Bab 111. Kelahiran Nabi s.a.w dan keluarganya

Kelahiran Nabi S.A.W Dan Kematian-Nya (maulid al-Nabi s.a.w wa wafati-hi)

Nabi s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabi' al-Awwal, tahun gajah pada hari Jumaat ketika gelincir matahari. Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w dilahirkan ketika naik fajar empat puluh tahun sebelum diutus menjadi rasul. Ibunya telah mengandungkannya di hari-hari Tasyriq di Jamrah al-Wusta, di rumah Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan melahirkannya di dataran Abi Talib di rumah Muhammad bin Yusuf di sudut yang jauh di sebelah kiri anda dan anda berada di rumahnya. Khaizaran akhirnya menukarkan rumah itu kepada masjid yang mana orang ramai melakukan sembahyang padanya. 
Baginda s.a.w telah tinggal di Makkah selepas diutus selama tiga belas tahun, kemudian baginda s.a.w telah berpindah ke Madinah dan tinggal di sana selama sepuluh tahun. Kemudian baginda telah mati pada 12 Rabi' al-Awwal pada hari Isnin ketika berusian enam puluh tiga tahun. Bapanya Abdullah bin 'Abd al-Muttalib telah mati di Madinah di sisi bapa-bapa saudaranya di sebelah ibu ketika itu baginda s.a.w berusia dua bulan. Sementara ibunya Aminah binti Wahab bin 'Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib ketika baginda s.a.w berusia empat tahun. Kemudian 'Abd al-Muttalib telah mati ketika baginda s.a.w berusia lapan tahun. Baginda s.a.w telah bernikah dengan Khadijah ketika berusia dua puluh tahun lebih Hasil pernikahannya dengan Khadijah, baginda s.a.w telah dikurniakan al-Qasim, Ruqiyyah, Zainab dan Umm Kalthum sebelum diutus menjadi rasul (al-Mab'ath). 
Selepas diutus menjadi rasul, baginda s.a.w dikurniakan al-Tayyib, al-Tahir dan Fatimah a.s. Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w tidak mendapat cahaya mata selepas menjadi rasul melainkan Fatimah a.s dan al-Tayyib dan al-Tahir telah dilahirkan sebelum baginda s.a.w menjadi rasul. Khadijah telah mati ketika Rasulullah s.a.w keluar dari dataran Abi Talib iaitu setahun sebelum hijrah. Kemudian Abu Talib telah mati setahun selepas kematian Khadijah. Apabila kedua-dua mereka telah mati, maka Rasulullah s.a.w tidak suka tinggal di Makkah dan dikuasai oleh dukacita yang amat sangat, lalu baginda s.a.w telah mengadu kepada Jibrail a.s, maka Allah mewahyukan kepadanya: Keluarlah dari kampung yang penduduknya zalim. Tidak ada penolong untuk engkau selepas Abu Talib" dan Dia telah memerintahkannya supaya berhijrah.

(758)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abdullah bin Muhammad bin Akhi Ahmad al-Katib, daripada al-Husain bin Abdullah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah Rasulullah s.a.w penghulu anak Adam? Maka beliau telah berkata: Demi Allah, baginda s.a.w adalah penghulu makhluk Allah. Dan Allah tidak melepaskan makhluk yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w. 

(759)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Hammad, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah menyebut Rasulullah s.a.w, berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Allah tidak melepaskan jiwa yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w.

(760)-3. Ahamd bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammd bin Abdullah, daripada Ali bin Hadid, daripada Murazim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: "Wahai Muhammad, Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau dan Ali satu cahaya iaitu satu roh tanpa badan sebelum Aku menciptakan langit-Ku, Arasy-Ku dan laut-Ku, maka ia sentiasa melakukan tahlil kepada-Ku dan memuji-Ku. Kemudian Aku telah mengumpulkan roh kamu berdua, lalu Aku menjadikan kedua-duanya satu roh. Lalu ia memujiKu, mentakdiskan Aku dan melakukan tahlil kepada-Ku. Kemudian aku telah membahagikannya kepada dua bahagian dan Aku telah membahagikan dua kepada dua, maka ia telah menjadi empat. Muhammad adalah satu, Ali satu, al-Hasan dan al-Husain dua". [Abu Abdillah a.s telah berkata:] Kemudian Dia telah menciptakan Fatimah daripada cahaya yang Dia telah memulakannya dengan roh tanpa badan, kemudian Dia telah menyapukan kami dengan [tangan] kanan-Nya, maka cahaya-Nya terpancar kepada kami.

