Bab 98. Sesungguhnya jin mendatangi mereka dan bertanya mereka tentang tanda-tanda agama dan merujuk kepada mereka a.s

Sesungguhnya Jin Mendatangi Mereka Dan Bertanya Mereka Tentang Tanda-Tanda Agama Dan Merujuk Kepada Mereka A.S (anna al-Jinn ya'tii-him fa-yasaluuna-hum 'an ma'aalimi diini-him wa- yatawajjahuun fi umuuri-him)

(600)-1. Sebahagian sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali, daripada Yahya bin Musawir, daripada Sa'd al-Askaf berkata: Aku telah mendatangi Abu Ja'far a.s pada suatu tempat, lalu beliau a.s mulai berkata: Janganlah anda gopoh sehinggalah [sinaran] matahati mengenaiku. Aku mulai mengikuti kebenaran[kata-kata]nya. Tidak lama selepas itu, satu golongan telah keluar ke atasku, mereka sepertilah belalang berwarna kuning memakai jubah yang menunjukkan ibadat mereka, beliau telah berkata: Demi Allah, kecantikan bentuk mereka masih aku ingati. Manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda fikir aku mengasihani anda? Aku telah berkata: Ya, demi Allah, aku telah mengingati satu golongan yang telah melalui di [hadapan] aku yang mana aku tidak pernah melihat kaum secantik mereka dengan pakaian seorang lelaki. Warna mereka seperti belalang kuning, menunjukkan ibadat mereka, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sa'd, anda telah melihat mereka? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Mereka itu saudara-saudara anda daripada Jin, maka aku telah berkata: Mereka datang kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, mereka datang kepada kami, bertanya kami tentang tanda-tanda agama, halal dan haram mereka.

(601)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Hassan, daripada Ibrahim bin Isma'il, daripada Ibn Jabal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami telah berada di pintu [rumah]nya, tiba-tiba satu golongan telah keluar di hadapan kami seperti golongan Hindu memakai kain sarong dan kain sebai, lalu kami bertanya Abu Abdillah a.s tentang mereka, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin.

(602)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Sa'd al-Askaf berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s, aku mahu izinnya, tiba-tiba unta merayau-rayau di pintu[rumahnya] dan suara-suara[nya] telah meninggi, kemudian satu golongan yang berserban telah keluar, mereka seperti Hindu[kehitaman]. Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s dan aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [minta] izin anda kepadaku telah terlewat pada hari ini dan aku telah melihat satu golongan yang berserban telah keluar ke dihadapanku, lalu aku memerhatiikan mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui siapakah mereka itu, wahai Sa'd? Aku telah berkata: Tidak, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin mendatangi kami, lalu mereka bertanya kami tentang halal, haram dan tanda-tanda agama mereka.

(603)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Abi al-Bilad, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja'far a.s telah menyuruhku pergi ke Madinah kerana beberapa hajat untuknya, maka akupun telah keluar. Manakala aku berada di antara jalan di al-Rauhaa' di atas kenderaanku, tiba-tiba seorang lelaki sedang mengibarkan kainnya. Beliau telah berkata: Aku telah cenderung kepadanya dan aku telah menyangka bahawa beliau sedang dahaga, lalu aku telah memberikan kepadanya bekas air, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak berhajat kepadanya dan ambillah surat ini yang mana tanahnya masih lembab, maka beliau telah berkata: Manakala aku telah melihat kepada capnya , tiba-tiba ia adalah cap Abu Ja'far a.s, maka aku telah berkata: Bilakah janji anda dengan tuan surat ini? 
Beliau telah berkata: Sekarang dan di dalam surat itu banyak perkara yang beliau a.s telah menyuruhku melaksanakannya. Kemudian akupun berpaling, maka aku dapati tiada seorangpun di sisiku. Beliau telah berkata: Kemudian Abu Ja'far a.s telah datang, maka aku telah berjumpa dengannya dan berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki telah datang kepadaku dengan surat anda dan tanahnya masih lembab, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, sesungguhnya kami mempunyai khadam daripada jin, maka apabila kami mahu [sesuatu dilaksanakan dengan] cepat, kami mengutus mereka.
Di dalam riwayat yang lain beliau telah berkata: Sesungguhnya kami mempunyai pengikut-pengikut daripada jin sebagaimana kami mempunyai pengikut-pengikut daripada manusia, maka apabila kami mahu sesuatu, kami mengutus mereka.

(604)-5. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Jahrasy berkata: Hakimah binti Musa telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Aku telah melihat al-Ridha a.s berdiri di pintu al-Hatab sedang bermunajat, tetapi aku tidak melihat seseorangpun [bersamanya], maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, kepada siapakah anda bermunajat? 
Maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah 'Amir al-Zahraa'i telah datang bertanya dan mengadu kepadaku, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengar percakapannya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya jika anda mendengarnya, nescaya anda akan demam setahun, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengarnya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Dengarlah, maka akupun telah minta untuk mendengarnya, maka aku telah mendengar[nya] seperti bunyi-bunyian yang ditiup (al-Safir), lalu aku terkena demam dan aku telah demam selama setahun.

