BAHAGIAN KESEBELAS

Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan Mu'alla bin Khanis, Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami, Haudh al-Kauthar, malakut al-Ardh, mukjizat Imam Ja'far bersama Mu'alla bin Khanis dan lain-lain.


Keganjilan Keadaan Dan Perbuatan Mereka A.S

Muhammad bin Abdullah al-Razi al-Jamurani, daripada Ismail bin Musa, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abd al-Samad bin Ali berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain, maka Ali bin al-Husain berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah seorang ahli nujum yang mahir, beliau berkata: Maka beliau melihat kepadanya, kemudian berkata: Bolehkah aku menunjukkan kepada anda seorang lelaki yang telah melalui semenjak anda datang kepada kami empat belas alam, dan setiap alam adalah lebih besar daripada dunia tiga kali tanpa bergerak daripada tempatnya (lam yataharak min makani-hi )? Beliau berkata: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda apa yang anda telah makan dan apa yang anda telah simpan di rumah anda .

Muhammad bin Hassan al-Razi telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Khalid, seorang Zaidi- telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di al-Askar, tiba-tiba berita sampai kepada aku bahawa di sana seorang lelaki yang ditahan, telah dibawa dari Syam di dalam keadaan digari(makbulan). Mereka berkata: Beliau telah membuat ramalan (tanabba'a). Ali bin Khalid berkata: Aku telah datang di pintu penjara. Aku telah melintasi beberapa penjaga pintu sehingga aku sampai kepadanya, tiba-tiba aku mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai kefahaman (la-hu fahmun), maka beliau berkata: Aku telah berada di sisi kubur kepala al-Husain bin Ali a.s, ketika aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki datang kepada aku, dan berkata: Berdirilah dengan kami, maka akupun berdiri bersamanya.

Manakala aku bersama-samanya (fa-baina ana ma'a-hu), tiba-tiba aku bersama-samanya di Masjid Kufah (idh ana ma'a-hu fi masjid kufah), beliau berkata: Beliau mengerjakan solat dan akupun mengerjakan solat bersamanya (fa-salla fa-sallai-tu ma'a-hu). Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di masjid Madinah. Beliau mengerjakan solat, maka aku mengerjakan solat bersamanya, beliau berselawat kepada Rasulullah s.a.w dan berdoa untuknya. Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di Makkah, aku sentiasa bersamanya sehingga beliau menunaikan manasiknya dan aku menunaikan manasikku bersama-nya.

Manakala aku bersamanya, tiba-tiba aku berada di tempat yang aku telah melakukan ibadat kepada Allah di Syam (fa-baina ana ma'a-hu idh ana bi-maudi'i al-ladhi kuntu a'budu l-Laha fi-hi bi al-Syam), dan lelaki itupun meninggalkan tempat itu. Manakala pada tahun berikutnya, pada musim haji, tiba-tiba aku bersamanya, lalu beliau melakukan kepada aku seperti perbuatannya yang pertama, manakala kami selesai dari mengerjakan manasik kami, beliau menghantar aku (warada-ni) ke Syam, dan beliau berdukacita kerana meninggalkan aku (wa hamma bi-mufaraqati), aku berkata kepadanya: Aku bertanya kepada anda dengan hak Yang memberi kuasa kepada anda (sa'al-tu-ka bi haqqi al-Ladhi aqdara-ka) menurut apa yang aku lihat melainkan anda memberitahu aku siapakah anda? 

Beliau berkata: Beliau telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian melihat kepada aku sambil berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa. Beliau berkata: Berita ini tersebar sehingga berakhir kepada Muhammad bin Abd al-Malik al-Zayyat, maka beliau telah mengutus kepada aku, lalu mengambil aku, menggari aku (kabbala-ni) dengan besi, membawa aku ke Iraq dan menahan aku (habasa-ni). Beliau berkata: Aku berkata kepadanya: Bawalah cerita anda ini kepada Muhammad bin Abd al-Malik? Beliau berkata: Siapakah aku untuk mendatanginya dengan cerita ini? Beliau berkata: Maka aku membawanya pensel dan kertas, lalu beliau menulis ceritanya kepada Muhammad bin Abd al-Malik dan menyebut di dalam ceritanya apa yang telah berlaku.