(761)-4. Ahmad, daripada al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah mewahyukan kepada Muhammad s.a.w: Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau ketika itu engkau tidak ada dan Aku telah meniupkan pada engkau daripada roh-Ku sebagai penghormatan daripada-Ku ketika Aku mewajibkan untukmu ketaatan di atas semua makhluk-Ku. Sesiapa yang mentaati engkau, maka beliau mentaatiKu. Sesiapa yang menderhakai engkau, maka beliau menderhakaiKu. Dan Aku telah mewajibkan sedemikian itu pada Ali dan keturunannya yang Aku telah memilih di kalangan mereka untuk diri-ku" 

(762)-5. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abi al-Fadhl Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far al-Thani a.s, maka aku telah menimbulkan perselisihan Syiah, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah sentiasa Tunggal dengan keesaan-Nya, kemudian Dia telah menciptakan Muhammad, Ali dan Fatimah, maka mereka telah tinggal seribu abad, kemudian Dia telah menciptakan semua perkara, lalu Dia menyaksikan mereka akan penciptaan-Nya dan melakukan ketaatan mereka ke atasnya dan memberi kuasa urusannya kepada mereka. 
Justeru, mereka menghalalkan apa yang mereka kehendaki dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki, mereka tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, ini adalah satu agama yang mana sesiapa yang mendahuluinya, terkeluar daripada agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, akan dihapuskan. Sesiapa yang berterusan mengamalkannya, mendapat kemenangan. Justeru, ambillah ia untuk anda, wahai Muhammad.

(763)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sebahagian Quraisy telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Dengan apakah anda telah mendahului para nabi sedangkan anda diutus sebagai [nabi] yang terakhir dan penutup mereka? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku adalah orang pertama yang telah beriman kepada Tuhanku dan orang pertama yang telah menjawab ketika Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) para nabi "Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul" Justeru, aku adalah nabi yang pertama yang telah berkata: Betul (balaa), maka aku telah mendahului mereka dengan ikrar[ku] kepada Allah.
(764)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Ali bin Hammad, daripada al-Mufadhdhal berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bagaimana kamu ketika kami berada di [alam] bayangan (al-Azillah)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, kami telah berada di sisi Tuhan kami ketika tidak ada seorangpun di sisi-Nya selain daripada kami, di bayangan yang hijau, kami bertasbih kepadaNya, mentakdiskanNya, bertahlil kepadaNya dan memuji-mujiNya, tidak ada malaikat yang muqarrab, tidak ada yang mempunyai roh selain daripada kami sehingga zahirlah bagiNya (badaa) untuk menciptakan sesuatu, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia kehendaki, bagaimana Dia kehendaki bagi menciptakan malaikat dan lain-lain, kemudian ilmu tentang perkara tersebut telah berakhir kepada kami.

(765)-8. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid berkata: Aku telah mendengar Yunus bin Ya'qub, daripada Sinan bin Tarif, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang pertama yang mana Allah telah mengangkat tinggi nama-nama kami. Sesungguhnya manakala Dia menciptakan langit dan bumi, maka Dia memerintahkan penyeru, lalu beliau telah menyeru: Asyhadu an la ilaha illa llah-tiga kali-Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah-tiga kali- Asyhadu anna 'Aliyyan Amir al-Mu'minin haqqan-sebanyak tiga kali-.

(766)-9. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja'fari, daripada Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah wujud sebelum wujudnya sesuatu, maka Dia telah menciptakan sesuatu dan tempat, Dia telah menciptakan cahaya segala cahaya yang mana segala cahaya terpancar daripada cahaya-Nya. Dia telah menciptakan segala cahaya daripada cahaya-Nya. Iaitu cahaya yang mana Muhammad dan Ali diciptakan daripadanya. Kedua-duanya merupakan cahaya yang awal kerana tidak ada sesuatu yang dijadikan sebelum cahaya mereka berdua. Kedua-duanya sentiasa berlalu di dalam keadaan suci di salbi-salbi yang suci (al-Aslaab al-Tahirah) sehingga kedua-duanya terpisah pada dua orang yang suci (tahiraini) iaitu pada Abdullah dan Abu Talib a.s.

(767)-10. Al-Husain [daripada Muhammad] bin Abdullah, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal, daripada Jabir ibn Yazid berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Wahai Jabir, sesungguhnya ciptaan Allah yang pertama adalah Muhammad s.a.w dan keluarganya, penunjuk yang ditunjukkan, mereka merupakan asybaah nur (cahaya yang kabur) di hadapan Allah, aku telah berkata: Apakah itu al-Asybaah? Beliau telah berkata: Bayangan cahaya berbentuk cahaya halus tanpa roh (Zill al-Nur abdaan nuraaniyyah bi-la arwaah) dan ia diperkuatkan dengan roh yang satu; roh kudus (ruh al-Qudus), Maka dengannyalah dia menyembah Allah dan begitu juga keluarganya. Lantaran itu, Dia telah menciptakan mereka lemah lembut, alim, baik dan bersih. Mereka menyembah Allah dengan sembahyang, puasa, sujud, tasbih dan tahlil. Mereka melakukan sembahyang yang banyak, melakukan haji dan berpuasa.

