BAHAGIAN KEENAM

Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa'idah, balaghah Nabi s.a.w, mutiara kata Amir al-Mukminin a.s, dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain a.s dan lain-lain


Hadis Tentang Fadak

Abu Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan mengeluarkannya dari Fadak sedangkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.

Maka Abu Bakr berkata kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya: Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya sedangkan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana aku tidak mewarisi bapa aku? 'Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan suami akulah yang telah mengajar aku.

Abu Bakr berkata: 'Aisyah dan 'Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah? 

Maka mereka berdua berkata: Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.'Umar berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s dan Rasulullah s.a.w juga duduk sehingga turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku supaya menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri bersama Jibrail. 

Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda: Jibrail telah membuat garisan Fadak untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya sendiri. 

Fatimah berdiri di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua, Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan zuriat kamu.

Beliau berkata: Tetapi tiada seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu'adh bin Jabal dan berkata: Wahai Mu'adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu Bakr telah merampas Fadak daripada aku, dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda? 

Beliau berkata: Beliau datang untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Maka anak lelakinya berkata: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata: Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda khalifahnya.

Anda telah menduduki tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau terserempak dengan 'Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad, apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada aku. 

Fatimah a.s enggan untuk memberikannya kepadanya, lalu 'Umar menendangnya dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian 'Umar telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan 'Umar, apabila hampir mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.

Maka Ali a.s berkata: Aku menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan 'Umar. Ali a.s keluar dari rumahnya kepada Abu Bakr dan 'Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s berkata: Demi Allah, aku telah menyempurnakannya pada waktu malam. 

Mereka berdua berkata: Apakah yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah memerintahkan aku sedemikian. 'Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk menggalinya dan mengerjakan solat ke atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku, anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada 'Umar: Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang ramai pun bersurai .


Hadis Tentang Saqifah Bani Sa'idah

Abu Muhammad daripada 'Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa'idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa'idah di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?

Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan aku supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun al-kitab (al-Qur'an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.

Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas 'Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu'bah, Abu 'Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka 'Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.

Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan 'Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa kudan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya di dalam keadaan terikat.

Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada 'Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas 'Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.

Ali a.s telah melalui di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku". Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian 'Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? 'Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, 'Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.

Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 "Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang", wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang . 


Balaghah Nabi S.A.W

Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu' bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda? 

Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa'd bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur'an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa'd .


Mutiara Kata Amir al-Mukminin A.S

Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau berkata: Orang yang bermegah dengan dirinya sendiri adalah lebih mulia daripada orang yang bermegah dengan bapanya, kerana aku adalah lebih mulia daripada bapa aku, dan Nabi s.a.w adalah lebih mulia daripada bapanya, Ibrahim adalah lebih mulia daripada Tarikh.

Ada orang bertanya kepadanya: Dengan apakah kemegahan itu? Beliau berkata: Dengan salah satu daripada tiga perkara:Harta lahir, adab yang baik, dan pertukangan di mana seorang tidak malu dengannya.

Ada orang bertanya Amir al-Mukminin a.s: Bagaimana anda menyambut waktu pagi wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata:Aku menyambut waktu pagi aku dengan memakan rezeki aku, dan menunggu ajal aku, ada orang bertanya kepadanya: Apa pendapat anda tentang dunia? Beliau berkata: Apa aku akan berkata kepada dunia pada awalnya dukacita, dan akhirnya kematian, sesiapa yang menjadi kaya padanya, hakikatnya ia adalah seorang fakir, dan sesiapa yang menjadi fakir padanya, maka ia berdukacita, halalnya dihisab, dan haramnya ke neraka.

Ada orang bertanya kepadanya: Siapakah orang yang paling bergembira? Beliau berkata: Orang yang selamat dari balasandan mengharap pahala ketika jasad di bawah tanah.

Beliau berkata: Sesiapa yang telah mengunjungi saudaranya muslim kerana Allah, maka Allah akan menyerunya:Wahai pengunjung! Anda telah melakukan perkara yang baik dan syurga pun baik kepada anda. 

Beliau berkata: Apabila seorang muslim menunaikan hajat seorang muslim, maka Allah akan menyerunya: Di atasKu pahala anda, dan aku tidak reda kepada anda tanpa syurga.

