Bab 120. Kelahiran Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s

Kelahiran Abu Al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S (maulid Abi al-Hasan Musa bin Ja'far a.s)

Abu al-Hasan Musa a.s telah dilahirkan di al-Abwaa' pada tahun 128 hijrah dan sebahagian mereka berkata: Pada tahun 129 hijrah dan mati pada bulan Rajab pada tahun 183 hijrah ketika berusia 54 atau 55 tahun. Beliau telah mati di di Baghdad di dalam tahanan al-Sindi bin Syahik. Harun telah membawanya dari Madinah pada 10 hb Syawwal tahun 179 hijrah. Harun telah datang ke Madinah ketika pulang daripada Umrah pada bulan Ramadan, kemudian Harun telah pergi melakukan haji dan membawanya bersamanya. Kemudian beliau telah pulang mengikut jalan Basrah, lalu menahannya di sisi Isa bin Ja'far. Kemudian beliau telah dibawa ke Baghdad dan ditahan di sisi al-Sindi bin Syahik. Kemudian beliau a.s telah mati di dalam tahanannya dan dikebumikan di Baghdad di kubur Quraisy. Ibunya seorang Umm al-Walad, dikenali dengan nama Hamidah.

(856)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin al-Sindi al-Qummi, berkata: Isa bin 'Abd al-Rahman telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya, berkata: Ibn 'Akasyah bin Muhsin al-Asadi telah datang kepada Abu Ja'far a.s ketika Abu Abdillah a.s sedang berdiri di sisinya, maka beliau telah mengemukakan anggur kepadanya, maka beliau telah berkata: Satu biji satu biji dimakan oleh syeikh yang tua dan kanak-kanak, tiga dan empat biji dimakan oleh orang yang menyangka bahawa ia tidak dapat mengenyangkannya dan semuanya dua biji, dua biji disunatkan, lalu beliau telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah sebab anda tidak mengahwinkan Abu Abdillah a.s sedangkan beliau boleh kahwin? Beliau berkata: Di antara dua tangannya terdapat wang yang telah dicapkan, maka beliau telah berkata: Peniaga hamba daripada penduduk Barbar akan datang dan akan bermalam di rumah Maimun, justeru, kita akan membeli [hamba] untuknya dengan wang ini (surrah). Maka beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang untuk tujuan itu, pada suatu hari, kami telah datang kepada Abu Ja'far a.s, lalu beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu tentang peniaga hamba yang aku telah menyebutnya kepada kamu, telah datang. Lantaran itu, pergilah dan belilah dengan mata wang ini seorang hamba perempuan daripadanya. 
Beliau telah berkata: Maka kami telah datang kepada peniaga hamba itu, maka beliau telah berkata: Aku telah menjual apa yang ada di sisiku kecuali dua orang hamba perempuan yang sakit, salah satu daripadanya adalah menyerupai yang lain, kami telah berkata: Maka beliau telah mengeluarkan mereka berdua sehingga kami melihat kepada mereka berdua, maka kami telah berkata: Berapakah anda akan menjual kepada kami yang serupa ini, beliau telah berkata: Tujuh puluh dinar, kami telah berkata: Lebih baik, beliau telah berkata: Aku tidak akan mengurangkannya daripada tujuh puluh dinar. 
Kami telah berkata kepadanya: Kami akan membelinya daripada anda dengan mata wang ini mengikut apa yang ada dan kami tidak mengetahui jumlah yang ada di dalamnya dan di sisinya seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih, berkata: Pecahkan dan timbanglah, maka peniaga hamba itu telah berkata: Janganlah anda memecahkannya kerana jika satu biji telah kurang daripada tujuh puluh dinar, aku tidak akan menjualkannya kepada kamu, maka syeikh itu telah berkata: Dekatkan diri kamu, maka kami telah mendekatinya dan memecahkan kepingan wang, lalu kami telah menimbang dinar, tiba-tiba jumlahnya adalah tujuh puluh dinar, tidak lebih dan tidak kurang, lantas kami telah mengambil hamba perempuan itu, kemudian kami telah membawanya kepada Abu Ja'far a.s dan Ja'far sedang berdiri di sisinya, maka kami telah memberitahu kepada Abu Ja'far a.s apa yang telah berlaku, lalu beliau telah memuji Allah, kemudian beliau telah berkata: Apakah nama anda? 
Beliau telah berkata: Hamidah, maka beliau telah berkata: Hamidah di dunia dan Mahmudah di akhirat, beritahulah kepadaku sama ada anda seorang dara atau janda? Beliau telah berkata: Seorang dara, beliau telah berkata: Bagaimana tidak berlaku sesuatu di tangan peniaga-peniaga hamba melainkan mereka merosakkannya, beliau telah berkata: Peniaga itu telah datang kepadaku dan telah cuba untuk melakukan hubungan seks denganku, tiba-tiba seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih menguasainya pada setiap kali beliau mahu mengadakan bubungan seks denganku dengan menamparnya sehingga beliau bangun daripadaku. Beliau telah melakukan kepadaku beberapa kali dan syeikh itu juga telah melakukannya kepadanya beberapa kali. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ja'far, ambillah Hamidah kepada anda, maka beliau telah melahirkan sebaik-baik penduduk bumi Musa bin Ja'far a.s.