(768)-11. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Malik bin Isma'il al-Nahdi, daripada 'Abd al-Salam bin Harith, daripada Salim bin Abi Hafsah al-'Ajali, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Ada tiga perkara pada Rasulullah s.a.w yang tidak ada pada orang lain selain daripadanya, tidak ada Fai' baginya, baginda s.a.w tidak melalui pada satu jalan selepas dua hari atau tiga hari melainkan baginda s.a.w mengetahui keadaan udaranya baik padanya dan baginda s.a.w tidak melalui pada batu atau pada satu pokok melainkan ia sujud kepadanya s.a.w.

(769)-12. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w diangkat ke langit, Jibrail telah membawanya kepada satu tempat, lalu meninggalkannya. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya: Wahai Jibrail, anda meninggalkan aku di dalam keadaan ini? Maka Jibrail telah berkata: Majulah ke hadapan, demi Allah, sesungguhnya anda telah menjejak satu tempat yang tidak pernah dijejaki oleh manusia dan tidak ada manusia berjalan padanya sebelum anda. 

(770)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Abi Hamzah berkata: Abu Basir telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah hadir bersama, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Berapa kalikah Rasulullah s.a.w diangkat ke langit? Beliau telah berkata: Dua kali, lalu Jibrail telah menghentikannya di tempatnya sambil berkata kepadanya: Tetapkan di tempat anda, wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah berdiri di tempat yang tidak pernah berdiri padanya malaikat dan nabi, sesungguhnya Tuhan anda sedang berselawat (yusalli), maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Wahai Jibrail, bagaimana Dia berselawat? 
Jibrail berkata: Allah telah berfirman: Sabbuhun qaddusun ana rabbu al-Malaikati wa al-Ruh, sabaqat rahmati ghadhabi (Maha Sucu Maha Kudus, Akulah Tuhan malaikat dan Ruh, rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku). Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, keampunan Engkau, keampunan Engkau dipinta. Beliau telah berkata sebagaimana di firmankan oleh Allah: "Dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)" Maka Abu Basir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah "ma qaba qausaini au adna"? Beliau a.s telah berkata: Dari bawahnya (ujung busur panah) hingga ke atasnya. 
Maka beliau telah berkata: Di antara keduanya hijab yang bersinar lagi bergerak, aku tidak mengetahuinya melainkan beliau telah berkata: Permata warna hijau (jade), lalu baginda s.a.w telah melihat (seperti) menerusi lubang jarum sehingga dikehendaki Allah daripada cahaya kebesaran-Nya. Allah telah berfirman: Wahai Muhammad, lalu baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, baginda s.a.w telah bersabda: Labbai-ka ya rabbi, Dia telah berfirman: Siapakah di kalangan umat engkau selepas engkau? Baginda s.a.w telah bersabda: Allah lebih mengetahui, Dia telah berfirman: Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin, penghulu muslimin dan ketua muka-muka yang berseri. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata kepada Abu Basir: Wahai Abu Muhammad, demi Allah, wilayah Ali tidak datang dari bumi, malah ia datang dari langit secara telus.

(771)-14. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada 'Amru bin Syamr, daripada Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Ceritakan kepadaku tentang seorang nabi Allah a.s? Beliau telah berkata: Nabi Allah a.s [kulitnya] adalah putih kemerahan, dua matanya hitam lagi besar, bulu kening [nya] yang lebat, hujung jarinya [berkulit] kasar bagaikan emas diletakkan di atas tangannya, bahunya besar, apabila berpaling, beliau berpaling semuanya, daripada bahagian atas ke pusatnya bagaikan perak yang dibersihkan. Seolah-olah tengkuknya ke bahagian atas belakang bagaikan cerek perak, hampir hidungnya apabila beliau minum, memasuki air. Apabila beliau berjalan bagaikan berjalan di lereng bukit . Tidak ada seorang nabi Allah sepertinya sebelum dan selepasnya.

(772)-15. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberi contoh tentang umatku pada tanah (al-Tiin) dan Dia telah mengajar kepadaku nama-nama mereka sebagaimana Dia telah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya. Maka pemilik-pemilik bendera telah melaluiku, maka aku memohon keampunan untuk Ali dan Syiahnya. Sesungguhnya Tuhanku telah berjanji kepadaku tentang Syiah Ali satu perkara, lalu ditanya: Wahai Rasulullah, apakah dia? Baginda s.a.w telah bersabda: Keampunan bagi mereka yang beriman di kalangan mereka, Dia tidak meninggalkan maupun dosa kecil atau dosa besar [mereka] dan bagi mereka penukaran kejahatan [mereka] kepada kebaikan.