Beliau berkata: Tiga orang yang akan diketawakan Allah kepada mereka pada hari Kiamat: Seorang lelaki berada di atas hamparannya bersama-samanya isterinya yang dicintai, lalu ia mengambil wuduk, memasuki masjid, mengerjakan solat dan bermunajat kepada Tuhannya, seorang lelaki yang berjunub, kemudian tiada air, lantas ia pergi kepada salji dan memecahkannya, kemudian ia memasukinya dan mandi junub, dan seorang lelaki bertembung musuhnya bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba mereka diserang, maka ia ikut berperang sehingga ia terbunuh.

Beliau berkata: Ucapan takziah akan mewarisi syurga, beliau berkata: Apabila anda membawa keranda mayat, nescaya anda keluar daripada dosa sebagaimana anda dilahirkan ibu anda.

Beliau berkata: Siapa yang telah membeli daging kepada keluarganya dengan satu dirham seolah-olah beliau telah memerdekakan hamba daripada anak Ismail.

Beliau berkata: Siapa yang telah meminum lebihan minuman saudaranya kerana mengambil keberkatannya, nescaya Allah menjadikan di antara mereka berdua malaikat yang akan memohon ampun untuk mereka berdua sehingga berlakunya Kiamat. Beliau berkata: Lebihan makanan atau minuman mukmin adalah penyembuhan kepada tujuh puluh penyakit . 


Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah

Muhammad bin 'Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata: Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat dan orang ramai melalui di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka dan itulah apa yang telah berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya, wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16 "Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya". Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia! 

Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah telah memerintahkan di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan kias? 

Aduhai anda wahai Abu Hanifah, adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata: Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja' daripada berak dan dimandikan junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias? Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya, beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa mengetahuinya. 

Abu Hanifah berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada setinggi-tinggi tanah 'illiyyin dan Dia telah mengambil tanah syi'ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya . 


Hadis Tentang Baghal Betina Abu Hanifah

Daripadanya, daripada Sama'ah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hanifah tentang (al-Syai') sesuatu tertentu dan tentang la syai' (tanpa sesuatu), lalu beliau memberitahunya tentang al-syai' dan tidak dapat menjawab kepadanya tentang la syai', lantaran itu beliau berkata kepada lelaki tersebut: Pergilah dengan baghal betina ini kepada imam orang al-Rafidhah (Abu Abdullah) dan juallah kepadanya bi-la syai' dan terimalah harganya, kemudian lelaki tersebut telah datang bersama baghal tersebut menemui Abu Abdullah a.s, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Aku telah meminta Abu Hanifah supaya menjual baghal betina ini. Beliau berkata: Beliaulah yang telah memerintahkan aku supaya menjualkannya. Beliau a.s berkata: Berapakah harganya? Beliau berkata: Bi-la syai', beliau berkata kepadanya: Apakah yang anda katakan? Beliau berkata: Kebenaran yang aku katakan, maka beliau a.s berkata: Sesunguhnya aku telah membelinya daripada anda bi-la syai'.

Beliau berkata: Abu Abdullah telah menyuruh hambanya memasukkan baghal betina tersebut di dalam kandangnya.

Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah menunggu bayaran selama satu jam, manakala beliau a.s melambatkan pembayarannya, Muhammad bin al-Hasan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda tentang bayaran? Beliau berkata: Perjanjian adalah pada keesokannya, lantas beliau kembali kepada Abu Hanifah, maka beliau telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan meredainya, pada keesokannya, Abu Hanaifah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Anda telah datang untuk menerima bayaran baghal betina la syai'?

Beliau berkata: Ya, dan la syai' adalah bayarannya? Beliau berkata: Ya, maka Abu Abdullah menaiki baghal tersebut sementara Abu Hanifah menaiki binatang lain melintasi padang pasir, apabila hari siang, Abu Abdullah telah melihat kepada maya sedang meninggi seolah-olah seperti air yang sedang mengalir, Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, apakah di lurahnya seolah-olah ia sedang mengalir? Beliau berkata: Itulah air wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, manakala mereka berdua sampai ke tempat tersebut,maka ianya semakin jauh, lantas Abu Abdullah berkata: Terimalah bayaran baghal betina itu, Allah berfirman Surah al-Nur ( 24) :39 "laksana maya di tanah datar, yang di sangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatanginya air itu, maka dia tidak mendapatinya sesuatupun"

Beliau berkata: Abu Hanifah keluar kepada para sahabatnya di dalam keadaan dukacita, lalu mereka bertanya kepadanya: Apakah gerangan anda wahai Abu Hanifah? Beliau menjawab: Baghal betina aku telah pergi tanpa bayaran sedangkan harga baghal betina itu adalah sepuluh ribu dirham.