(857)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Husain, daripada Ibn Sinan, daripada Sabiq bin al-Walid, daripada al-Mu'alla bin Khanis bahawa Abu Abdillah a.s telah berkata: Hamidah telah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti kepingan emas, malaikat sentiasa menjaganya sehingga beliau dibawa kepadaku sebagai kehormatan daripada Allah kepadaku dan al-Hujjah selepasku.

(858)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu Qatadah al-Qummi, daripada Abu Khalid al-Zubali, berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s dikemukan kepada [khalifah] al-Mahdi, beliau telah bermalam di Zubalah, lalu aku telah bercerita kepadanya tentangnya, beliau telah melihatku di dalam keadaan dukacita, lalu beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Khalid, kenapa aku melihat anda berdukacita? Maka aku telah berkata: Bagaimana aku tidak berdukacita sedangkan anda akan dibawa kepada taaghiyah ini dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada anda, maka beliau telah berkata: Tidak ada keburukan apabila bulan tertentu atau pada hari tertentu, lalu beliau telah menunaikan [janjinya] kepadaku pada awal malam, justeru, aku tidak ada sebarang niat jahat melainkan menghitung bulan-bulan dan hari-hari sehingga tiba hari itu, maka aku telah menunaikannya. 
Aku sentiasa berada di sisinya sehingga mata hari hampir terbenam dan syaitan telah melakukan waswas di dadaku dan aku telah takut untuk mengesyaki kata-katanya. Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, aku telah melihat kepada [beberapa orang] hitam telah datang dari sudut Iraq, maka aku telah menyambut mereka, tiba-tiba Abu al-Hasan a.s sedang menunggang seekor baghal betina, maka beliau telah berkata: Eh, wahai Abu Khalid, aku telah berkata: Labbai-ka, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Janganlah anda syak, syaitan mahu anda telah syak, maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan anda daripada mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan pulang kepada mereka, aku tidak dapat melepaskan diriku daripada mereka.

(859)-4. Ahmad bin Mihran dan Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya'qub bin Ja'far bin Ibrahim berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan bin Musa a.s, tiba-tiba seorang lelaki Nasrani telah datang kepadanya dan kami bersamanya di al-'Uriadh , maka lelaki Nasrani itu telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, perjalanan yang sukar dan aku telah memohon kepada Tuhanku selama tiga puluh tahun supaya Dia menunjukkan kepadaku sebaik-baik agama, sebaik-baik hamba-Nya dan yang paling alim mereka, maka seorang telah datang kepadaku di dalam tidur, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang seorang lelaki di Damascus.
Maka aku telah pergi sehingga aku telah mendatanginya dan bercakap dengannya, beliau telah berkata: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang agamaku dan orang lain pula adalah lebih mengetahui daripadaku, maka aku telah berkata: Tunjuklah kepadaku orang yang lebih mengetahui daripada anda kerana aku tidak akan membesar-besarkan perjalanan[ku] dan kesukaran tidak akan menjauhkan aku. Sesungguhnya aku telah membaca Injil semuanya, mazmur Daud, empat bahagian Taurat dan aku telah membaca zahir al-Qur'an sehingga aku telah mengikuti semuanya, maka orang alim itu telah berkata kepadaku: Jika anda mahu ilmu orang Nasrani, maka aku adalah orang yang paling mengetahui di kalangan Arab dan bukan Arab, jika anda mahu ilmu orang Yahudi, maka Bati' bin Syarhabil al-Samiri adalah orang yang paling alim tentangnya pada hari ini. 
Jika anda mahu ilmu Islam, ilmu Injil, ilmu Taurat, ilmu Zabur, kitab Hud, setiap apa yang telah diturunkan kepada nabi daripada para nabi pada masa anda dan bukan pada masa anda dan berita yang telah diturunkan daripada langit, maka ia sama ada telah diketahui oleh seseorang atau tidak diketahui oleh seseorang, padanya penerangan kepada setiap sesuatu, penawar kepada seluruh alam, roh kepada orang yang beristerihat kepadanya, renungan kepada orang yang Allah menghendakinya kebaikan, teman kepada kebenaran, maka beliau akan menunjukkan anda kepadanya, justeru, anda datanglah kepadanya sekalipun anda berjalan kaki. Dan jika anda tidak mampu, maka anda merangkak kepadanya, jika anda tidak mampu, maka pergilah kepadanya dengan punggung anda (isti-ka). 
