Bab 128. Sesungguhnya para imam a.s semuanya melaksanakan perintah Allah, penunjuk kepada-Nya

Sesungguhnya Para Imam A.S Semuanya Melaksanakan Perintah Allah Ta'ala, Penunjuk Kepada-Nya (inna al-Aimmata a.s kulla-hum qaa'imuun bi-amri llahi ta'ala haaduun ilai-hi)

(978)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Zaid Abi al-Hasan, daripada al-Hakam bin Abi Nu'aim berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s ketika beliau berada di Madinah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa anda adalah Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, maka beliau tidak menjawab sesuatu kepadaku, lalu aku telah tinggal selama tiga puluh hari, kemudian beliau telah menyambutku di jalan, lalu berkata: Dan sesungguhnya anda masih ada di sini, maka aku telah berkata: Ya, aku telah memberitahu kepada anda tentang nazarku.
Anda tidak menyuruhku atau melarangku dari sesuatu dan anda tidak menjawab kepadaku dengan sesuatu? Maka beliau telah berkata: Datanglah di rumahku pada petang besok, maka akupun telah datang, beliau a.s telah berkata: Tanyalah tentang hajat anda, maka aku telah berkata: Aku telah bernazar, berpuasa atau bersedekah di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa adakah anda Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, jika anda menahan diriku dari menolong anda, nescaya aku akan pergi ke tempat lain di bumi ini untuk mencari kehidupan.
Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, aku telah berkata: Anda adalah al-Mahdi? Beliau telah berkata: Semua kita (al-Mahdi) menunjuk kepada Allah, aku telah berkata: Maka anda adalah pemilik pedang? Beliau telah berkata: Semua kita pemilik pedang dan pewaris pedang, aku telah berkata: Andalah pembunuh musuh-musuh Allah, para wali Allah menjadi kuat dengan anda dan agama Allah akan terserlah? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, bagaimana aku [Mahdi] sedangkan aku telah sampai empat puluh lima tahun? Sesungguhnya sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr) lebih hampir masanya dengan susu (hari Kiamat) daripadaku dan lebih ringan di atas belakang bintang (berperang).

(979)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah ditanya tentang al-Qaim, maka beliau telah berkata: Semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, satu selepas satu sehingga pemilik pedang datang. Apabila pemilik pedang datang, maka beliau datang dengan urusan yang berbeza daripada urusan yang lalu.

(980)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Suatu hari Kami menyeru tiap umat dengan pemimpinnya" Beliau a.s telah berkata: Imam di hadapan mereka adalah al-Qaim pada zaman-nya.