Bab 113. Kelahiran Amir al-Mukminin a.s

Kelahiran Amir Al-Mukminin A.S (maulid Amir al-Mu'minin a.s)

(799)-1. Amir al-Mukminin a.s telah dilahirkan tiga puluh tahun selepas tahun gajah. Beliau dibunuh pada 9hb Ramadan, malam Ahad pada tahun 40 H ketika berusia 63 tahun. Beliau telah tinggal selepas kematian Nabi s.a.w selama 30 tahun. Dan ibunya Fatimah binti Asad bin Hasyim bin 'Abd Manaf. Beliau a.s adalah Hasyimi pertama yang dilahirkan oleh seorang Hasyimi sebanyak dua kali (awwalu hasyimi walada-hu Hasyim marrataini).

(800)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Farisi, daripada Abi Hanifah Muhammad bin Yahya, daripada al-Walid bin Abban, daripada Muhammad bin Abdullah bin Maskan, daripada bapanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad telah datang kepada Abu Talib untuk memberitahu berita gembira kepadanya tentang kelahiran Nabi s.a.w, maka Abu Talib berkata: Bersabarlah anda selama 30 tahun (sabtan), aku akan memberitahu kepada anda berita gembira seumpamanya melainkan kenabian dan beliau telah berkata: Al-Sabt ialah tiga puluh tahun. Dan masa di antara Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s adalah 30 tahun.

(801)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Sayyaari, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad adalah ibu kepada Amir al-Mukminin a.s. Beliau adalah perempuan pertama yang telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah dengan berjalan kaki. Beliau adalah orang yang paling baik dengan Rasulullah s.a.w, maka aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya manusia akan dihimpunkan pada hari Kiamat di dalam keadaan bertelanjang sebagaimana mereka dilahirkan. 
Maka Fatimah binti Asad berkata: Penutupan auratnya[?], maka baginda s.a.w bersabda: Aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menghantarkan selimut (pakaian) kepada anda. Dan beliau telah mendengarnya s.a.w menyebut tentang azab kubur, lalu beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menjaga anda daripadanya. Pada suatu hari beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku mahu memerdekakan seorang hamba perempuanku ini, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Jika anda melakukannya, nescaya Allah akan memerdekakan setiap anggota anda daripada api neraka. Manakala beliau telah sakit, beliau telah berwasiatkan kepada Rasulullah s.a.w dan menyuruhnya supaya memerdekakan seorang hamba lelakinya. Lidahnya telah menjadi kaku, lalu beliau mulai memberi isyarat kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w telah menerima wasiatnya.
Manakala baginda s.a.w sedang duduk, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s telah datang kepadanya di dalam keadaan menagis, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau telah berkata: Ibuku Fatimah telah mati, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Dan ibuku [juga], demi Allah, baginda s.a.w telah bangun dengan cepat sehingga baginda s.a.w telah masuk dan melihat kepadanya dan menangis. Kemudian baginda s.a.w telah menyuruh perempuan supaya memandikan jenazahnya dan Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu semua telah menyelesaikannya, maka janganlah kamu bercakap apa-apa sehingga kamu memberitahu kepadaku. 
Apabila mereka telah menyelesaikannya, mereka telah memberitahu kepadanya tentangnya, lalu baginda s.a.w telah memberikan kepada mereka salah satu daripada dua bajunya (qamisnya) yang menutupi badannya dan baginda s.a.w telah menyuruh mereka supaya mengapankannya di dalamnya dan baginda s.a.w telah berkata kepada muslimin: Apabila kamu telah melihatku telah melakukan sesuatu yang aku tidak pernah melakukannya sebelum ini, maka bertanyalah aku kenapa aku telah melakukannya. Manakala mereka telah menyelesaikannya dari memadikannya dan mengapankannya, lalu baginda s.a.w telah masuk dan membawa jenazahnya di atas bahunya. Baginda s.a.w sentiasa di bawah jenazahnya sehingga baginda s.a.w sampai di kuburnya. Kemudian baginda s.a.w telah meletakkannya dan memasuki kuburnya dan mengiringkannya padanya. Kemudian baginda s.a.w telah berdiri, lalu mengambilnya di atas dua tangannya sehingga baginda s.a.w telah meletakkannya di kuburnya. 
Kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atasnya pada masa yang agak lama, menyerunya dan berkata kepadanya: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda], kemudian baginda s.a.w telah keluar dan membetulkannya, kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atas kuburnya, lalu mereka telah mendengarnya bersabda: Tiada tuhan melainkan Allah, wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meninggalkannya kepada Engkau, kemudian baginda s.a.w telah pulang. Muslimin telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kami telah melihat anda telah melakukan perkara-perkara yang anda tidak pernah melakukannya sebelum hari ini, maka baginda s.a.w bersabda: Pada hari ini aku telah kehilangan kebaikan Abu Talib, jika ada di sisinya sesuatu, nescaya ia akan memberi kesan kepada dirinya dan anak-anaknya. 
Sesungguhnya aku telah menyebut hari Kiamat dan sesungguhnya manusia akan dihimpunkan di dalam keadaan bertelanjang, maka beliau (Fatimah binti Asad) berkata: Penutupan auratnya[?], maka aku telah memberi jaminan kepadanya supaya Allah menghantarkan kepadanya selimut. Dan aku telah menyebut azab kubur, maka beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka aku telah memberi jaminan bahawa Allah akan menjaganya daripadanya. 
Justeru, aku telah mengapankannya dengan bajuku(qamis) dan aku telah mengiringkannya di kuburnya, aku telah mengapankannya dan aku telah menundukkan [kepalaku] di atasnya. Kemudian aku telah membaca talkin kepadanya kerana beliau sedang ditanya tentang Tuhannya, maka beliau telah menjawabnya, beliau ditanya tentang Rasul-Nya, lalu beliau telah menjawabnya dan beliau ditanya tentang walinya dan imamnya, maka ia telah mengejutkannya, maka aku telah berkata: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda].

