Bab 93. Kelahiran para imam a.s

Kelahiran Para Imam A.S (mawaaliid al-Aimmati a.s)

(573)-1. Ali bin Muhammad, daripada Abdillah bin Ishaq al-'Alawiy, daripada Muhammad bin Zaid al-Razami, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir berkata: Kami telah melakukan haji bersama Abu Abdillah a.s pada tahun yang mana anak lelakinya Musa a.s telah dilahirkan. Manakala kami telah bermalam di al-Abwaa', beliau telah menyediakan kami sarapan pagi. Apabila beliau menyediakan makanan kepada para sahabatnya, maka beliau telah menyediakannya dengan banyak dan baik. Beliau telah berkata: Manakala kami sedang makan, tiba-tiba seorang utusan Hamidah telah datang kepadanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Hamidah telah berkata: Sesungguhnya anda telah mengingkari diriku[?] dan anda telah dapat apa yang aku [sedang] dapat apabila anda hadir [pada waktu] kelahiran [anak]ku, sesungguhnya anda telah menyuruhku supaya aku tidak mendahului anda dengan anak lelaki anda ini. 
Lantas Abu Abdillah a.s berdiri dan terus pergi bersama utusan itu. Manakala beliau a.s pulang, maka para sahabatnya telah berkata kepadanya: Allah telah menggembirakan anda dan telah menjadikan kami tebusan anda, apakah yang anda telah buat dengan Hamidah? Beliau a.s telah berkata: Allah telah menyelamatkannya, Dia telah mengurniakan kepadaku seorang bayi lelaki dan beliau (bayi) adalah sebaik-baik makhluk-Nya. Hamidah telah memberitahu kepadaku tentangnya dengan perkara yang mana beliau telah menyangka bahawa aku tidak mengetahuinya. Sesungguhnya aku lebih mengetahui tentangnya daripadanya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah yang telah diberitahu kepada anda oleh Hamidah? Beliau a.s telah berkata: Hamidah telah menyebut bahawa bayi itu telah jatuh dari perutnya (saqata min butni-ha) dalam keadaan dua tangannya terletak di tanah, mengangkat kepalanya ke langit. Maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa itu adalah tanda (amaarah) Rasulullah s.a.w dan tanda wasi selepasnya. 
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah ini tanda Rasulullah s.a.w dan tanda wasi selepasnya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya pada malam terbentuknya "segumpal darah" datukku , seorang telah datang kepada bapa datukku dengan satu gelas yang berisi minuman yang lebih cair daripada air, lebih lembut daripada keju, lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih putih daripada susu, lalu beliau telah memberi minuman itu kepadanya dan menyuruhnya supaya melakukan jimak. Lalu beliau telah melakukan jimak, kemudian terbentuklah "segumpal darah" datukku.
Sesungguhnya pada malam terbentuknya segumpal darah bapaku, seorang telah datang kepada datukku, kemudian beliau telah memberi minuman kepadanya sebagaimana beliau telah lakukan kepada datuk bapaku dan menyuruhnya supaya melakukan jimak, lalu beliau telah melakukannya, maka terbentuklah segumpal darah bapaku. Sesungguhnya pada malam terbentuknya segumpal darahku, seorang telah datang kepada bapaku, lalu beliau telah memberi minuman kepadanya sebagaimana beliau telah memberi minuman kepada mereka dan beliau telah menyuruhnya supaya melakukan jimak seperti mereka telah melakukannya, maka beliau telah melakukannya, kemudian terbentuklah segumpal darahku. Sesungguhnya pada malam terbentuknya segumpal darah anak lelakiku, seorang telah datang kepadaku sebagaimana beliau telah datang kepada mereka, lalu beliau telah melakukan kepadaku sebagaimana beliau telah melakukannya kepada mereka.
Sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian dengan ilmu Allah dan aku bergembira dengan kurnian Allah kepadaku. Maka aku telah melakukan jimak, lalu terbentuklah segumpal darah anak lelakiku ini yang [baru] dilahirkan. Demi Allah, beliau adalah sahabat (imam) kamu selepasku. Sesungguhnya air mani (nutfah) seorang imam sebagaimana aku telah menceritakannya kepada anda, apabila ia tinggal di rahim selama empat bulan dan dikeluarkan padanya roh, maka Allah mengutus malaikat bernama Hayawan supaya menulis di atas bahu kanannya: "Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui" Dan apabila bayi itu dilahirkan dari perut ibunya, beliau akan lahir di dalam keadaan dua tangannya terletak di tanah, mengangkat kepalanya ke langit. 
Adapun "meletakkan kedua tangannya di tanah" adalah kerana beliau menerima setiap ilmu Allah yang Dia telah menurunkannya dari langit ke bumi. Adapun "mengangkat kepala ke langit" kerana penyeru menyerunya dari Arasy di pihak Tuhan Yang Maha Mulia dari ufuk yang paling tinggi dengan namanya dan nama bapanya berkata: Wahai polan bin polan, tabahlah hati engkau, nescaya engkau akan berjaya. Engkaulah pilihan-Ku daripada makhluk-Ku, tempat rahsia-Ku, bekas ilmu-Ku, setiausaha-Ku di atas wahyu-Ku dan khalifah-Ku di bumi-Ku. Untuk engkau dan orang yang mewalikan engkau, Aku mewajibkan rahmat-Ku dan Aku telah memberi syurga-Ku dan aku telah menghalalkan [engkau] berjiran dengan-Ku. 
Kemudian, demi kemulian-Ku dan ketinggian-Ku, Aku akan mengazabkan orang yang telah memusuhi engkau dengan azab-Ku yang pedih sekalipun Aku telah memberi rezeki yang banyak kepadanya di dunia-Ku. Apabila suara itu tamat-suara penyeru-bayi itu (imam) telah menyahutinya dengan meletakkan dua tangannya, mengangkat kepalanya ke langit sambil berkata: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan mereka yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" 
Apabila beliau telah berkata sedemikian, maka Allah telah memberinya ilmu yang pertama dan ilmu yang terakhir dan beliau telah berhak lawatan al-Ruh pada malam al-Qadar, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah al-Ruh itu bukan Jibrail? Beliau a.s telah berkata: Al-Ruh adalah lebih besar daripada Jibrail. Sesungguhnya Jibrail adalah daripada malaikat dan sesungguhnya al-Ruh adalah makhluk Allah yang lebih besar daripada malaikat, tidakkah Allah berfirman: "Pada malam itu turun malaikat dan al-Ruh" 
Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin al-Hasan, daripada al-Mukhtar bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir tentang hadis yang sama.