Jika anda tidak mampu, maka dengan muka anda, maka aku telah berkata: Tidak, aku mampu berjalan dari segi badan dan harta, beliau telah berkata: Pergilah segera sehingga anda datang ke Yathrib, maka aku telah berkata: Aku tidak mengetahui Yathrib, beliau telah berkata: Pergilah sehingga anda datang ke Madinah Nabi s.a.w yang telah diutus kepada Arab, beliau adalah seorang nabi yang berbangsa Arab, Hasyimi. Apabila anda memasukinya, tanyalah tentang Ghanam bin Malik bin al-Najjar iaitu di sisi pintu masjidnya dan tunjukkanlah suasana Nasrani [anda] dan pakaiannya kerana walinya berkasar di atas mereka dan khalifah lebih kasar lagi.
Kemudian anda bertanya Bani 'Amru bin Mabzul dan beliau berada di Baqi' al-Zubair, kemudian anda bertanya tentang Musa bin Ja'far dan di manakah rumahnya dan di manakah beliau? Musafir atau tidak, jika beliau di dalam musafir, maka datanglah kepadanya kerana musafirnya adalah lebih dekat daripada anda pergi kepadanya, kemudian beritahulah kepadanya bahawa Matran 'Ulya al-Ghutah yang telah menunjukkan aku kepada anda dan beliau memberi salam kepada anda atau beliau akan memberi salam kepada anda. 
Sesungguhnya aku telah banyak bermunajat kepada Tuhanku supaya Dia menjadikan Islamku di tangan anda, maka beliau telah menceritakan kepadanya kisah ini ketika beliau a.s sedang berdiri di atas tongkatnya. Kemudian beliau telah berkata: Jika anda membenarkan aku, wahai sayyidi, nescaya aku akan meletakkan tanganku di dadaku (kaffar-tu la-ka) dan akupun telah duduk. Maka beliau telah berkata: Aku telah membenarkan anda duduk, tetapi aku tidak membenarkan anda meletakkan tangan anda di dada (an tukaffir), lalu beliau telah duduk, kemudian beliau telah mencampakkan jubah dan penutup kepalanya. 
Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku bercakap? Beliau telah berkata: Ya, anda tidak datang melainkan untuknya, maka orang Nasrani itu telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Kembalikan salam kepada sahabatku atau anda tidak menjawab salam? Abu al-Hasan a.s telah berkata: Di atas sahabat anda supaya Allah memberi kepadanya petunjuk, adapun [jawapan] salam itu ialah apabila beliau memeluk agama kami, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang kitab Allah yang telah diturunkan ke atas Muhammad dan Dia telah bercakap kepadanya. 
Kemudian ceritalah sebagaimana Dia telah menceritakannya, maka Dia telah berfirman: "Haa miim. Demi Kitab (al-Qur'an) yang menjelaskan (al-Kitab al-Mubin), sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam (lailatin) yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" Apakah tafsirnya pada batin? Beliau telah berkata: Adapun Haa miin, maka ia adalah Muhammad s.a.w iaitu pada kitab Hud yang diturunkan kepadanya, iaitu kurang beberapa huruf . Adapun "al-Kitab al-Mubin" maka ia adalah Amir al-Mukminin Ali a.s. Adapun "al-Lailah" , maka ia adalah Fatimah a.s. 
Adapun firman-Nya "fi-ha yufraqu kullu amrin hakim" Kebaikan yang banyak keluar daripadanya, maka beliau adalah seorang lelaki yang bijaksana, seorang lelaki yang bijaksana dan seorang lelaki yang bijaksana. Maka lelaki itu telah berkata: Ceritalah kepadaku yang pertama dan yang akhir daripada lelaki tersebut, maka beliau berkata: Sifat-sifat hampir sama, tetapi yang ketiga mereka akan menceritakan kepada anda apa yang akan keluar daripada keturunannya dan sesungguhnya di sisi kamu terdapat di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas kamu, sekiranya kamu tidak menukarkannya atau mengubahnya, tetapi kamu telah mengingkarinya dan pada masa dahulu kamu telah melakukannya. 
Maka lelaki Nasrani itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan menyembunyikan daripada anda apa yang aku telah mengetahuinya dan aku tidak akan membohongi anda, anda mengetahui apa yang aku katakan tentang kebenaran atau pembohongan. Demi Allah, Dia telah memberi kelebihan-Nya kepada anda, Dia telah membahagi-bahagikan kepada anda nikmat-nikamt-Nya yang tidak terlintas di hati, tidak dapat ditutup oleh mereka yang ingin menutupnya dan tidak dapat dibohongi tentangnya oleh mereka yang telah berbohong. Justeru kata-kata aku kepada anda itu adalah benar sebagaimana aku telah menyebutnya, maka ia juga sebagaimana anda telah menyebutnya. 
Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Aku akan memberitahu kepada anda berita segera yang tidak diketahui melainkan oleh bilangan yag sedikit di kalangan mereka yang telah membaca kitab-kitab [terdahulu], lantaran itu, beritahulah kepadaku apakah nama ibu Maryam dan pada hari apakah Maryam ditiupkan roh kepadanya dan pada jam berapakah di siang hari, pada hari apakah Maryam telah melahirkan Isa a.s dan jam berapa pada siangnya? 
Maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Aku tidak mengetahu[nya], maka Abu Ibrahim a.s telah berkata: Adapun nama ibu Maryam adalah Martha dan di dalam bahasa Arabnya bernama Waahibah. Adapun hari Maryam telah mengandungkan Isa a.s adalah Jumaat ketika gelincir matahari iaitu pada hari al-Ruh al-Amin telah turun dan tidak ada hari yang lebih baik daripadanya di sisi umat Islam. Allah telah membesar-besarkannya begitu juga Muhammad s.a.w, lalu Dia telah memerintahkan supaya baginda s.a.w menjadikannya hari perayaan pada hari Jumaat. Adapun hari Maryam telah melahirkannya adalah pada hari selasa pada 4.30 petang. 
Dan adakah anda mengetahui sungai yang mana Maryam telah melahirkan Isa a.s? Lelaki Nasrani telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Furat di sana terdapat pohon-pohon kurma. Adapun hari yang mana Maryam telah menutup lidahnya tentangnya dan Qaidus telah menyeru anaknya dan pengikut-pengikutnya, lalu mereka telah menolongnya (Isa a.s) dan mengeluarkan keluarga 'Imran supaya mereka melihat kepada Maryam, maka mereka telah berkata kepadanya bahawa Allah tidak menceritakan tentang anda dan kami di dalam Kitab-Nya, adakah anda telah memahaminya? Beliau telah berkata: Ya, aku telah membaca pada hari ini tentang peristiwa itu, beliau a.s telah berkata: Jika begitu, janganlah anda berdiri dari tempat duduk anda sehingga Allah memberi petunjuk kepada anda, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah nama ibuku di dalam bahasa Siryaniyyah dan bahasa Arab? 
Beliau telah berkata: Nama ibu anda di dalam bahasa Siryaniyyah adalah 'Unqaaliyyah dan 'Unquurah adalah nama nenek anda sebelah bapa anda. Adapun nama ibu anda di dalam bahasa Arab adalah Mayyah. Adapun nama bapa anda adalah 'Abd al-Masih iaitu Abdullah di dalam bahasa Arab dan tidak ada hamba ('abd) bagi al-Masih. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Anda telah berkata benar dan anda telah melakukan kebaikan, maka apakah nama datukku? Beliau telah berkata: Nama datuk anda adalah Jibrail iaitu 'Abd al-Rahman yang mana aku telah menamakannya di dalam majlisku ini. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Adakah beliau seorang muslim? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Ya, beliau telah mati syahid, tentera-tentera daripada penduduk Syam telah datang kepadanya, lalu membunuhnya secara tipu-daya. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah namaku sebelum nama keluarga[ku]? 
Beliau telah berkata: Nama anda adalah 'Abd al-Salib, lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah anda akan menamakan aku? Beliau telah berkata: Aku akan menamakan anda Abdullah. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan aku telah naik saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya, Tunggal dan tempat tumpuan. Dia tidak sebagaimana diceritakan oleh Nasrani dan Yahudi dan Dia tidak ada jenis-jenis syirik. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, Dia telah menghantarnya dengan kebenaran, justeru, baginda s.a.w telah menerangkannya kepada keluarganya sekalipun ditentang oleh Ahli al-Batil. 
Sesungguhnya baginda s.a.w adalah Rasulullah s.a.w kepada semua manusia, kepada yang berkulit merah, hitam dan semuanya bersyarikat padanya. Justeru, orang yang berfikir telah menerimanya dan telah mendapat petunjuk sementara ahli al-Batil menentangnya dan mereka telah sesat di atas dakwaan mereka. Dan aku naik saksi bahawa wali-Nya telah bercakap dengan bijaksana-Nya. Sesungguhnya orang yang sebelumnya daripada para nabi a.s telah bercakap dengan hikmah yang menyampaikan, mereka telah tolong-menolong di dalam mentaati Allah, mereka telah meninggalkan kebatilan dan ahlinya, kekotoran dan ahlinya, mereka telah meninggalkan jalan kesesatan dan Allah telah menolong mereka untuk mentaatiNya dan Dia telah menjaga mereka dari maksiat, maka mereka adalah para wali Allah dan penolong agama-Nya, mereka menggalakkan kebaikan dan menyuruh dengannya, aku telah beriman dengan yang kecil dan yang besar mereka dan orang yang aku telah sebut dan tidak sebutkan mereka, aku telah beriman kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Kemudian lelaki Nasrani itu telah memotong tali pinggangnya dan salibnya di tengkuknya daripada emas. 