(773)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Yusuf, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah kepada orang ramai, kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kanannya sambil menggenggamkan tapak tangannya dan bersabda: Adakah kamu mengetahui, wahai manusia, apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya. 
Maka baginda s.a.w telah bersabda: Di dalamnya nama-nama Ahli syurga dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat. Kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kirinya dan bersabda: Wahai manusia, adakah kamu mengetahui apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Nama-nama ahli neraka dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat, kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Hukuman Allah dan keadilan [-Nya], hukaman Allah dan keadilan[-Nya], satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir.

(774)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ishaq bin Ghalib, daripada Abu Abdillah a.s di dalam khutbah khusus yang mana beliau telah menyebut tentang keadaan Nabi s.a.w dan para iman a.s serta sifat-sifat mereka: Tuhan kita tidak menegah kerana kelembutan-Nya dan kasihan belas-Nya sekalipun besarnya jenayah dan kejinya perbuatan mereka dari melahirkan untuk mereka seorang nabi yang paling dikasihiNya dan yang paling mulia kepadaNya: Muhammad bin Abdullah a.s yang mana kelahirannya di dalam suasana mulia yang tidak bercampur-aduk keturunannya dan diketahui sifat-sifatnya oleh ahli ilmu. 
Para nabi telah memberi berita gembira tentangnya di dalam kitab-kitab [mereka], begitu juga para ulama telah bercakap mengenainya, dikaji oleh para failasuf tentantg sifatnya, [nabi] yang terdidik, bukan orang bawahan, berketurunan [Bani] Hasyim yang tidak dapat ditandingi, lambangnya adalah malu dan tabiatnya adalah kemurahan, berakhlak dengan akhlak kenabian sehingga berakhir sebab-sebab penilaian Allah kepada waktunya yang ditetapkan (mati), berlaku qada' Allah yang berakhir dengan perintah-Nya, qada' yang ditetapkan itu akan berlaku. 
Umat diberitahu berita gembira tentangnya, setiap orang bapa menolaknya kepada bapa yang lain, daripada salbi kepada salbi, tidak pernah bercampur-aduk pada keturunannya perzinaan dan tidak dikotori di dalam kelahirannya semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya Abdullah, sebaik-baik kumpulan dan semulia-mulia keturunan dan kumpulan. Allah telah memilihnya dan meredainya dan mengurniakan kunci-kunci ilmu dan pancaran hikmat kepadanya. Dia telah mengutusnya sebagai rahmat kepada manusia dan "kesejukan" kepada negara. Allah telah menurunkan kepadanya Kitab yang mengandungi penerangan dan penjelasan. Al-Qur'an berbahasa Arab yang tidak bengkuk, mudah-mudahan mereka bertakwa. 
Sesungguhnya Dia telah menerangkannya kepada manusia dan menggariskan panduan dengan ilmu, menerangkan fardu-fardu yang diwajibkan-Nya, batasan-batasan yang dikenakan kepada manusia serta [menjelaskan] perkara-perkara yang boleh didedahkan kepada mereka. Ini menunjukkan kepada kejayaan dan tanda-tanda yang menyeru kepada petunjuk-Nya. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan apa yang disampaikannya dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya serta menunaikan apa yang ditanggung dari bebanan kenabian dan bersabar kerana Tuhan-Nya. Berjuang pada jalan-Nya dan memberi nasihat kepada umatnya dengan menyeru mereka kepada kejayaan, menggalakkan mereka supaya memperingatiNya, menunjukkan mereka kepada jalan petunjuk dengan perancangan dan asas-asas [keagamaan] untuk mereka, menara yang dapat mengangkat ketinggian mereka supaya mereka tidak sesat selepasnya. Dia Maha Penyayang dan Pemurah.

(775)-18. Muhammad bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada sekumpulan sahabat kita, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali al-Qaisi berkata: Darst bin Abu Mansur telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya Abu al-Hasan al-Awwal a.s: Adakah Rasulullah s.a.w telah berhujah dengan Abu Talib? Beliau telah berkata: Tidak, tetapi beliau adalah penyimpan wasit-wasiat, kemudian beliau memberikannya kepadanya s.a.w. Aku telah berkata: Adakah Abu Talib telah memberi kepadanya s.a.w wasiat-wasiat di atas alasan beliau telah berhujah dengannya? Maka beliau telah berkata: Jika Abu Talib telah berhujah dengannya, nesacaya beliau tidak memberi wasiat kepadanya. Maka aku telah berkata: Apakah keadaan Abu Talib? Beliau telah berkata: Abu Talib telah mengakui Nabi s.a.w dan apa yang dibawanya. Beliau telah memberi kepadanya s.a.w wasiat dan mati pada hari itu juga.

