Bab 117. Kelahiran Ali bin al-Husain a.s

Kelahiran Ali Bin Al-Husain A.S (maulid 'Ali bin al-Husain a.s)

Ali bin al-Husain a.s telah dilahirkan pada tahun 38 hijrah dan mati pada tahun 95 hijrah ketika berusia 57 tahun. Ibunya Salamah atau Syahrubanuwaih binti Yazdajir bin Syahriyar bin Syiruwaih bin Kisra Abruiz. Yazdajir adalah raja Farsi yang terakhir.

(836)-1. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani-rahima-hu llah-dan Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada 'Abd al-Rahman bin Abdullah al-Khaza'i, daripada Nasr bin Mazahim, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala anak perempuan Yazdajir dikemukakan kepada Umar, beliau telah memuliakannya sebagai puteri Madinah, masjid dihiasi dengan cahayanya manakala beliau masuk. Manakala Umar telah melihat kepadanya, maka beliau telah menutup mukanya dan berkata: "uf biruj bada hurmuz" Maka Umar telah berkata: Adakah beliau ini mencela aku, Umar mahu menentangnya. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Umar: Ia bukan untuk anda, berilah pilihan kepadanya supaya memilih seorang lelaki di kalangan muslimin dan hitunglah beliau daripada fa'i-nya. Maka Umar telah memberi pilihan kepadanya, lalu beliau telah datang dan meletakkan tangannya di atas kepala al-Husain a.s. Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Apakah nama anda? 
Maka beliau telah berkata: Jihan Syah, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Malah Syahrubanuwaih, kemudian beliau a.s telah berkata kepada al-Husain a.s: Wahai Abu Abdillah, beliau akan melahirkan untuk anda sebaik-baik penduduk bumi, maka beliau telah melahirkan Ali bin al-Husain a.s dan dikatakan kepada Ali bin al-Husain a.s: Anak lelaki kepada dua orang yang terpilih, maka pilihan Allah daripada Arab adalah Hasyim dan daripada bukan Arab adalah orang Farsi. Diriwayatkan bahawa Abu al-Aswad al-Di'li telah berkata mengenainya: 

Dan sesungguhnya seorang budak 
Di antara Kisra dan Hasyim
Adalah lebih mulia daripada orang 
Yang digantung tangkal di atasnya

(837)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah memiliki seekor unta betina, beliau telah menaikinya sebanyak dua puluh dua kali haji dan beliau tidak pernah memukulnya, beliau telah berkata: Unta betina itu telah datang selepas kematiannya dan kami tidak menyedari kedatangannya melainkan [selepas] sebahagian daripada khadam dan hamba kami berkata: Sesungguhnya unta betina itu telah keluar dan datang ke kubur Ali bin al-Husain a.s, lalu melutut di atasnya dan menggosok kuburnya dengan tengkuknya di dalam keadaan mulutnya berbuih, maka aku telah berkata: Dapatkannya, dapatkannya dan bawalah ia kepadaku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya, beliau telah berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya [sebelum ini].

(838)-3. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila bapaku Ali bin al-Husain a.s telah mati, maka unta betinanya telah datang sehingga ia telah memukul kuburnya dengan tengkuknya dan berguling di atasnya, maka aku telah menyuruh supaya ia dikembalikan kepada kandangnya. Sesungguhnya bapaku telah menaikinya untuk mengerjakan haji dan umrah dan beliau tidak pernah memukulnya.
"Ibn Babwaih" 

(839)-4. Al-Husain bin Muhammad bin 'Amir, daripada Ahamd bin Ishaq bin Sa'd, daripada Sa'dan bin Muslim, daripada Abi 'Ammarah, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala pada malam dijanjikan padanya Ali bin al-Husain a.s, maka beliau telah berkata kepada Muhammad a.s: Wahai anak lelakiku, carilah [air] wuduk untukku, beliau telah berkata: Maka akupun telah berdiri dan aku telah membawa [air] wuduk kepadanya. Beliau berkata: Aku tidak mahu ini kerana padanya sesuatu yang telah mati. 
Beliau telah berkata: Maka akupun telah keluar dan aku telah datang dengan lampu, tiba-tiba padanya seekor tikus telah mati, maka aku telah membawa kepadanya air wuduk yang lain. Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, inilah malam yang aku telah dijanjikan dengannya, lalu beliau telah berpesan tentang unta betinanya supaya beliau menjaganya dan disediakan untuknya makanan kering, maka aku telah melakukannya padanya. Beliau telah berkata: Tidak berapa lama selepas itu, ia telah keluar sehingga mendatangi kubur[nya].
Lalu ia telah memukulnya dengan tengkuknya dan dua matanya berlinang, lalu didatangi Muhammad bin Ali dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata: Diam sekarang! Berdirilah semoga Allah telah memberkati anda, tetapi ia tidak melakukannya. Maka beliau telah berkata: Jika Ali bin al-Husain a.s keluar menaikinya ke Makkah, maka beliau telah menggantungkan tongkat di atasnya, tetapi beliau tidak memukulnya sehingga ia memasuki Madinah, beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah keluar pada waktu malam yang gelap, lalu beliau telah membawa guni padanya dinar dan dirham sehingga beliau mendatangi pintu ke pintu, maka beliau telah mengetuknya, kemudian memberi[nya] kepada orang yang keluar kepadanya.

(840)-5. Muhammad bin Ahmad, daripada bapa saudaranya Abdullah bin al-Salt, daripada al-Hasan bin Ali binti Ilyas, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Ali bin al-Husain a.s manakala hampir mati, beliau telah menutup matanya, kemudian beliau telah membuka dua matanya dan membaca "Idha waqa'at al-Waaqi'atu" dan "Inna fatah-na la-ka" Kemudian beliau telah berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itu sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal" Kemudian beliau telah mati pada ketika itu juga tanpa berkata apa-apa.

(841)-6. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah mati ketika berusia 57 tahun pada tahun 95 hijrah, beliau telah hidup selepas [kematian] al-Husain a.s selama 35 tahun.