Kemudian beliau telah berkata: Perintahlah aku sehingga aku memberi sedekahku pada bila-bila masa anda menyuruhku, maka beliau telah berkata: Di sini saudara lelaki untuk anda. Beliau dahulu seperti (agama) anda, beliau seorang daripada golongan anda daripada Qais bin Tha'labah, beliau di dalam nikmat [Islam] seperti anda, anda menyamainya dan aku tidak berniat untuk menjauhkan hak Islam daripada kamu berdua, maka beliau telah berkata: Demi Allah-aslaha-ka llahu-sesungguhnya aku adalah seorang yang kaya dan aku telah meninggalkan tiga ratus cukai di antara kuda jantan dan kuda betina.
Aku telah meninggalkan seribu unta, maka hak anda padanya lebih banyak daripada hakku, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda adalah maula Allah dan rasul-Nya dan anda pada had keturunan anda di atas keadaan anda, maka Islamnya telah baik. Beliau telah mengahwini seorang perempuan daripada Bani Fihr dan maharnya telah diberikan oleh Abu Ibrahim a.s kepada perempuan itu sebanyak lima puluh dinar daripada sedekah Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah berkhidmat kepadanya a.s sehingga dikeluarkan Abu Ibrahim a.s [ke Baghdad], maka beliau (Abdullah) telah mati dua puluh lapan hari selepas itu.
(860)-5. Ali bin Ibrahim dan Ahamd bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya'qub bin Ja'far berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ibrahim a.s dan seorang rahib lelaki daripada penduduk Najran al-Yaman telah datang kepadanya dan bersamanya seorang rahib perempuan (rahibah), lalu al-Fadhl bin Sawar telah meminta izin untuk mereka berdua, maka beliau telah berkata kepadanya: Besok, bawa datanglah mereka berdua di sisi perigi Umm Khair, beliau telah berkata: Pada keesokannya kami telah datang, lalu kami telah mendapati mereka juga telah datang. 
Kemudian diperintahkan [supaya berada] di Khasfah Biwari, kemudian beliau telah duduk dan mereka juga telah duduk. Lalu rahib perempuan telah mula bertanya kepadanya beberapa masalah, semuanya dijawab oleh Abu Ibrahim a.s. Kemudian beliau a.s telah bertanya rahib perempuan tentang beberapa perkara, tetapi semuanya tidak dapat dijawab olehnya. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Kemudian rahib lelaki mulai bertanya kepadanya, maka beliau a.s telah menjawab semuanya, maka rahib lelaki telah berkata: Aku pernah kuat di dalam agamaku dan aku tidak membiarkan seorangpun orang Nasara di bumi mencapai tahapku dari segi ilmu. 
Dan aku telah mendengar seorang lelaki di India, apabila beliau mahu melakukan haji di Bait al-Maqdis [perjalanannya] di dalam satu hari satu malam, kemudian beliau kembali ke rumahnya di India, maka aku telah bertanya tentangnya, di bumi manakah beliau? Maka dikatakan kepadaku: Di Sibzaan Dan aku telah bertanya orang yang telah memberitahu kepadaku, maka beliau telah berkata: Iaitu ilmu yang didapati oleh Aasif sahabat Sulaiman apabila beliau telah membawa singgahsana Saba' sebagaimana telah disebut oleh Allah di dalam kitab kamu dan juga di dalam kitab-kitab kami. Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Berapakah bagi Allah nama yang tidak disebut? Rahib lelaki telah berkata: Nama-nama[Nya] adalah banyak, adapun yang pasti daripadanya adalah tujuh. 
Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku apa yang anda ingat? Maka rahib lelaki telah berkata: Tidak, Allah yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa dan menjadikan Isa sebagai iktibar kepada semua alam dan fitnah bagi [menguji] kesyukuran mereka yang mempunyai akal. Dia telah menjadikan Muhammad sebagai keberkatan dan rahmat, Dia telah menjadikan Ali a.s sebagai iktibar dan renungan, Dia telah menjadikan para wasi daripada keturunannya dan keturunan Muhammad, aku tidak mengetahui[nya]. 
Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku tidak berhujah tentangnya kepada percakapan anda dan aku tidak datang kepada anda dan bertanya anda, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Kembalilah kepada cerita lelaki India, maka rahib lelaki telah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui nama-namanya dan aku tidak mengetahui hakikatnya dan penjelasannya, aku tidak mengetahui apakah ia dan bagaimana, maka aku telah pergi sehingga aku telah sampai ke Sibzaan di India, maka aku telah bertanya [orang ramai] tentang lelaki itu, maka dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau telah membina sebuah biara di atas sebuah gunung, maka beliau tidak keluar dan tidak dilihat melainkan pada setiap tahun dua kali. 
