Bab 96. Kewajipan orang ramai selepas menunaikan manasik haji supaya mendatangi imam a.s untuk bertanya kepadanya tentang tanda-tanda agama

Kewajipan Orang Ramai Selepas Menunaikan Manasik Haji Supaya Mendatangi Imam Untuk Bertanya Kepadanya Tentang Tanda-tanda Agama Dan Mengajar Mereka Tentang Wilayah Dan Kasih Sayang Mereka Untuknya (anna al-Wajib 'ala al-Naasi ba'da ma yaqdhauna manaasika-hum an ya'tuu al-Imam fa-yas'aluuna-hu 'an ma'aalimi-diini-him wa-yu'allimuuna-hum wilayata-hum wa-mawaddata-hum la-hu)

(593)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Ibn Abi Udhainah, daripada al-Fudhail, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Beliau a.s telah melihat kepada orang ramai yang sedang melakukan tawaf di keliling Ka'bah, maka beliau a.s telah berkata: Begitulah mereka telah melakukan tawaf pada zaman jahiliyah , sesungguhnya mereka diperintahkan supaya melakukan tawaf di keliling Ka'bah, kemudian mereka datang kepada kita bagi memberitahu kepada kita wilayah mereka dan kasih sayang mereka serta mereka membentangkan kepada kita pertolongan mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: "Maka jadilah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka" 

(594)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Daud bin al-Nu'man, daripada Abu 'Ubaidah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s-beliau a.s telah melihat manusia di Makkah dan apa yang mereka sedang buat-berkata: Perbuatan seperti perbuatan jahiliyah, demi Allah, mereka tidak diperintahkan dengan [perbuatan] ini dan mereka tidak diperintahkan melainkan menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka, hendaklah mereka datang kepada kami, memberi tahu kepada kami tentang wilayah mereka dan membentangkan kepada kami pertolongan mereka.

(595)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Salih al-Sanadi, daripada Ja'far bin Basyir dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Khalid bin 'Ammar, daripada Sudair berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s yang sedang memasuki rumah dan aku sedang keluar, lantas beliau a.s telah mengambil tanganku, kemudian menghadap Ka'bah dan berkata: Wahai Sudair, sesungguhnya manusia diperintahkan supaya mendatangi batu-batu ini, lalu mereka melakukan tawaf dengannya, kemudian mereka datang kepada kami untuk memberitahu kepada kami wilayah mereka untuk kami.
Iaitu firman Allah: "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar" -Kemudian beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya ke dadanya- kepada wilayah kami. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, aku akan memperlihatkan kepada anda penentang-penentang agama Allah, kemudian beliau a.s telah melihat kepada Abu Hanifah dan Sufyan al-Thauri ketika itu mereka berdua telah berada di perkarangan masjid, lalu beliau a.s telah berkata: Mereka itulah penentang-penentang agama Allah tanpa petunjuk daripada Allah dan daripada kitab yang terang. Sesungguhnya mereka yang buruk itu (al-Akhaabith) jika mereka telah duduk di rumah-rumah mereka, nescaya orang ramai telah mengembara ke tempat lain. Justeru mereka tidak mendapati seorangpun yang akan menceritakan kepada mereka tentang Allah dan Rasul-Nya s.a.w sehingga mereka datang kepada kami, lalu kami akan menceritakan kepada mereka tentang Allah dan Rasul-Nya s.a.w.