(574)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdillah bin al-Qasim, daripada al-Hasan bin Rasyid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah apabila mahu menciptakan seorang imam, Dia memerintahkan malaikat supaya dia mengambil minuman daripada air di bawah Arasy, lalu dia memberi minuman itu kepada bapanya, maka daripada itu (minuman) Dia menciptakan seorang imam. Beliau tinggal selama empat puluh hari di dalam perut ibunya tanpa mendengar suara, kemudian beliau mendengar percakapan selepas itu. 
Apabila beliau dilahirkan, Dia mengutus malaikat itu supaya menulis di antara dua matanya: "Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui" Apabila seorang imam telah mati, maka beliau diangkat ke menara daripada cahaya yang beliau melihat dengannya amalan makhluk-Nya. Maka dengan ini Allah berhujah ke atas makhluk-Nya.

(575)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Hadid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Yunus bin Zibyan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya apabila Allah mahu menciptakan seorang imam daripada seorang imam, Dia mengutus malaikat supaya mengambil minuman daripada air di bawah Arasy, kemudian dia memberinya kepada imam, lalu beliau meminumnya, kemudian beliau tinggal di dalam rahim [ibunya] selama empat puluh hari tanpa mendengar percakapan, kemudian beliau mendengar percakapan selepas itu. 
Apabila ibunya melahirkannya, Allah mengutus kepadanya malaikat yang telah mengambil minumannya, lalu dia menulis di bahu kanannya: "Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui" Apabila beliau telah melaksanakan urusan ini (mati), maka Allah mengangkatnya pada setiap tempat satu menara yang beliau dapat melihat dengannya amalan hamba-hamba-Nya.

(576)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Rabi' bin Muhammad al-Musalli, daripada Muhammad bin Marwan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya imam mendengar di dalam perut ibunya, apabila beliau dilahirkan, tertulis di antara dua bahunya: "Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui" Apabila selesai urusannya, Allah menjadikan untuknya beberapa tiang daripada cahaya yang beliau melihat dengannya apa yang dilakukan oleh penduduk setiap negeri.