[Penduduk] India telah menyangka bahawa Allah telah memancarkan mata air di dalam biaranya, menanamkan tanaman untuknya tanpa usahanya, membajak untuknya tanpa usahanya, maka aku telah sampai ke pintunya, lalu aku telah berada di pintu selama tiga hari, aku tidak mengetuk pintu. Manakala pada hari keempat, Allah telah membuka pintu dan seekor lembu betina telah datang membawa kayu api, menarik hasil tanaman, hampir [air] susunya terkeluar, lalu aku telah menolak pintunya, maka ia telah terbuka, maka aku telah mengikutinya dan aku telah masuk, tiba-tiba aku mendapati seorang lelaki sedang berdiri melihat ke langit, lalu beliau menangis dan beliau melihat ke bumi, lalu beliau menangis dan beliau melihat kepada gunung ganang, lalu beliau menangis, maka aku telah berkata: Subhana llah, alangkah sedikit orang seperti anda pada masa kita ini! 
Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku hanya satu kebaikan (hasanatun) daripada kebaikan-kebaikan (hasanaat) seorang lelaki yang anda telah meninggalkannya di belakang anda, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah diberitahu bahawa di sisi anda satu nama daripada nama-nama Allah yang mana anda sampai dengannya pada setiap hari dan malam di Bait al-Maqdis dan anda kembali ke rumah anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui Bait al-Muqaddas? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui melainkan Bait al-Maqdis di Syam? Beliau telah berkata: Ia bukan Bait al-Maqdis, tetapi Bait al-Muqaddas iaitu Bait Aali Muhammad s.a.w, maka aku telah berkata kepadanya: Adapun apa yang aku telah mendengarnya sehingga hari aku ini adalah Bait al-Maqdis. 
Maka beliau telah berkata kepadaku: Itu adalah mihrab para nabi (mahaarib al-Anbiyaa'), atau dipanggil: Kawasan mihrab (haziirah al-Mahaarib), sehingga telah datang masa (fitrah) di antara Muhammad dan Isa s.a.w dan bala telah mendekati golongan syirik dan dendam kasumat telah mengambil peranan syaitan, maka mereka telah mengubah dan menukarnya dan mereka telah memindahkan nama-nama tersebut sebagaimana firman Allah t.w-batin adalah untuk keluarga Muhammad begitu juga zahirnya-: "Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya Allah tidak menurunkannya untuk (menyembah)nya" 
Aku telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, aku telah mengharumi lautan, dukacita, kesusahan, ketakutan, aku pada waktu pagi dan petang berputus asa melainkan aku dapat memenuhi hajatku, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat ibu anda telah mengandungkan anda melainkan malaikat telah datang kepadanya dan aku tidak mengetahui bahawa bapa anda ketika mahu bersetubuh dengan ibu anda melainkan beliau telah mandi dan datang kepadanya ketika ibu anda di dalam keadaan suci. Kemudian beliau telah mengakhiri untuknya dengan kebaikan, [berkata]: Kembalilah ke negeri anda dan pergilah sehingga anda berada di Madinah Muhammad s.a.w yang dipanggil Tayyibah dan namanya pada masa Jahiliyah adalah Yathrib.
Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipanggil al-Baqi', kemudian tanyalah tentang rumah yang dipanggil: Dar Marwan, maka tinggallah di situ selama tiga hari, kemudian tanyalah tentang syeikh yang hitam (aswad) yang berada di pintunya bekerja di al-Biwari, berlembutlah dengan syeikh itu dan katakan kepadanya: Teman sebilik anda telah bermalam di sudut rumah yang ada kayu-kayu kecil di empat penjuru, telah mengutusku, kemudian tanyalah beliau tentang polan bin polan, tanyalah beliau tentang kelabnya dan tanyalah beliau bilakah beliau datang padanya dan anda akan dapat melihatnya. 
Atau beliau akan menceritakannya kepada anda, maka anda akan mengenalinya dengan sifatnya atau aku akan menceritakannya kepada anda, aku telah berkata: Apabila aku bertemu dengannya apakah yang aku akan buat? Beliau telah berkata: Tanyalah beliau apa yang telah berlaku dan akan berlaku dan tanyalah beliau tentang tanda-tanda agama orang yang telah lalu dan orang yang ada sekarang, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda telah berjumpa dengannya telah memberi nasihat kepada anda. Rahib lelaki telah bertanya: Siapakah namanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Mutammim bin Fairuz, beliau adalah daripada anak-anak Farsi, daripada orang yang telah beriman kepada Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya. 