(802)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Abban al-Kalbi, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w dilahirkan, didedahkan kepada Aminah "keputihan Farsi" dan istana-istana Syam, tiba-tiba Fatimah binti Asad, ibu Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Abu Talib di dalam keadaan suka dan gembira, kemudian beliau telah memberitahu kepadanya apa yang dikatakan oleh Aminah, maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Anda merasa pelik tentang perkara ini, sesungguhnya anda akan mengandung dan akan melahirkan wasinya dan wazirnya" 

(803)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Barqiy, daripada Ahmad bin Zaid al-Nisaburi berkata: Umar bin Ibrahim al-Hasyimi telah memberitahu kepadaku, daripada 'Abd al-Malik bin Umar, daripada Usyad bin Safwan, sahabat Rasulullah s.a.w, berkata: Pada hari matinya Amir al-Mukminin a.s, tempat[nya] dipenuhi dengan tangisan, manusia merasa terharu seperti hari matinya Rasulullah s.a.w dan seorang lelaki telah datang di dalam keadaan menangis, cepat sambil berkata: Pada hari ini berakhirlah khilafah kenabian sehingga beliau telah berdiri di pintu rumah Amir al-Mukminin a.s, maka beliau berkata:

"Allah telah merahmati anda, wahai Abu al-Hasan, anda adalah orang yang pertama Islam dan yang paling ikhlas iman, yang paling kuat keyakinan, yang paling takut kepada Allah, yang paling mengambil berat, yang paling telus kepada Rasulullah s.a.w, yang paling aman ke atas sahabatnya, yang paling baik kelebihannya (manaqibnya), yang paling mulia daripada mereka yang terdahulu, yang paling tinggi darjat, yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w, yang paling menyerupai nya dari segi petunjuk, akhlak, kebaikan dan perbuatan, yang paling tinggi kedudukan, yang paling mulia ke atasnya. Allah akan memberi balasan kepada anda tentang Islam, Rasul-Nya dan muslimin dengan kebaikan.
Anda telah menjadi kuat ketika para sahabat anda telah lemah, anda terserlah ketika mereka terdiam, anda telah bangkit ketika mereka menjadi lemah, anda telah melakukan peraturan Rasulullah s.a.w ketika para sahabatnya bercadang untuk meninggalkannya. Justeru, andalah khalifahnya yang sebenar, anda tidak bertengkar dan menunduk kepada tekanan munafikin, kemarahan mereka yang kafir, kebencian mereka yang hasad dan kedengkian mereka yang fasik. Anda telah melaksanakan urusannya ketika mereka telah gagal. Anda telah bercakap ketika mereka di dalam keraguan dan anda telah pergi dengan cahaya Allah ketika mereka telah berhenti, lalu mereka telah mengikuti anda dan mendapat hidayah. Anda adalah yang paling rendah suara dan yang paling tinggi berdoa(qunut), yang paling kurang bercakap, yang paling tepat bercakap, yang paling besar pendapat, yang paling berani hati, yang paling kuat keyakinan, yang paling baik amalan, yang paling mengetahui tentang banyak perkara. Anda, demi Allah, madu kepada agama; pertama dan kedua: Pertama ketika orang ramai telah berpecah dan kedua ketika mereka telah gagal. 