(577)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ibn Mas'ud, daripada Abdillah bin Ibrahim al-Ja'fari berkata: Aku telah mendengar Ishaq bin Ja'far betrkata: Aku telah mendengar bapaku telah berkata: Ibu-ibu para wasi ketika mereka hamil mengalami waktu separuh tidak sedar, begitulah berlalunya hari dan malam mereka, kemudian mereka melihat di dalam mimpi mereka seorang lelaki sedang memberi khabar gembira kepada mereka dengan [kelahiran] seorang bayi yang alim, bersabar, lalu mereka bergembira dengan berita itu, kemudian mereka terjaga daripada tidur, lalu mendengar di sebelah kanan mereka di sudut rumah suara yang sedang berkata: Anda hamil dengan baik, anda akan terus baik dan anda telah datang dengan baik. Bergembiralah dengan bayi yang bersabar dan alim. 
Mereka akan merasa ringan pada badan mereka dan pergerakan mereka. Apabila mereka mengandung sembilan bulan, mereka akan mendengar sentuhan yang kuat. Apabila pada malam mereka melahirkan bayi, cahaya akan zahir di rumah mereka yang mana mereka dapat melihatnya, tetapi ia tidak dilihat oleh orang lain selain daripada bapanya. Apabila mereka melahirkan bayi, mereka melahirkannya di dalam keadaan duduk dan terbuka untuk bayi keluar selepas ia jatuh di tanah dalam keadaan mengadap kiblat, kemudian bayi itu bersin sebanyak tiga kali, memberi isyarat dengan anak jarinya dengan pujian [kepada Allah], terputus pusatnya, telah berkhatan semenjak kelahiran, lengannya dan anggota lainnya seperti serpihan emas yang bercahaya, menghabiskan malam dan siangnya di dalam sinaran cahaya. Demikianlah juga para nabi apabila mereka dilahirkan dan sesungguhnya para wasi adalah keturunan para nabi a.s.

(578)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Hadid, daripada jamil bin Darraj berkata: Janganlah kamu bercakap tentang imam kerana imam sedamg mendengar percakapan ketika beliau berada di dalam perut ibunya. Apabila ibunya melahirkannya, maka malaikat akan menulis di antara dua matanya: "Telah sempurnalah Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui" Apabila beliau telah melaksanakan urusannya, maka akan diangkatkan kepadanya pada setiap tempat menara yang mana beliau melihat dengannya kepada semua amalan hamba-hamba-Nya.

(579)-7. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid berkata: Aku dan Ibn Fadhdhal telah duduk, tiba-tiba Yunus telah datang, maka beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, orang ramai telah banyak bercakap tentang tiang-tiang, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Yunus, anda tidak melihatnya, adakah anda melihat tiang-tiang daripada besi diangkat untuk sahabat (imam) anda? Aku telah berkata: Aku tidak mengerti, beliau telah berkata: Tetapi ia [merupakan] malaikat yang diwakilkan pada setiap negeri dengannyalah Allah akan mengangkat amalan [hamba-hamba-Nya] pada negeri itu, lalu Ibn Fadhdhal berdiri dan mengucup kepalanya dan beliau a.s telah berkata: Rahima-ka llahu, wahai Abu Muhammad, anda sentiasa membawa hadis yang benar yang mana Allah akan menjayakan kita dengannya.

(580)-8. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Imam mempunyai sepuluh alamat: Dilahirkan di dalam keadaan suci (mutahhar), berkhatan, apabila beliau terjatuh di tanah, maka beliau jatuh di atas tapak tangannya, mengangkat suaranya dengan dua syahadah, beliau tidak berjunub, dua matanya tidur, tetapi hatinya tidak tidur, beliau tidak menguap dan tidak pula menggeliat, beliau melihat dari belakangnya sebagaimana beliau melihat dari depannya, kotorannya (najwu-hu) seperti bauan al-miski dan bumi diwakilkan untuk menutupnya dan menelannya. Baju besi Rasulullah s.a.w adalah sesuai untuknya apabila beliau memakainya. Dan ia tidak sesuai dipakai oleh orang ramai selain daripadanya sama ada panjang atau pendek ukuran badan mereka, kerana ukurannya (baju besi) bertambah [dengan sendirinya] satu jengkal dan beliau adalah muhaddath sehingga berakhir hari-hari [imamah]nya.