Bab 118. Kelahiran Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s

Kelahiran Abu Ja'far Muhammad Bin 'Ali A.S (maulid Abi Ja'far Muhammad bin 'Ali a.s

Abu Ja'far a.s telah dilahirkan pada tahun 57 hijrah dan mati pada tahun 114 hijrah ketika berusia 57 tahun. Dikebumikan di al-Baqi' di Madinah pada kubur yang dikebumikan bapanya Ali bin al-Husain a.s., ibunya Umm Abdillah binti al-Hasan bin Ali bin Abu Talib a.s dan di atas zuriat mereka yang mendapat petunjuk.

(842)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Salih bin Mazid, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Abi al-Sabah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Ibuku telah duduk di sisi dinding, tiba-tiba dinding itu telah pecah, maka kami telah mendengar satu gegaran yang kuat, maka ibuku telah menggali dengan tangannya: Tidak, demi hak al-Mustafa, Allah tidak membenarkan anda terjatuh, lalu ia tinggal tergantung di udara sehingga beliau dapat melintasinya, lalu bapaku telah bersedekah kerananya seratus dinar, maka Abu al-Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut neneknya, ibu kepada bapanya pada suatu hari, maka beliau telah berkata: Neneknya adalah siddiqah dan tidak terdapat pada keluarga al-Hasan seorang perempuan sepertinya.
Muhammad bin al-Hasan, daripada Abdullah bin Ahmad tentang riwayat yang sama.

(843)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah al-Ansari adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir. Beliau adalah seorang lelaki yang menghabiskan masanya kepada kami Ahlu l-Bait. Beliau telah duduk pada masjid Rasulullah s.a.w memakai serban hitam, beliau telah menyeru: Wahai Baqir al-'Ilm, wahai Baqir al-'Ilm sehingga penduduk Madinah telah berkata: Jabir sedang meracau, maka beliau pula telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak meracau, tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati seorang lelaki daripadaku, namanya adalah namaku dan tabiatnya seperti tabiatku. 
Mencintai ilmu, maka inilah yang membawa aku berkata sedemikian, beliau telah berkata: Manakala Jabir telah berada pada suatu hari di sebahagian jalan di Madinah, tiba-tiba beliau telah melalui satu jalan yang mana padanya Muhammad bin Ali, manakala beliau telah melihat kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, datanglah kepadaku, lalu beliau datang, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Pusing, maka beliau telah berpusing, kemudian beliau telah berkata: Tabiat Rasulullah s.a.w, demi jiwaku di tangan-Nya, wahai budak, apakah nama anda? Beliau telah berkata: Namaku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain, maka beliau mulai mengucup kepalanya dan berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, bapa anda Rasulullah s.a.w telah memberi salam kepada anda dan beliau berkata [kembali] sedemikian. 
Beliau telah berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain telah pulang kepada bapanya di dalam keadaan tercengang, kemudian beliau telah memberitahu berita tersebut. Maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak lelakiku, Jabirlah yang telah melakukannya, beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Tinggal saja di rumah, wahai anak lelakiku, Jabir telah mendatangi budak ini pada dua tepi siang (pagi dan petang), beliau adalah sahabat Nabi s.a.w yang terakhir. Tidak lama selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah datang kepadanya dengan penuh kehormatan kerana persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s mulai memberitahu kepada mereka tentang Allah, maka penduduk Madinah telah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang yang lebih berani daripada ini. 
Manakala beliau telah melihat apa yang mereka katakan, maka beliau telah memberitahu kepada mereka tentang Rasulullah s.a.w. maka penduduk Madinah telah berkata: kami tidak pernah melihat seorang yang paling berbohong daripada [lelaki] ini memberitahu kepada kami daripada orang yang beliau tidak pernah melihatnya. Manakala beliau melihat apa yang mereka katakan, lalu beliau a.s telah memberitahu kepada mereka [hadis-hadis] daripada Jabir bin Abdullah, maka beliau telah berkata: Mereka telah memperakuinya dan Jabir bin Abdullah telah mendatanginya dan belajar daripadanya.

(844)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muthanna al-Hannaat, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s, maka aku telah berkata: Kamu adalah pewaris Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah pewaris para nabi, beliau telah mengetahui setiap apa yang mereka telah mengetahuinya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, justeru, kamu mampu menghidupkan orang yang telah mati dan menyembuhkan orang yang buta dan sopak? 
Beliau telah berkata: Ya, dengan izin Allah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Dekatkan kepadaku, wahai Abu Muhammad, maka aku telah mendekatinya, lalu beliau telah menyapukan di atas mukaku dan di atas mataku, lalu aku telah melihat matahari, langit, bumi, rumah-rumah dan setiap sesuatu di rumah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu begini, bagi anda apa yang dimiliki manusia dan di atas anda apa [yang akan berlaku] di atas mereka pada hari Kiamat atau anda kembali sebagaimana anda dahulu dan bagi anda adalah syurga? Aku berkata: Aku kembali sebagaimana aku dahulu, lalu beliau telah menyapu di atas mataku, maka aku telah kembali sebagaimana aku dahulu, beliau telah berkata: Maka aku telah memberitahu kepada Ibn Abi 'Umair tentang perkara ini, maka beliau telah berkata: Aku naik saksi bahawa ini adalah benar sebagaimana siang hari adalah benar.