Kemudian beliau menandakan tangan ceritanya, katalah: Kepada Yang telah mengeluarkan anda pada suatu malam dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah, dan telah mengembalikan anda dari Makkah kepada tempat yang anda telah berada padanya supaya mengeluarkan anda dari tahanan anda, Ali bin Khalid berkata: Urusannya telah mendukacitakan aku, aku berlembut untuknya, dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, kemudian pada suatu hari aku telah kembali kepadanya, tiba-tiba seorang tentera, ketua pengawal, penjaga penjara dan orang ramai telah berhimpun, maka aku berkata: Apakah ini? Maka seorang daripada mereka berkata: Orang yang dibawa (al-Mahmul) dari Syam yang telah membuat ramalan, telah hilang kelmarin dan kami tidak mengetahui sama ada beliau ditelan oleh bumi (khusifat bi-hi al-Ardh) atau disambar oleh burung di udara (ikhtafat-hu al-Tairu) .


Pemberitahuan Imam Ja'far A.S Tentang pembunuhan al-Mu'alla/Mu'alli Bin Khanis

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Hafs al-Abyadh al-Tammar, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s pada hari pembunuhan al-Mu'alla bin Khanis, dan sulaannya -rahima-hu l-Lahu-, beliau berkata kepadaku: Wahai Hafs, sesungguhnya aku telah memerintahkan al-Mu'alla bin Khanis dengan satu perintah, tetapi beliau telah menyalahi aku, kemudian beliau diuji dengan besi. Aku telah melihat kepadanya pada suatu hari berada di dalam keadaan yang mendukacitakan, aku berkata: Apakah yang telah terjadi kepada anda wahai Mu'alla seolah-olah anda telah mengingati keluarga anda harta anda dan tanggungan anda? Beliau berkata: Ya, maka aku berkata: Datanglah berhampiran aku, lalu beliau menghampiri aku, lantas aku menyapu mukanya, maka aku berkata: Di manakah anda melihat anda berada? 

Beliau berkata: Aku diperlihatkan di rumah aku, ini adalah isteri aku dan mereka adalah anak-anak aku, lantas aku meninggalkannya bersama mereka dan aku telah bersembunyi daripada mereka sehingga beliau telah mengambil apa yang diambil oleh seorang lelaki daripada keluarganya, kemudian aku berkata kepadanya: Datanglah berhampiran aku, maka beliau datang berhampiran aku, lantas aku menyapu mukanya (masah-tu wajha-hu). Aku berkata kepadanya: Di mana anda melihat anda sekarang? Beliau berkata: Aku melihat aku bersama anda di Madinah dan ini adalah rumah anda, aku berkata kepadanya: Wahai Mu'alla, sesungguhnya bagi kami hadis (inna la-na hadithan), siapa yang menjaganya kerana kami, nescaya Allah menjaga ke atasnya agamanya, dan dunianya (man hafaza-hu 'alai-na hafaza-hu l-Lahu 'alai-hi dina-hu wa dunya-hu). 


Jangan Menjadi Tawanan Dengan Hadis Kami

Wahai Mu'alla, janganlah kamu semua menjadi orang tawanan di tangan orang ramai dengan hadis kami (la takunu usara' fi aidi al-Nasi bi-hadithi-na). Jika mereka mahu, nescaya mereka beriman kepada kamu (in sya'u amanu 'alai-kum) dan jika mereka mahu, mereka membunuh kamu (in sya'u qatalu-kum) Wahai Mu'alla, sesungguhnya sesiapa yang menyembunyikan hadis kami yang sulit (man katama al-Sa'ba min hadithi-na), nescaya Allah menjadikannya cahaya di antara dua matanya dan Allah memberikannya kemuliaan pada mata orang ramai. Sesiapa yang menyebarkan hadis kami yang sulit (wa man adha'a al-Sa'ba min hadithi-na), beliau tidak akan mati sehingga senjata akan menikamnya (lam yamut hatta ya'udhdh-hu al-Silahu) atau beliau akan mati digari (au yamutu kablan), wahai Mu'alla, anda akan dibunuh (wa anta maqtul), maka bersedialah (fa-ista'id ). 


Imam Ja'far A.S Dan Haudh al-Kauthar

Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu'lu', daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San'a' (haudh ma baina basari ila San'a'), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji.

Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air? Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka.

Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma'a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya.

Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syi'ah kita (hadha min aqalli ma a'ada-hu l-Lahu li-syi'ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna 'aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut . 


Mukjizat Abu Ja'far al-Baqir A.S Memperlihatkan Malakut al-Ardh Kepada Jabir Bin Yazid

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Muthanna,daripada bapanya, daripada 'Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 75 "Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk mereka yang yakin". Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini.

Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah 'ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang? 

Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar'nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur'nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang? 

Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas 'Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati 'awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s. 

Sesungguhnya beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya dan memakai pakaian sebelumnya dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya:Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam .


Mukjizat Imam Ja'far A.S Bersama Mu'alla Bin Khanis

Ahmad bin al-Husain bin Sa'id, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu'alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di dalam sebahagian keperluannya, maka beliau berkata kepadaku: Kenapa aku melihat anda di dalam keadaan dukacita? Maka aku berkata:Berita yang telah sampai kepada aku mengenai Iraq dan penyakit di sana, maka aku telah teringat kepada keluarga aku, maka beliau berkata kepadaku: Adakah anda akan gembira melihat mereka? 

Aku berkata: Aku mahu jika boleh, demi Allah, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku pun memalingkan muka aku (fa-saraf-tu waj-hi), kemudian beliau berkata: Hadapkan muka anda ke hadapan, maka tiba-tiba rumah aku tergambar di mata aku, maka beliau berkata kepada aku: Masuklah rumah anda, maka aku pun memasukinya, maka aku mendapati semua keluarga aku; kecil, dan besar berada di rumahku, lalu aku menunaikan kemahuanku (fa-qadhai-tu watri), kemudian aku keluar, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku memalingkannya, kemudian aku tidak melihat sesuatu (fa-saraf-tu-hu fa-lam ara syai'an ) . 

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada al-Aswad bin Sa'id, berkata: Abu Ja'far a.s berkata kepada aku: Wahai Aswad bin Sa'id, sesungguhnya di antara kami dan setiap bumi penyekat (tarran) seperti anda melihat binaan (mathala tarri al-Bana'). Apabila kami diperintah di bumi dengan sesuatu perintah, maka kami menarik penyekat tersebut (fa-jadhab-na dhalika al-Tarr), lalu bumi datang kepada kami dengan segala yang ada padanya sehingga kami melaksanakan padanya apa yang diperintahkan kepada kami daripada perintah Allah s.w.t .

Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada 'Umru bin Sa'id al-Thaqafi, daripada Yahya bin al-Hasan bin Furat, daripada Yahya bin al-Musawir, daripada Abu al-Jarud al-Mundhir bin al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menaiki gua (al-Ghar), maka Ali bin Abu Talib a.s telah mencarinya, kerana khuatir kaum musyrikin membunuhnya, Rasulullah s.a.w berada di gua Hira', dan Ali berada di Thabir, maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ali , dan berkata: Apakah dengan anda wahai Ali? Maka Ali a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku khuatir kaum musyrikin akan membunuh anda, justeru aku mencari anda. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hulurkan tangan anda kepada aku wahai Ali, lantas bukit bergegar (fa-rajafa al-Jabalu) sehingga beliau melangkah dengan kakinya kepada bukit yang lain, kemudian bukit itu kembali kepada tempatnya yang asal (raja'a al-Jabalu ila qarari-hi ) .


Mukjizat Abu al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S

Al-Mu'alla bin Muhammad al-Basri, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih ibn Sa'id berkata: Aku datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, dalam setiap perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan mengabaikan anda sehingga mereka menjatuhkan anda, ini adalah suatu pengkhianatan yang jahat dan bangsat, maka beliau berkata: Di sini anda wahai Ibn Sa'id?! Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku pun melihat, maka tiba-tiba aku berada di taman-taman yang cantik, dan berseri, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah seperti mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang segar mengalir, maka mata aku menjadi lemah, lalu beliau berkata kepada aku: Ini adalah disediakan untuk kami, dan kami bukanlah pengkhianat bangsat .

Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallab berkata: Aku telah membeli kambing yang banyak untuk Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s, maka beliau telah menyeru aku dan memasukkan aku dari lorong rumahnya kepada tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya. Maka aku mulai memisahkan kambing-kambing itu kepada mereka di mana beliau telah perintahkan kepada aku. Lalu beliau telah mengutus kepada Abu Ja'far a.s, kepada ibunya, serta kepada mereka yang beliau telah perintahkan kepada aku, kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad menemui bapa aku, iaitu pada hari al-Tarwiyah . 

Beliau telah menulis kepada aku: Supaya anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang". Beliau berkata: Maka aku telah bermalam dan apabila datang hari 'Arafah aku telah bermalam di sisinya. Aku telah bermalam pada malam Hari Raya Korban di khemahnya, manakala di waktu sahur, beliau telah datang kepada aku, dan berkata: Wahai Ishaq, berdirilah, beliau berkata: Aku pun berdiri, dan aku membuka mataku (wa fatah-tu 'aini), tiba-tiba aku berada di pintu (rumah)ku di Baghdad (fa-idha ana 'ala bAbubi-Baghdad). Lantas aku memasukinya bertemu dengan bapaku dan para sahabatku datang kepadaku, aku berkata kepada mereka: Aku telah berada di 'Arafah di kawasan al-'Askar dan kini aku telah berada di Baghdad untuk mengerjakan solat Aidiladha.

