Bab 127. Apabila sesuatu dikatakan kepada seseorang, tetapi ia tidak terjadi kepadanya, maka ia terjadi kepada anaknya atau cucunya kerana beliaulah dikatakan k

Apabila Sesuatu Dikatakan Kepada Seseorang, Tetapi Ia tidak terjadi Padanya, Maka Ia terjadi Pada Anaknya(Atau Cucunya Kerana Beliaulah Dikatakan Kepadanya (fi anna-hu idha qiila fi al-Rujul syai'un fa-lam yakun fi-hi wa kana fi waladi-hi au walad waladi-hi fa-inna-hu huwa alladhi qila fi-hi

(975)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'aab, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada 'Imran: "Sesungguhnya Aku memberi kepada engkau seorang lelaki yang sempurna, berkat, akan menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah dan menjadikannya seorang rasul kepada Bani Israel", maka 'Imran telah memberitahu kepada isterinya Hanah, ibu Maryam. 
Manakala beliau telah hamil, beliau telah menyangka kandungannya adalah lelaki, "Manakala beliau telah melahirkannya, beliau telah berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan", iaitu anak perempuan tidak boleh menjadi seorang rasul, tetapi Allah telah berfirman: "Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu" , manakala Allah telah mengurniakan Isa kepada Maryam, maka beliaulah Allah telah memberi berita gembira kepada 'Imran dan telah menjanjikannya dengannya. Justeru, apabila kami telah berkata sesuatu kepada lelaki daripada kami, maka ia akan berlaku kepada anaknya atau cucunya, lantaran itu, janganlah kamu mengingkarinya.

(976)-2. Muhammad bin Isma'il, daripada al-Fadhl bin Syazaan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kami telah berkata sesuatu kepada seseorang, jika ia tidak berlaku padanya, maka [ia akan berlaku] pada anaknya atau pada cucunya. Oleh itu, janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(977)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Abi Khadijah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kadangkala seorang itu dinilai dengan keadilan atau kezaliman serta kaitannya dengannya sekalipun beliau tidak melakukannya kerana ia terletak kepada anak lelakinya atau cucu selepasnya [yang akan melakukannya], justeru, beliau [dan anaknya atau cucunya] adalah orang yang sama (fa-huwa huwa).