tanpa pertanggungan jawab" 
Demikianlah bacaan Ali a.s. Aku telah berkata: Asalaha-ka llahu, ketika beliau a.s memberi jawapan kepada mereka, adakah imam mengetahui mereka? Beliau telah berkata: Subhana llah, tidakkah anda mendengar Allah telah berfirman: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda" Mereka itu adalah para imam "Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap" Beliau tidak keluar daripadanya selama-lamanya. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya imam apabila beliau melihat kepada seseorang, beliau mengetahuinya, beliau mengetahui warnanya. 
Jika beliau mendengar percakapannya di balik dinding, beliau mengetahuinya dan beliau mengetahui siapakah dia. Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengetahui" Mereka itu adalah para ulama. Justeru, beliau tidak mendengar sesuatu perkara yang dicakapkan melainkan beliau mengetahuinya, sama ada yang berjaya atau yang binasa. Lantaran itu, beliau memberi jawapan yang sesuai kepada mereka.