Anda bagi mukminin seperti bapa yang pemurah kerana mereka telah menjadi tanggungan anda, justeru, anda telah menanggung beban kelemahan mereka, anda telah menjaga apa yang mereka telah hilang, anda telah menjaga apa yang mereka telah cuai, anda telah memenatkan diri anda apabila mereka berkumpul, anda telah tinggi apabila mereka keciwa, anda telah bersabar apabila mereka telah gopoh. Anda telah dapat ketegangan apa yang mereka telah minta dan mereka telah dapat apa yang mereka tidak menjangkakannya. Anda ke atas mereka yang kafir merupakan azab dan rampasan, tetapi bagi mukminin sebagai tiang dan benteng, anda telah dikurniakan dengan nikmat-nikmat-Nya dan anda telah memenanginya, anda telah mendahului mereka yang terdahulu. 
Anda telah pergi dengan kelebihannya, tidak mengurangkan hujah anda, tidak mengubah hati anda, tidak melemahkan mata hati anda, tidak mengecutkan diri anda dan menundukkannya. Anda seperti gunung yang tidak dapat digerakkan oleh taufan, anda sebagaimana beliau berkata: Orang ramai telah aman di dalam persahabatan dengan anda dan mendapat pertolongan anda, anda sebagaimana beliau telah berkata: Anda adalah lemah dari segi badan, tetapi kuat di dalam urusan Allah, merendah diri pada diri anda, besar di sisi Allah. 
Besar di bumi, mulia di sisi mukminin, tidak ada seorangpun dapat mempersendakan anda di dalam semua perkara, orang yang lemah dan hina di sisi anda seorang yang kuat lagi mulia sehingga anda mengambil untuknya haknya, orang yang kuat dan mulia di sisi anda adalah lemah lagi hina sehingga anda mengambil hak daripadanya, orang yang dekat (kerabat) dan yang jauh di sisi anda tentang itu adalah sama, keadaan anda adalah kebenaran, ke ikhlasan dan kelembutan, kata-kata anda adalah hikmat lagi pemutus, urusan anda adalah lemah lembut dan cekal, pendapat anda adalah ilmu dan azam apa yang anda telah buat. Sesungguhnya anda telah melalui jalan [duri], anda telah mempermudahkan kesukaran, anda telah memadamkan api [fitnah]. 
Dengan anda agama telah menjadi sederhana dan Islam telah menjadi kuat dengan anda, maka telah zahirlah urusan Allah sekalipun dibenci oleh mereka yang kafir. Islam dan muslimin telah mantap dengan anda, anda telah mendahului apa yang terdahulu. Anda telah mengurangkan kepenatan orang selepas anda mengalami kepenatan yang kuat. Anda menahan tangisan, bencana anda amat besar di langit, musibat anda memusnahkan manusia, maka sesungguhnya kita daripada Allah dan kepadanyalah kita kembali, kita meredai qada' Allah, demi Allah, muslimin sekali-kali tidak akan ditimpa musibat seperti anda selama-lamanya. Anda bagi mukminin seperti gua dan benteng, gunung yang kuat dan bagi mereka yang kafir adalah kekasaran dan kemarahan, maka Allah telah menyambungkan anda dengan Nabi-Nya dan Dia tidak mengaramkan kami daripada pahala anda, Dia tidak menyesatkan kami selepas anda". Mereka terdiam sehingga percakapannya berakhir dan para sahabat Rasulullah s.a.w telah menangis, kemudian mereka telah mencarinya, tetapi mereka tidak menemuinya.