(605)-6. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ibrahim bin Hasyim, daripada 'Amru bin Uthman, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s di mimbar masjid, tiba-tiba seekor ular telah datang dari sudut salah satu daripada pintu-pintu masjid, lantas orang ramai ingin membunuhnya, maka Amir al-Mukminin a.s telah memerintahkan mereka supaya menahan diri mereka[dari melakukannya], lalu ular itu berjalan sehingga berakhir di mimbar. 
Kemudian ia memanjangkan tubuhnya, lalu ia memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka Amir al-Mukminin a.s telah menunjukkannya supaya ia "berdiri" sehingga beliau a.s selesai daripada khutbahnya. 
Manakala beliau a.s telah selesai daripada khutbahnya, maka beliau a.s berpaling kepadanya dan berkata: Siapakah anda? Ia berkata: 'Umru bin Uthman, khalifah anda ke atas jin, sesungguhnya bapaku telah mati dan ia telah berpesan kepadaku supaya aku datang kepada anda untuk mengetahui pendapat anda dan sesungguhnya aku telah datang kepada anda, wahai Amir al-Mukminin, justeru apakah yang anda akan menyuruh aku [untuk melakukannya] dan apakah pendapat anda? 
Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Aku berpesan kepada anda supaya bertakwa kepada Allah dan anda pulang untuk mengganti tempat bapa anda kepada jin, maka anda adalah khalifah aku ke atas mereka. Beliau telah berkata: 'Amru telah mengucapkan selamat berpisah kepada Amir al-Mukminin dan pulang, maka ia adalah khalifahnya kepada jin. Maka aku telah berkata kepadanya (al-Ridha a.s): Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, 'Amru akan mendatangi anda dan adakah ia wajib ke atasnya? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(606)-7. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Nu'man bin Basyir berkata: Aku telah bersahabat dengan Jabir bin Yazid al-Ju'fi, manakala kami di Madinah, beliau telah datang kepada Abu Ja'far a.s dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan beliau telah keluar dari sisinya di dalam keadaan gembira sehingga kami melintasi al-Ukhairajah-rumah pertama dari Faid ke Madinah-pada hari Jumaat, kemudian kami telah mengerjakan sembahyang al-Zawal (Zuhur dan Asar). 
Manakala unta kami bangun, tiba-tiba aku berdepan dengan seorang lelaki yang berbadan panjang bersamanya surat (kitab), lalu Jabir telah mengambilnya daripadanya, lalu mengucupnya (surat) dan meletakkannya di dalam pengawasannya, tiba-tiba surat itu adalah daripada Muhammad bin Ali kepada Jabir bin Yazid dan di atasnya tanah hitam yang masih lembab, maka beliau telah berkata kepadanya: Bilakah janji anda dengan sayyidi? Beliau telah berkata: Sekarang, maka beliau telah berkata kepadanya: Sebelum sembahyang atau selepas sembahyang? Beliau telah berkata: Selepas sembahyang, lalu beliau memecahkan capnya, mula membacanya dengan penuh perhatian sehingga beliau selesai membacanya. Kemudian beliau telah memegang surat itu, maka aku tidak melihatnya tersenyum dan gembira sehingga beliau telah sampai di Kufah. Manakala kami telah sampai di Kufah pada waktu malam, maka akupun tidur. Apabila aku telah bangkit, maka aku telah datang kepadanya kerana menghormatinya, tetapi aku telah mendapatinya telah keluar daripadaku dan pada tengkuknya digantung notis kecil. 
Beliau telah menggantungkannya dan beliau telah memanjat batang kayu seraya berkata: "Aku mendapati Mansur bin Jumhur sebagai amir yang tidak diperintahkan" dan beberapa bait syair seumpama ini, lalu beliau melihat pada mukaku dan akupun melihat kepada mukanya, tetapi beliau tidak berkata sesuatupun kepadaku dan aku tidak berkata sesuatupun kepadanya dan aku mulai menangis. Manakala aku telah melihatnya, beliau telah datang kepadaku bersama kanak-kanak dan orang ramai. Beliau telah datang dan memasuki al-Rahbah (perkarangan masjid). 
Beliau mulai berpusing-pusing bersama kanak-kanak dan orang ramai pula berkata: Jabir bin Yazid telah dirasuk oleh jin, demi Allah, beberapa hari telah berlalu sehingga sepucuk surat telah sampai daripada Hisyam bin 'Abd al-Malik kepada walinya: Carilah seorang lelaki dipanggil: Jabir bin Yazid al-Ju'fi, potonglah kepalanya dan hantarlah kepalanya kepadaku" Beliau telah berpaling kepada kawan-kawannya, lalu berkata kepada mereka: Siapakah Jabir bin Yazid al-Ju'fi? Mereka telah berkata: Aslaha-ka llahu, beliau dahulunya adalah seorang yang berilmu dan berkebolehan dan [bijak ilmu] hadis. 
Beliau telah mengerjakan haji, kemudian dirasuk oleh jin, beliau di al-Rahbah bersama kanak-kanak di atas sebatang kayu sedang bermain bersama mereka, berkata: Beliau telah memerhatikannya, tiba-tiba beliau bersama kanak-kanak sedang bermain-main di atas sebatang kayu, maka beliau telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memaafkan aku daripada membunuhnya, beliau telah berkata: Tidak berlalu beberapa hari sehingga Mansur bin Jumhur telah datang ke Kufah dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh Jabir (membunuhnya).