(776)-19. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Mansur bin al-'Abbas, daripada Ali bin Asbat, daripada Ya'qub bin Salim, daripada seorang lelaki, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka keluarganya a.s telah bermalam dengan malam yang panjang sehingga mereka telah menyangka bahawa tidak ada lagi langit yang membayangi mereka dan tidak ada lagi bumi yang dapat mereka jejak kerana Rasulullah s.a.w telah menimbulkan ketegangan di kalangan kerabat yang dekat dan yang jauh kerana Allah.
Tiba-tiba seorang pendatang telah mendatangi mereka, mereka tidak melihatnya, tetapi mereka mendengar percakapannya, maka beliau telah berkata: Al-Salamu 'alai-kum Ahl al-Bait wa rahmatu llahi wa barakatuh" Sesungguhnya bagi Allah takziah daripada setiap musibat dan kejayaan daripada setiap kebinasaan dan mendapat [sesuatu daripada] apa yang telah berlalu "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" 
Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan mengutamakan kamu, membersihkan kamu dan menjadikan kamu Ahl Bait Nabi-Nya. Menyimpankan pada kamu ilmu-Nya, mewariskan kamu kitab-Nya, menjadikan kamu tabut ilmu-Nya dan tongkat[Nya]. Dia telah menjadikan kamu contoh daripada cahaya-Nya dan memelihara kamu daripada kesalahan dan menyelamatkan kamu dari fitnah, justeru, terimalah takziah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut daripada kamu rahmat-Nya dan tidak sekali-kali akan menghilangkan daripada kamu nikmat-Nya, maka kamu adalah Ahlu llah a.w yang mana dengan merekalah sempurnanya nikmat, berkumpulnya perpecahan, bersatunya kalimat dan kamu adalah para wali-Nya. 
Justeru, sesiapa yang mewalikan kamu, maka beliau akan mendapat kemenangan dan sesiapa yang menzalimi hak kamu, maka beliau akan musnah. Kasih sayang kepada kamu adalah daripada Allah satu kewajipan di dalam kitab-Nya ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman. Kemudian Allah di atas kemenangan kamu jika Dia kehendaki, berkuasa. Justeru, bersabarlah di dalam semua perkara kerana semuanya kembali kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah telah menerima kamu daripada-Nya sebagai barang simpanan dan Dia mengucap selamt tinggal kepada kamu para wali-Nya yang beriman di bumi. Sesiapa yang menunaikan amanah-Nya, maka Allah akan memberi kepadanya pahala-Nya. Justeru, kamulah amanah yang tersimpan dan bagi kamu kasih sayang yang wajib dan ketaatan yang difardukan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati dan baginda s.a.w telah menyempurnakan agama untuk kamu dan menerangkan kepada kamu jalan keluar, maka baginda s.a.w tidak meninggalkan satu hujahpun kepada orang jahil . 
Lantaran itu, sesiapa yang jahil atau berpura-pura menjadi jahil atau ingkar atau terlupa atau sengaja melupainya, maka perhitungannya di atas Allah dan Allah di sebalik hajat-hajat kamu . Dan Allah mengucap selamat tinggal kepada kamu wa al-Salam. Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang mereka yang telah memberi takziah kepada mereka (Ahlu l-Bait a.s), maka beliau a.s telah berkata: Daripada Allah Ta 'aala.

(777)-20. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Isma'il bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w apabila dilihat pada malam yang gelap dilihat cahaya untuknya seolah-olah baginda s.a.w seperti bulan di belah dua.

(778)-21. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin 'Ubaidillah, daripada Abi Abdullah al-Husain al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja'fari, daripada Ahamd bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bi Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s dan Ahamd bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Jibrail telah turun kepada Nabi s.a.w, lalu beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan Dia telah berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengharamkan neraka di atas salbi yang telah menurunkan engkau dan perut yang telah mengandungkan engkau dan orang yang telah menjaga engkau. Lantaran itu, maka salbi adalah salbi bapa engkau Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan perut yang telah mengandungkan engkau adalah Aminah binti Wahab dan adapun orang yang menjaga engkau adalah Abu Talib.
Di dalam riwayat yang lain pula Ibn Fadhdhal dan Fatimah binti Asad.

(779)-22. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zurarah bin A'yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai satu umat, di atasnya tanda para nabi dan [mempunyai] kehebatan raja-raja.

(780)-23. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Assam, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Muqrin, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya 'Abd al-Muttalib adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa', beliau akan dibangkit pada hari Kiamat sebagai satu umat yang mempunyai kehebatan raja-raja dan tanda para nabi.