(804)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Safwan al-Jamal berkata: Aku, 'Amir dan Abdullah bin Jaza'ah al-Azdi telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, berkata: 'Amir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah Amir al-Mukminin a.s telah disemadikan di al-Rahbah? Beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau berkata: Di manakah beliau telah di semadikan? Beliau a.s telah berkata: Manakala beliau a.s mati, maka al-Hasan a.s telah membawanya, kemudian beliau dibawa ke Kufah berhampiran dengan Najaf, di kiri al-Ghariyy dan di kanan al-Hirah, lalu disemadikan dicelah tanah tinggi yang berwarna putih. Beliau telah berkata: Selepas itu aku telah pergi di tempat itu, tetapi aku telah menjadi keliru lokasi sebenarnya, kemudian aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Anda telah mendapati tempatnya-sebanyak tiga kali-.

(805)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Umar bin Yazid telah datang kepadaku dan berkata: Naiklah, lalu akupun naik [binatang tunggangan] bersamanya, kami telah pergi sehingga ke rumah Hafs al-Kinasi, maka aku telah meminta supaya beliau keluar, lalu beliau telah menunggang bersama kami, kemudian kami telah pergi sehingga kami telah sampai ke al-Ghariy, maka kami telah berakhir di sebuah kubur, maka beliau telah berkata: Turunlah, ini adalah kubur Amir al-Mukminin a.s, kami telah berkata: Dari manakah anda telah mengetahuinya? Maka beliau telah berkata: Aku telah datang bersama Abu Abdillah a.s di al-Hirah beberapa kali dan beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa ia adalah kuburnya.

(806)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Isa Syalqan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s mempunyai khu'ulah pada Bani Makhzum. Dan seorang pemuda daripada mereka telah mendatanginya dan berkata: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya saudaraku telah mati dan aku telah berdukacita ke atasnya dengan kuat, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda mahu melihatnya? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Perlihatlah kepadaku kuburnya. 
Beliau telah berkata: Beliau a.s telah keluar dan bersamanya burdah Rasulullah s.a.w yang dipakainya. Manakala beliau a.s telah sampai ke kubur, maka dua bibir mulutnya bergerak membaca sesuatu, kemudian beliau a.s telah menendang kuburnya dengan kakinya, lantas keluarlah dia dari kuburnya bercakap di dalam bahasa Farsi, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda telah mati dan anda seorang Arab? Beliau berkata: Ya, tetapi kami telah mati di atas sunnah polan dan polan, kemudian lidah kami telah bertukar [kepada bahasa Farsi].

(807)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan bin Ali a.s telah berada di masjid Kufah, maka beliau telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya telah mati pada malam ini seorang lelaki yang tidak didahuluinya oleh mereka yang dahulu dan tidak mendapatinya oleh mereka yang mutakhir. 
Sesungguhnya beliaulah pembawa bendera Rasulullah s.a.w, di kanannya Jibrail, di kirinya Mikail, beliau tidak kembali sehingga Allah memberi kemenangan untuknya. Demi Allah, beliau tidak meninggalkan yang putih dan yang merah melainkan 700 dirham, baki daripada pemberiannya. Dengan wang itu, beliau mahu membeli seorang hamba lelaki untuk keluarganya. Demi Allah, beliau telah mati pada malam matinya wasi Musa, Yusyu' bin Nun dan pada malam Isa bin Maryam diangkat ke langit dan pada malam turunya al-Qur'an. 

(808)-9. Ali bin Muhammad secara marfu' berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Amir al-Muminin a.s dimandikan jenazahnya, mereka dipanggil dari sudut rumah, "jika kamu telah mengambil di depan katil, maka yang akhirnya telah memadai. Dan jika kamu telah mengambil yang akhirnya, maka yang di depannya telah memadai untuk kamu" .

(809)-10. Abdullah bin Ja'far dan Sa'd bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudara lelakinya Ali bin Mihziyar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Fatimah binti Muhammad telah dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul dan beliau mati ketika berusia 18 tahun 75 hari.

(810-11. Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah Bakir, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah mendengarnya berkata: Apabila Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan, al-Husain dan dua orang lelaki yang lain telah mengeluarkannya sehingga mereka keluar dari Kufah. Mereka telah meninggalkan sumpah mereka, kemudian mereka telah melalui al-Jabanah sehingga mereka sampai ke al-Ghariy, lalu mereka mengembumikannya dan menyamakan kuburnya, kemudian mereka pulang.