Beliau telah menyembahNya dengan ikhlas dan yakin, beliau telah lari daripada kaumnya kerana takutkan mereka. Justeru, Allah memberi hikmat kepadanya dan menunjukkannya kepada jalan kebijaksanaan dan telah menjadikannya daripada mereka yang bertakwa, Dia telah memperkenalkan di antaranya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas, beliau menzirahi Makkah pada setiap tahun mengerjakan haji dan mengerjakan umrah pada setiap awal bulan, beliau datang dari tempatnya di India ke Makkah, sebagai satu kelebihan daripada Allah dan pertolongan[Nya]. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada mereka yang bersyukur. Kemudian rahib lelaki itu telah bertanya kepadanya soalan-soalan yang banyak. Semuanya dijawabnya. 
Dan beliau a.s telah bertanya kepada rahib lelaki itu, tetapi beliau tidak dapat menjawabnya, lalu beliau telah menceritakannya kepadanya, kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang lapan huruf yang telah turun di bumi empat daripadanya dan tinggal di udara empat, kepada siapakah empat huruf di udara itu diturunkan dan siapakah yang mentafsirkannya? Beliau telah berkata: Itu adalah [untuk] Qaim kami, Allah akan menurunkannya kepadanya, maka beliau akan mentafsirkannya dan Dia akan menurunkan kepadanya apa yang tidak diturunkan kepada siddiqiin, para rasul dan mereka yang mendapat petunjuk. 
Kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang dua huruf daripada empat huruf yang [diturunkan] di bumi, apakah ia? Beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda empat semuanya, adapun yang pertamanya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya lagi kekal dan kedua: Muhammad Rasulullah s.a.w seorang yang ikhlas, ketiga: Kamilah Ahlu l-Bait, keempat: Syiah kami adalah daripada kami dan kami adalah daripada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah adalah daripada Allah dengan sebab, maka rahib lelaki berkata kepadanya: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. 
Dan sesungguhnya apa yang telah didatangkannya dari sisi Allah adalah benar dan sesungguhnya kamu adalah pilihan Allah daripada makhluk-Nya dan sesungguhnya Syiah kamu adalah disucikan [diampun], ditukarkan [kejahatan mereka kepada kebaikan] dan bagi mereka ganjaran daripada Allah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kemudian Abu Ibrahim a.s telah menyeru dengan jubah, baju [sederhana], baju besar dan songkok, lalu beliau telah memberikannya kepadanya dan beliau telah melakukan sembahyang Zuhur dan berkata kepadanya: Berkhatanlah, maka beliau telah berkata: Aku telah berkhatan ketika berusia tujuh tahun.

(861)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, berkata: Seorang hamba lelaki yang soleh telah melalui seorang perempuan di Mina yang sedang menangis dan kanak-kanak di sekelilingnya turut menangis sama, [rupa-rupanya] seekor lembu betina miliknya telah mati, maka beliau telah mendekatinya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis, wahai hamba perempuan Allah? Beliau telah berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya kami mempunyai kanak-kanak yatim dan aku mempunya seekor lembu betina yang menjadi sumber rezeki kami dan sumber rezeki kanak-kanak, ia telah mati dan telah terputus denganku dan anak-anakku, tidak ada jalan lain lagi bagi kami.
Maka beliau telah berkata: Wahai hamba perempuan Allah, adakah anda mahu jika aku menghidupkannya untuk anda? Maka beliau telah diilhamkan supaya berkata: Ya, wahai hamba Allah, lalu beliau telah menjauhinya dan melakukan sembahyang dua rakaat, kemudian beliau telah mengangkat tangannya mengucap tahniah dan telah menggerakkan dua bibir mulutnya, kemudian beliau telah berdiri dan mengeluarkan suara ke arah lembu, lalu menendangnya dengan kakinya, lantas lembu betina itu bangun, manakala perempuan itu telah melihat kepada lembu betina itu, beliau telah meraung dan berkata: Isa bin Maryam dan Tuhan Ka'bah, kemudian beliau telah bergaul dengan oramg ramai dan menjadi sebahagian daripada mereka dan telah pergi a.s.

(862)-7. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin ali, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Aku telah mendengar seorang lelaki soleh sedang meratapi seorang lelaki, maka aku telah berkata kepada diriku: Sesungguhnya beliau mengetahui bila lelaki daripada Syiahnya akan mati? Maka beliau telah berpaling kepadaku separuh marah, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, sesungguhnya Rusyaid al-Hajari mengetahui ilmu manaya dan ilmu balaya dan imam a.s adalah lebih mengetahui dengannya. 
Kemudian beliau telah berkata: Wahai Ishaq, buatlah apa yang anda mahu kerana umur anda sudah fana dan sesungguhnya anda akan mati dalam masa dua tahun dan saudara-saudara anda [akan mati] tidak lama selepas anda sehingga berpecah kalimat mereka dan sebahagian mereka akan mengkhianati sebahagian yang lain sehingga musuh mereka bergembira, maka ini ialah pada diri anda, maka aku telah berkata: Sesungguhnya aku memohon ampun daripada Allah apa yang terlintas di hatiku, tidak lama selepas majlis ini, beliau telah mati. Apa yang beliau telah lakukan ke atas mereka hanya sedikit sahaja sehingga anak-anak lelaki 'Ammar telah mengambil harta orang ramai, akhirnya mereka telah menjadi muflis.