(781)-24. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada 'Abd al-Rahman bin al-Hajjaj [dan] Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib akan dibangkit sebagai satu umat, di atasnya cahaya raja-raja dan tanda para nabi kerana beliau adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa', beliau telah berkata: 'Abd al-Muttalib telah menghantar Rasulullah s.a.w kepada pengembala-pengembala untanya yang disediakan untuknya. Lalu baginda s.a.w telah mengumpulkannya dan melambat-lambatkannya. 
Kemudian 'Abd al-Muttalib telah berpegang di tepi pintu Ka'bah dan mulai berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau" Kemuduian Rasulullah s.a.w telah datang dengan untanya. [sedangkan] 'Abd al-Muttalib telah pergi pada setiap jalan dan pada setiap dataran untuk mencarinya dan beliau mulai melaung "Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau" Manakala beliau melihat Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengambilnya, lalu mengucupnya dan berkata: Wahai anak lelakiku, tidak, aku tidak akan mengarahkan anda pergi untuk sesuatu selepas ini, sesungguhnya aku khuatir anda akan dibunuh.

(782)-25. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Muhammad bin Hamran, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Raja Habsyah telah mengarahkan [kelengkapan] kuda dan gajah untuk memusnahkan Baitullah (Ka'bah), mereka telah melalui unta milik 'Abd al-Muttalib, lalu mereka menariknya. Berita ini telah sampai kepada 'Abd al-Muttalib, lalu beliau telah datang kepada Raja Habsyah dan masuk dengan izin, maka beliau telah berkata: Ini adalah 'Abd al-Muttalib bin Hasyim. Raja telah berkata: Apakah yang beliau mahu? 
Penterjemah telah berkata: Beliau telah datang kerana unta yang mereka telah menariknya (mengambilnya), beliau meminta anda mengembalikannya. Raja Habsyah telah berkata kepada para sahabatnya: Ini adalah ketua mereka dan pemimpin mereka, aku telah datang ke rumahnya (Baitullah) yang beliau sembah kepadanya untuk memusnahkannya sedangkan beliau meminta aku mengembalikan untanya. Jika beliau telah meminta aku supaya menahan diriku dari memusnahkannya, nescaya aku telah melakukannya. Pulangkan untanya. Maka 'Abd al-Muttalib telah berkata kepada penterjemahnya: Apakah Raja itu telah berkata kepada anda? 
Maka beliau telah menceritakannya kepadanya, maka 'Abd al-Muttalib telah berkata: Aku adalah tuan unta ini dan bagi rumah ini (Baitullah) ada tuannya yang akan menghalangnya (menjaganya). Lalu dipulangkan untanya dan 'Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Tiba-tiba beliau telah melalui seekor gajah di dalam kepulangannya, maka beliau telah berkata kepada gajah itu: Wahai Mahmud, lalu gajah itu menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui kenapakah mereka telah datang dengan anda ke sini? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, 'Abd al-Muttalib telah berkata: Mereka telah datang dengan anda supaya anda memusnahkan rumah Tuhan anda (Baitullah), adakah anda akan melakukannya? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, lalu 'Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Apabila tiba waktu pagi, mereka telah mendesak gajah untuk memasuki tanah Haram, tetapi ia enggan dan menentang mereka, lalu 'Abd al-Muttalib telah berkata kepada seorang hambanya ketika itu: Naiklah ke bukit, nescaya anda akan melihat sesuatu? 
Maka hamba itu telah berkata: Aku sedang melihat benda hitam dari arah laut, lalu 'Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Penglihatan anda dapat melihatnya dengan tepat? Maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak, hampir-hampir aku dapat melihatnya. Manakala ia telah hampir, beliau telah berkata: Burung yang banyak dan aku tidak megetahuinya, setiap burung membawa di paruhnya anak batu kecil, maka 'Abd al-Muttalib telah berkata: Tuhan 'Abd al-Muttalib tidak mahu melainkan golongan itu . Apabila burung-burung itu berada di atas kepala mereka, maka anak batu itu dicampakkan ke atas mereka. Setiap anak batu itu telah jatuh di atas lelaki (tentera), lalu ia keluar dari duburnya dan membunuhnya. Tidak seorangpun daripada mereka terlepas melainkan seorang lelaki yang memberitahu kepada orang ramai. Manakala beliau telah memberitahu kepada mereka, lalu anak batu kecil dicampakkan ke atasnya, lantas membunuhnya.

(783)-26. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Rifaa'ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib dibentangkan hamparan untuknya di perkarangan Ka'bah, tidak dihamparkan kepada seorangpun selain daripadanya dan baginya anak-anaknya yang berdiri di kepalanya, maka mereka melarang orang yang mendekatinya. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w telah datang ketika baginda masih kanak-kanak sehingga duduk di atas dua pahanya, lantas sebahagian mereka condong kepadanya untuk menjauhkannya daripadanya (datuknya), maka 'Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Tinggallah anak lelakiku itu kerana malaikat telah datang kepadanya (da' ibni fa-inna al-Malak qad ataa-hu) .