Ja'far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Muaddib, daripada anak lelaki al-Asytar, daripada Muhammad bin 'Ammar al-Sya'rani, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata:Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, dan di sisinya seorang lelaki daripada penduduk Khurasan sedang bercakap dengannya dengan bahasa yang aku tidak memahaminya, kemudian beliau telah kembali kepada sesuatu yang aku telah memahaminya. Maka aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tekankan tanah itu dengan kaki anda, tiba-tiba tanah itu bertukar menjadi sungai dan di tepi kedua-duanya panglima-panglima berkuda yang telah menyandarkan tengkuk-tengkuk mereka di atas pemegang-pemegang pelana kuda mereka, maka Abu Abdullah a.s berkata: Mereka itu adalah para sahabat al-Qaim a.s (ashab al-Qaim a.s ) .

Al-Hasan bin Ali al-Zaituni dan Muhammad bin Ahmad bin Abu Qatadah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada al-Hasan bin 'Atiyyah berkata: Abu Abdullah a.s telah berdiri di al-Safa, maka 'Ubad al-Basri telah berkata kepadanya: Satu hadis yang diriwayatkan daripada anda, beliau berkata: Apakah ia? Beliau berkata: Aku berkata: Kehormatan mukmin itu adalah lebih besar daripada Ka'bah (hurmatu al-Mu'min a'zamu min hurmati hadhi-hi al-Bunyah). Beliau berkata: Aku telah berkata sedemikian. Sesungguhnya mukmin jika beliau berkata kepada bukit ini: Datang, maka ia datang, beliau berkata: Aku telah melihat kepada bukit itu telah datang, maka beliau berkata:'Ala rusuli-ka, sesungguhnya aku tidak akan mengembalikan anda.

Al-Husain bin al-Hasan bin Abban berkata: Al-Husain bin Sa'id telah memberitahu aku dan menulisnya kepadaku dengan khatnya di hadapan Abu al-Hasan bin Abban berkata: Muhammad bin Sinan telah memberitahu aku, daripada Hammad al-Batahi, daripada sahabatnya-beliau adalah di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s-berkata: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabatnya berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya wasi Musa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat (kana uri-him al-'Alamat), dan sesungguhnya wasi Isa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat selepas Isa, maka kenapakah anda tidak memperlihatkannya kepada kami? 

Maka beliau berkata: Kamu tidak percaya, maka mereka telah mendesaknya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, lantas beliau telah mengambil tangan sembilan daripada mereka dan keluar dengan mereka sebelum Abyat al-Hijriyyin berhampiran al-Sibkhah, maka beliau telah bercakap dengan percakapan yang perlahan, kemudian beliau menggali dengan tangannya: Dedahkan penutupan anda, maka tiba-tiba setiap apa yang telah diceritakan Allah tentang syurga berada di depan mata mereka bersama-sama rohnya dan bunga-bunganya, lantas empat daripada mereka telah kembali, dan berkata: Sihir, sihir dan seorang daripada mereka masih cekal masya Allah.

Kemudian beliau telah menduduki satu majlis, kemudian dipindah daripadanya sesuatu percakapan tentang perkara tersebut. Maka mereka berpegang kepadanya, lalu mereka datang dengannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bunuhlah ia, dan janganlah anda mencemarkan agama Allah, beliau berkata: Apakah yang dilakukannya? Mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Begitu dan begini, beliau berkata: Daripada siapakah anda telah mendengar percakapan ini? Beliau berkata: Aku telah mendengarnya daripada polan bin polan, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang lelaki telah mendengar daripada orang lain sesuatu, lalu beliau telah melaksanakannya, tidak ada jalan untuk diambil tindakan di atas perkara ini. Maka mereka berkata: Anda telah mencemarkan agama Allah, demi Allah, kami akan membunuhnya. Beliau berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kamu tidak akan membunuhnya melainkan keluarganya dibebaskan.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi berkata: Saudaraku Idris bin Abdullah telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia di sisi kami Ahlu l-Bait adalah seperti perkara atau benda di hujung jari.

Muhammad bin Harun, daripada Abu Yahya Suhail bin Ziyad al-Wasiti, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada Dhu al-Qarnain dua awan (al-Sahabataini ):al-Dhalul dan al-Sa'ab, lalu beliau memilih al-Dhalul iaitu awan yang tidak mempunyai guruh dan petir (huwa laisa fi-hi barqun wala ra'dun). Sekiranya beliau memilih al-Sa'ab, nescaya beliau tidak akan mendapatkannya, kerana Allah telah menyimpannya untuk al-Qaim a.s.