(863)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja'far berkata: Muhammad bin Isma'il telah datang kepadaku. Sesungguhnya kami telah mengerjakan umrah pada bulan Rajab dan kami pada waktu itu telah berada di Makkah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya aku mahu pergi ke Baghdad dan aku mahu memberi ucapan selamat jalan kepada bapa saudaraku Abu al-Hasan-Iaitu Musa bin Ja'far a.s, aku mahu anda pergi bersamaku kepadanya, maka aku telah keluar bersamanya kepada saudaraku yang berada di rumahnya di al-Hubah, itu adalah selepas Maghrib, maka aku telah mengetuk pintu, lalu saudaraku telah menjawab kepadaku, maka beliau telah berkata: Siapakah ini? 
Maka aku telah berkata: Ali, maka beliau telah berkata: Beliaulah ini, keluar-beliau lambat mengambil wuduk-maka aku telah berkata: Cepatlah, beliau telah berkata: Aku cepat, lalu beliau telah keluar memakai kain sarung yang berwarna merah yang mana beliau telah mengikatnya di tenguknya sehingga beliau telah duduk di depan pintu, maka Ali bin Ja'far telah berkata: Aku telah memeluknya, aku telah mengucup kepalanya dan aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan satu urusan jika anda melihatnya betul, maka Allah akan memberi taufik kepadanya dan jika tidak sedemikian, alangkah banyaknya langkah yang kita mesti lalui, beliau telah berkata: Apakah dia? 
Aku telah berkata: Ini anak saudara anda mahu mengucapkan selamat jalan kepada anda dan beliau akan pergi ke Baghdad, maka beliau telah berkata kepadaku: Panggilah beliau, lalu aku telah memanggilnya dan beliau telah berada jauh, maka beliau telah mendekatinya, lalu mengucup kepalanya sambil berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah menjawab kepadanya: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya untuknya dan beliau mulai berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya.
Kemudian beliau telah kembali, lalu beliau telah mengucup kepalanya, maka beliau telah berkata: Wahai bapa saudaraku, maka beliau telah berkata: Berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya anda bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berkata: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya kepadanya, kemudian beliau telah kembali, lalu mengucup kepalanya, kemudian berkata: Wahai bapa saudaraku, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya, kemudian beliau telah menjauhinya dan aku telah pergi bersamanya, maka saudaraku telah berkata kepadaku: Wahai Ali, tinggallah di tempat anda, maka aku telah berdiri di tempatku, lantas beliau telah memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah memanggilku, akupun telah datang kepadanya, lalu beliau telah mengambil dompet yang berisi 100 dinar dan memberikannya kepadaku.
Beliau telah berkata: Katakan kepada anak saudara anda supaya beliau menggunakannya di dalam musafir, Ali telah berkata: Aku telah mengambilnya dan aku memasukkannya pada tepi pakaianku, kemudian beliau telah memberi kepadaku 100 dinar lagi dan beliau telah berkata: Berilah juga kepadanya, kemudian beliau telah memberi kepadaku dompet yang lain dan berkata: Berilah juga kepadanya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apabila anda takut daripadanya seperti anda sebutkan, kenapa anda meminta tolong daripadanya untuk diri anda? Maka beliau telah berkata: Apabila aku telah menghubunginya, maka beliau telah memutuskan [perhubungan] denganku, Allah akan memutuskan ajalnya.
Kemudian beliau telah mengambil bantal kulit, padanya 3000 dirham dan berkata: Berilah ini juga kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah keluar kepadanya, maka aku telah memberi kepadanya 100 dinar yang pertama, maka beliau telah bergembira dengannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau akan pulang dan tidak akan pergi, kemudian aku telah memberi kepadanya 3000 dirham, maka beliaupun pergi sehingga beliau telah datang kepada Harun dan memberi salam kepadanya dengan khilafah, lalu beliau telah berkata: Aku tidak menyangka di bumi ada dua khalifah sehigga aku telah melihat bapa saudaraku Musa bin Ja'far telah memberi salam kepadanya dengan khilafah, maka Harun telah menghantar kepadanya 100.000 dirham, maka Allah telah melontarnya dengan penyembelihan, tetapi beliau a.s tidak melihat kepada dirham dan menyentuhnya.

(864)-9. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Musa bin Ja'far a.s telah mati ketika berusia 54 tahun pada tahun 183 hijrah dan telah hidup selepas Ja'far a.s selama 35 tahun.