(784)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada Ali bin al-Mu'alla, daripada saudaranya Muhammad, daripada Darst bin Abi Mansur, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w dilahirkan, maka baginda s.a.w telah tinggal beberapa hari tanpa susu. Lalu Abu Talib telah bertanggungjawab di dalam [pengurusan] penyusuannya, maka Allah telah menurunkan padanya susu, lalu baginda s.a.w telah menyusu daripadanya beberapa hari sehingga Abu Talib mendapatkan Halimah al-Sa'diyyah, lalu beliau telah memberinya s.a.w kepadanya [untuk disusukannya].

(785)-28. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama Abu Talib sepertilah Ashaab al-Kahfi, mereka telah menyembunyikan iman dan menzahirkan syirik, maka Allah telah memberi pahala kepada mereka sebanyak dua kali.

(786)-29. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq, daripada Bakr bin Muhammad al-Azdi, daripada Ishaq bin Ja'far, daripada bapanya a.s telah berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka telah menyangka bahawa Abu Talib kafir? Beliau telah berkata: Mereka telah berbohong, bagaimana beliau seorang kafir sedangkan beliau telah berkata: 

Tidakkah mereka mengetahui sesungguhnya kami 
Telah mendapati Muhammad
Seorang Nabi seperti Musa ditulis pada awal kitab
Di dalam hadis yang lain, bagaimana Abu Talib seorang kafir sedangkan beliau telah berkata: 

Sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa anak 
lelaki kami bukanlah pembohong
Di sisi kami beliau tidak peduli kebatilan yang 
Dikatakan kepadanya
Beliau meminta awan menurunkan hujan dengan mukanya
Penjaga kepada anak-anak yatim dan janda-janda 
Yang mempunyai anak

(787)-30. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w di masjid Haram, memakai pakaian baru, lalu musyrikun telah mencampakkan uri (plasenta) unta betina ke atasnya, mereka telah memenuhkan pakaiannya dengannya sehingga dikehendaki Allah, kemudian baginda s.a.w telah pergi kepada Abu Talib, baginda telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku, bagaimana anda melihat maruahku pada mereka? Maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Apakah yang telah berlaku kepada anda, wahai anak saudaraku? 
Maka baginda s.a.w telah menceritakannya kepadanya, lalu Abu Talib telah memanggil Hamzah dan mengambil pedang seraya berkata kepada Hamzah: Ambillah uri itu, kemudian anda pergi kepada mereka dan Nabi s.a.w bersamanya, lalu beliau telah datang kepada Quraisy dan mereka di sekitar Ka'bah, kemudian beliau telah berkata kepada Hamzah: Lumurlah uri itu di atas misai-misai mereka, maka beliau telah melakukannya sehingga beliau telah datang kepada yang akhir mereka. Kemudian Abu Talib telah berpaling kepada Nabi s.a.w seraya berkata: Wahai anak saudaraku, ini adalah maruah anda pada kami.

(788)-31. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Asy'ari, daripada 'Abid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Abu Talib telah mati, Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, keluarlah dari Makkah kerana anda tidak ada penolong padanya. Quraisy telah memberontak menentang Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah keluar lari sehingga baginda s.a.w datang ke satu gunung di Makkah dikenali dengan al-Hujuun, maka baginda s.a.w telah berlindung di situ [seketika].

(789)-32. Ali bin Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Abdullah secara marfu', daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Adakah Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah (hisab al-Jumal)? Beliau a.s telah berkata: [Malah] dengan setiap bahasa (bi-kulli lisaan ).

(790)-33. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada bapa mereka berdua, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Isma'il bin Abi Ziyad, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah dan beliau a.s telah menyimpulkan dengan tangannya [angka] enam puluh tiga.