(845)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ali, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berada bersamanya pada suatu hari, tiba-tiba sepasang burung telah hinggap di atas dinding dan mengeluarkan suara mereka berdua, lalu Abu Ja'far a.s telah menjawab percakapan mereka berdua beberapa ketika, kemudian kedua-duanya telah terbang, manakala mereka berdua telah terbang di atas dinding, burung jantan telah mengeluarkan suaranya ke atas burung betina beberapa ketika. 
Kemudian mereka telah terbang lagi, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah burung ini? Beliau telah berkata: Wahai Ibn Muslim, setiap sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah sama ada burung atau binatang atau sesuatu yang mempunyai roh, maka ia adalah lebih mendengar kepada kami dan lebih patuh daripada manusia bahawa sesungguhnya burung ini telah menyangka buruk terhadap pasangan betinanya, lalu burung betina telah bersumpah kepadanya bahawa ia tidak melakukannya dan berkata: Adakah anda meredai Muhammad bin Ali? Maka mereka berdua telah meredaiku, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa ia (burung jantan) adalah zalim kepada burung betina, kemudian ia telah mempercayainya (burung betina).

(846)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbaat, daripada Salih bin Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, berkata: Manakala Abu Ja'far a.s telah dibawa ke Syam kepada Hisyam bin 'Abd al-Malik, beliau telah berada di pintunya, berkata kepada para sahabatnya dan mereka yang telah hadir di kalangan Bani Umayyah: Apabila kamu telah melihat aku telah mencela Muhammad bin Ali, kemudian kamu telah melihat aku telah berdiam diri, maka hendaklah setiap lelaki daripada kamu datang kepadanya dan mencelanya, kemudian beliau menyuruh supaya diberi kebenaran kepadanya. 
Manakala Abu Ja'far a.s telah datang, maka beliau telah berkata: Al-Salamu 'alaikum, lalu beliau telah memberi salam kepada mereka secara umum, kemudian beliau telah duduk, maka Hisyam bertambah cemas kerana beliau tidak memberi salam kepadanya sebagai seorang khalifah dan beliau telah duduk tanpa kebenaran. Maka Hisyam mulai mencelanya dan berkata apa yang beliau akan katakan kepadanya: Wahai Muhammad bin Ali, masih ada seorang lelaki di kalangan kamu yang telah memecah-belahkan perpaduan muslimin, mendakwa untuk dirinya dan menyangka bahawa beliau adalah seorang imam yang bodoh dan sedikit ilmu, beliau telah mencelanya apa yang beliau mahu mencelanya. 
Manakala beliau telah diam, maka seorang selepas seorang daripada mereka telah datang kepadanya dan mencelanya sehinga selesailah yang akhir mereka. Manakala mereka semuanya telah diam, maka beliau telah bangun berdiri, kemudian berkata: Wahai manusia, di mana kamu sekarang dan di mana kamu dikehendaki, dengan kamilah [orang] yang awal kamu dapat petunjuk dan dengan kamilah [orang] yang akhir kamu akan berakhir. Jika bagi kamu kerajaan yang cepat, maka bagi kami kerajaan yang ditangguhkan dan tidak ada selepas kerajaan kami kerajaan yang lain kerana kami adalah ahli yang berkesudahan baik sebagaimana Allah berfirman: "Dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa" Kemudian Hisyam telah memerintahkan supaya beliau ditahan. Manakala beliau ditahan, semua orang telah mengambil ilmu daripadanya dan merasa kasih sayang kepadanya. 
Justeru, ketua penjara telah datang kepada Hisyam dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku khuatir ke atas anda daripada penduduk Syam bahawa mereka akan menghalang di antara anda dan majlis anda ini, kemudian beliau telah menceritakan kepadanya tentang beritanya. Lalu beliau telah memerintahkan supaya beliau a.s dan para sahabatnya dibawa ke Madinah. Hisyam telah memerintahkan supaya mereka tidak dibenarkan ke pasar-pasar dan menghalang di antara mereka dan makanan dan minuman, maka mereka telah berjalan selama tiga hari tanpa makanan dan minuman sehingga mereka sampai ke Madyan. Lalu ditutup pintu bandar kepada mereka. Para sahabatnya telah mengadu kelaparan dan dahaga, beliau telah berkata: Beliau telah menaiki gunung untuk menyelia mereka, maka beliau telah berkata dengan suaranya yang tinggi: Wahai penduduk bandar yang zalim ahlinya, akulah baqiyyatu llah, Allah berfirman: "Baqiyyatu llah adalah lebih baik jika kamu benar-benar beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu" Beliau telah berkata: Pada mereka seorang syeikh yang telah datang kepada mereka dan berkata: Wahai kaum, ini, demi Allah, adalah dakwah nabi Syu'aib, demi Allah, jika kamu tidak keluar kepada lelaki ini di pasar-pasar, nescaya kamu akan diambil dari atas kamu dan dari bawah kaki kamu, lantaran itu, percayalah kepadaku pada kali ini dan patuhilah aku dan bohongilah aku pada apa yang kamu mulakan, sesungguhnya aku adalah penasihat kepada kamu. 
Beliau telah berkata: Maka mereka telah bersegera keluar kepada Muhammad bin Ali dan para sahabatnya di pasar-pasar. Maka berita syeikh itu telah sampai kepada Hisyam bin 'Abd al-Malik, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan mempertanggungjawabkannya dan tidak pula diketahui apa yang telah dilakukan kepadanya.

(847)-6. Sa'ad bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Muhammad bin Ali al-Baqir telah mati ketika berumur 57 tahun pada tahun 114 hijrah dan telah hidup selama 19 tahun dan beberapa bulan selepas Ali bin al-Husain a.s.