Bab 92. Sesungguhnya seorang imam a.s tidak akan dimandikan (jenazahnya) melainkan oleh seorang imam daripada para imam a.s

Sesungguhnya Seorang Imam Tidak Akan Dimandikan [Jenazahnya] Melainkan Oleh Seorang Imam Daripada Para Imam A.S (anna al-Imam la yaghsilu-hu illa al-Imam min al-Aimmati a.s)

(570)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Ahamd bin Umar al-Hallal atau orang selain daripadanya, daripada al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya mereka telah berhujah menentang kita dengan berkata: Sesungguhnya imam tidak akan dimandikan [jenazahnya] melainkan oleh imam. Maka beliau a.s telah berkata: Apa yang membuat mereka mengetahui orang yang telah memandikannya? Apakah yang anda telah katakan kepada mereka? 
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku telah berkata kepada mereka: Jika beliau telah berkata bahawa beliau telah memandikan [jenazah bapa] nya di bawah Arasy Tuhanku, maka ia adalah benar dan jika beliau telah berkata: Beliau telah memandikannya di perut bumi, maka ia adalah benar. Beliau telah berkata: Tidak, begitu[beliau telah berkata], maka aku telah berkata: Apakah yang aku akan katakan kepada mereka? Beliau telah berkata: Katakan kepada mereka: Sesungguhnya aku telah memandikan [jenazahnya], maka aku telah berkata: Aku akan berkata kepada mereka bahawa anda telah memandikannya? Beliau a.s telah berkata: Ya .

(571)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Abu Mu'ammar telah memberitahu kepada kami seraya berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang seorang imam akan dimandikan [jenazahnya] oleh seorang imam, beliau telah berkata: Sunnah Musa bin 'Imran a.s 

(572)-3. Daripadanya, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Yunus, daripada Talhah berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya imam tidak akan dimandikan [jenazahnya] melainkan oleh imam? Beliau telah berkata: Adakah mereka mengetahui orang yang telah hadir untuk memandikannya? Sebaik-baik mereka yang telah menghadirinya ialah mereka yang telah ghaib daripadanya: Mereka yang telah menghadiri [jenazah] Yusuf Di al-Jubb ketika kedua ibu bapanya dan keluarganya telah ghaib daripadanya .