(791)-34. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Husain bin 'Ulwan al-Kalbi, daripada Ali bin al-Hazawwara al-Ghanawi, daripada Asbagh bin Nubatah al-Hanzali berkata: Aku telah melihat Amir al-Mukminin a.s pada dari pembukaan Basrah dan beliau telah menunggang baghal betina Rasulullah s.a.w, [kemudian] beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu sebaik-baik makhluk pada hari Allah akan mengumpulkan kamu, lalu Abu Ayyub al-Ansari bangun mendekatinya sambil berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami, sesungguhnya anda menjadi saksi dan akan pergi, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah tujuh orang daripada anak-anak 'Abd al-Muttalib. 
Tidak seorangpun akan mengingkari kelebihan mereka melainkan seorang kafir dan tidak seorangpun yang akan menetangnya melainkan seorang yang degil. Kemudian 'Amamr bin Yasir-rahima-hu llahu-berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, namakan mereka supaya kami dapat mengetahui mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah para rasul dan sesungguhnya sebaik-baik para rasul adalah Muhammad s.a.w dan sesungguhnya sebaik-baik umat selepas nabinya adalah wasi nabinya sehingga beliau berjumpa dengan seorang nabi. Sesungguhnya sebaik-baik para wasi adalah wasi Muhammad s.a.w. 
Sesungguhnya sebaik-baik makhluk selepas para wasi adalah para syahid. Sesungguhnya sebaik-baik para syahid adalah Hamzah bin 'Abd al-Muttalib dan Ja'far bin Abu Talib yang mempunyai dua sayap [boleh] berterbang di syurga, tidak ada di kalangan umat ini yang akan mempunyai dua sayap selain daripadanya, suatu yang dimuliakan Allah dengannya kepada Muhammad. 
Dan Dia telah memuliakannya dengan dua "anak lelaki" al-Hasan dan al-Husain dan al-Mahdi a.s, Dia akan menjadikannya siapa yang Dia kehendaki di kalangan kami Ahlu l-Bait, kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: "Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya) mereka itu akan bersama-sama mereka yang di anugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi para Siddiqiin, para syahid dan mereka yang saleh. Dan mereka itulah juga teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui" 

(792)-35. Muhammd bin al-Husain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Abi Maryam al-Ansari, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimanakah sembahyang ke atas Nabi s.a.w? Beliau telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s telah memandikannya, mengapankannya dan menutupnya, maka beliau telah memasukkan sepuluh orang [ke bilik], lalu mereka berpusing di sekelilingnya [Rasulullah s.a.w], kemudian Amir al-Mukminin a.s telah berhenti di tengah-tengah mereka, lalu berkata: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya" Maka orang ramai telah berkata sebagaimana beliau a.s telah berkata sehingga penduduk Madinah dan lain-lain berselawat ke atasnya.

(793)-36. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khttab, daripada Ali bin Saif, daripada Abi al-Mughra, daripada 'Uqbah bin Basyir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, tanamlah aku di tempat ini dan tinggilah kuburku dari bumi [sekadar] empat anak jari dan siramlah air di atasnya.

(794)-37. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-'Abbas telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu berkata: Wahai Ali, sesungguhnya orang ramai telah berkumpul untuk mengapankan Rasulullah s.a.w di Baqi' dan seorang lelaki daripada mereka akan mengimamkan mereka, lantas Amir al-Mukminin a.s keluar kepada orang ramai dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah seorang imam sama ada hidup atau mati dan baginda s.a.w telah bersabda: "Aku akan ditanam di tempat aku mati padanya". Kemudian beliau a.s telah berdiri di pintu, lalu melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian beliau a.s telah menyuruh orang ramai [seramai] sepuluh [orang], sepuluh [orang] untuk melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian mereka telah keluar.

(795)-38. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w telah mati, para malaikat, Muhajirin dan Ansar telah melakukan sembahyang ke atasnya secara berkumpulan. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda pada masa sihatnya: Sesungguhnya diturunkan ayat ini ke atasku tentang selawat ke atasku selepas Allah mematikan aku "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya" 

(796)-39. Sebahagian daripada sahabat kami telah meriwayatkannya secara marfu', daripada Abdullah bin Sinan, daripada Daud bin Kathir al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah makna salam ke atas Rasulullah s.a.w? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah menciptakan Nabi-Nya, wasinya, anak perempuannya dan dua anak lelakinya dan semua para imam, Dia telah menciptakan Syiah mereka dan telah mengambil perjajian (al-Mithaq) ke atas mereka supaya mereka bersabar dan menasihat [orang lain] supaya bersabar dan menguatkan ikatan persaudaraan dan bertakwa kepada Allah. 
Dia telah menjanjikan mereka bahawa Dia akan menyerahkan bumi yang diberkati kepada mereka dan Haram yang aman dan menurunkan kepada mereka Bait Ma'mur, menzahirkan atap yang diangkat kepada mereka, menyelamatkan mereka daripada musuh mereka dan [mereka akan dikurniakan] bumi yang akan ditukarkan oleh Allah untuk mereka dan akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada mereka". Beliau a.s telah berkata: Di sana tidak ada perbalahan untuk musuh mereka kerana mereka boleh memiliki apa yang mereka suka. Justeru, Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) ke atas para imam dan Syiah mereka. Bahawasanya "salam ke atasnya" adalah sebagai peringatan kepada perjanjian (al-Mithaq) yang sama dan pembaharuan untuknya ke atas Allah. Mudah-mudahan Allah mempercepatkan kesejahteran (al-Salam) untuk kamu dengan segala yang ada padanya.

(797)-40. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad, pilihan Engkau, khalil Engkau dan pelaksana perintah Engkau".