BAHAGIAN KESEMBILAN

Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah, kegembiraan kepada mukmin, kelebihan keadilan dan beramal dengannya, bilangan para nabi a.s, Musa dan kaumnya yang tersesat di jalan dan lain-lain.


Umpama Ilmu Ahlu l-Bait A.S

Ishaq bin 'Ammar daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s dan umpama kami selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s dan meminta persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-A'raf (7) :144 "bahawa Allah telah berkata kepada Musa wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk mereka yang bersyukur"

Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama: 145 "Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu"

Nabi Khidir a.s telah memiliki ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya dan semua ilmu telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha', diberi semua kefahaman, dan ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya. 

Mereka mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w mereka telah mempelajarinya dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w, malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut dan mereka pula menjadi malu apabila kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru mereka telah mengguna pendapat (al-Ra'yu) dan kias di dalam agama Allah dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w.

Mereka mendekati Allah dengan berbagai bid'ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid'ah adalah sesat. Jika mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah dan mereka tidak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Uli l-Amri daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi permusuhan (al-'adawah) dan hasad telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya dan tidak berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami dan apa yang telah kami warisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s,lalu menjalinkan persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk meneruskan persahabatan dengannya dan tidak boleh menanggung keilmuannya, serta tidak boleh bersabar dengannya pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit.

Khidir telah mengetahui bahawa Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq, keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha' mereka dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan, keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu dan mereka tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya dan melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan) dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi mereka jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan) dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah kebenaran .

Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aurat mukmin ke atas mukmin itu adalah haramdan berkata: Sesiapa yang telah mengintai mukmin di rumahnya, maka dua matanya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Sesiapa yang memasuki rumah mukmin tanpa izinnya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Sesiapa yang telah mengingkari seorang nabi yang diutus akan kenabiannya dan membohonginya, maka darahnya adalah mubah. 


Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah

Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah keadaannya? Beliau berkata: Sesiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah, membebaskan diri daripadanya dan daripada agamanya, maka beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah. Sesiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang yang kafir, darahnya adalah mubah pada masa itu melainkan beliau kembali bertaubat kepada Allah dari apa yang dikatakannya, beliau berkata: Sesiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin kerana mahukan hartanya dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.

Muhammad bin al-Husain daripada Ibn Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu Ja'far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah sekalipun rakyat baik dan bertakwa dan Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.


Memasukkan Kegembiraan Kepada Mukminin

Al-Sayyari, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Al-Najjasyi adalah seorang lelaki di kalangan peniaga, menjadi gabenor di al-Ahwaz dan Faris, berkata: Maka sebahagian pekerja-pekerjanya berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya di dewan al-Najjasyi, kharaj untuk aku, beliau adalah seorang yang mentaati anda, tidakkah anda fikir untuk menulis surat kepadanya? Beliau berkata:Maka beliau telah menulis surat kepadanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, buatlah saudara anda gembira, nescaya Allah akan menggembirakan anda.

Beliau berkata: Apabila beliau telah mendapatkan surat itu, beliau memasuki majlisnya, kemudian beliau telah menyerahkannya kepadanya dan berkata: Ini adalah surat Abu Abdullah a.s, lalu beliau mengucupnya dan meletakkannya di hadapannya, beliau berkata kepadanya: Apakah hajat anda? Beliau berkata: Kharaj untuk aku di dewan anda, beliau berkata kepadanya: Berapa dirham? Beliau berkata: Sepuluh ribu dirham.

Beliau berkata: Lalu beliau menyeru penulisnyadan memerintahkannya supaya menunaikannya, kemudian beliau mengeluarkan namanya dari dewan. Kemudian beliau telah memerintahkannya supaya diberikan kepadanya sebagai penerima, kemudian beliau berkata: Adakah aku telah menggembirakan anda? Maka beliau berkata: Ya.

Beliau berkata: Maka beliau telah memerintahkan untuknya sepuluh ribu dirham lagi, beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda (sarartu-ka)? Maka beliau berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Kemudian beliau telah memerintahkan untuknya seekor binatang tunggangan, seorang hamba perempuan dan seorang hamba lelaki, kemudian beliau telah memerintahkan untuknya satu bekas pakaian. Dan setiap kali beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda? Setiap kali beliau berkata kepadanya: Ya, beliau menambahkan lagi untuknya sehingga selesai, kemudian beliau berkata: Bawalah hamparan rumah ini di mana aku telah duduk di atasnya ketika anda memberi surat maulaku kepada aku dan kemukakanlah kepada aku segala hajat anda.

Beliau berkata: Beliau telah melaksanakan kesemuanya. Kemudian lelaki itu keluar dan datang kepada Abu Abdullah a.s. Lalu beliau menceritakan kepadanya segala-galanya. Beliau a.s telah bergembira apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, seolah-olah beliau telah menggembirakan anda dengan apa yang beliau telah berikan kepada aku, beliau berkata: Ya, demi Allah, sesungguhnya beliau telah menggembirakan Allah dan Rasul-Nya(la-qad sarra l-Laha wa Rasula-hu) .

Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya aku akan menggembirakan anda? Aku berkata: Ya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, beliau berkata: Tiada penguasa yang zalim pada masa dahulu dan pada masa akan datang melainkan bersamanya seorang yang kuat daripada Allah yang akan mempertahankan para wali-Nya dari kejahatan mereka .

Muhammad bin al-Husain daripada Isa bin Hisyam daripada Abd al-Karim daripada al-Halb daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis daripada air yang mengenai orang yang dahaga (al-'Adl ahla min al-Ma' yusibu-hu al-zam'an). Alangkah luasnya keadilan jika keadilan dilaksanakan sekalipun sedikit.

Daripada Muhammad bin Isa daripada saudaranya Ja'far bin Isa daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang keterlibatannya dengan kerja penguasa? Beliau berkata: Mereka melibatkan diri kamu atau kamu melibatkan diri kamu dengan mereka? Beliau berkata: Tidak, mereka yang melibatkan kami, beliau berkata: Tidak mengapa .

Ali bin Ibrahim al-Ja'fari daripada Muslim maula Abu al-Hasan a.s berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya: Turki itu lebih baik atau mereka itu? Beliau berkata: Apabila kamu datang ke Turki mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Tidak, malah mereka akan bekerja keras untuk membunuh kita, beliau berkata: Jika mereka memulakan peperangan ke atas mereka, maka perangilah mereka dengan mereka atau menolong menentang mereka. 


Kelebihan Keadilan Dan Beramal Dengannya

Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada 'Umru bin Syamr daripada Jabir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesiapa yang telah berjalan kepada penguasa yang zalim, lalu beliau telah memerintahkannya supaya bertakwa kepada Allah, menasihatinya dan menakut-nakutkannya, maka pahalanya adalah seperti pahala ibadat jin dan manusia dan seperti amalan mereka .

Daripada Ibn Mahbub daripada Mu'awiyah bin Wahab daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis dari madu (al-'Adl ahla min al-Syhadi), lebih lembut dari keju (al-Yanu min al-Zabadi) dan lebih sedap baunya dari minyak wangi (atyabu rihan min al-Miski). 

Ahmad daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada Muhammad bin Sinan daripada Talhah bin Zaid daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya bapanya berkata: Sesiapa yang telah mendatangi seorang imam yang zalim, lalu beliau membaca al-Qur'an ke atasnya bertujuan untuk mendapat habuan dunia, maka pembaca itu akan dilaknati (lu'ina al-Qari'u ) setiap huruf sepuluh laknat sementara pendengarnya pula dilaknati (lu'ina al-Mustami') setiap huruf dengan satu laknat.


Abu al-Hasan Dengan Harun al-Rasyid

Abdullah bin Muhammad al-Sa'i daripada al-Hasan bin Musa daripada Abdullah bin Muhammad al-Nahiki daripada Muhammad bin Sabiq bin Talhah al-Ansari berkata: Di antara apa yang telah dikatakan oleh Harun ketika Abu al-Hasan dibawa kepadanya: Apakah rumah ini? Maka beliau berkata: Ini adalah rumah mereka fasiq, beliau membaca Surah al-A'raf (7): 146 "Aku akan memalingkan mereka yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dan tanda-tanda kekuasan-Ku .Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa mereka kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya"

Harun berkata kepadanya: Rumah siapakah ini? Beliau berkata: Ia adalah untuk syi'ah kami beberapa ketika dan selain daripada mereka adalah (rumah) fitnah, beliau berkata: Apakah gerangan tuan rumah ini yang tidak mengambilnya (teladan)? Beliau berkata: Diambil daripadanya di dalam keadaan membangun dan beliau tidak mengambil daripadanya melainkan ia telah dibangunkan, beliau berkata: Di manakah syi'ah anda? Lalu Abu al-Hasan a.s membaca Surah al-Bayyinah (98 ):1 "Mereka kafir iaitu Ahli kitab dan mereka musyrik tidak akan meninggalkan agama mereka sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"

Beliau berkata: Harun berkata kepadanya:Jika begitu kami ini mereka kafir? Beliau berkata: Tidak, tetapi sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14) :28 " Mereka yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan ", lantas beliau memarahinya ketika itu dan mengasarinya.

Abu al-Hasan telah berhadapan dengannya dengan kata-kata seumpama ini dan ia tidak menakutkannya. Ini adalah bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri daripada Harun kerana takut .


Agama Dan Kuasa Adalah Dua Saudara Kembar

Sebahagian mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata:Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar (ikhwani tauamani) yang tidak dapat dipisahkan, agama adalah asas sementara kuasa (al-Sultan) adalah pengawal. Apa yang tidak ada asas akan musnah dan apa yang tidak ada pengawal akan hilang .


Kenapakah Rasulullah S.A.W Dinamakan al-Ummiyyu

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Barqi daripada Ja'far bin Muhammad al-Sufi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa di namakan Rasulullah s.a w dengan al-Ummiyyu? Beliau berkata: Apakah orang ramai berkata? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, mereka berkata: Sesungguhnya beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau tidak pernah menulis. Beliau berkata: Mereka telah berbohong, maka laknat Allah adalah ke atas mereka. 

Bagaimana ia boleh terjadi begitu sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Jumu'at (62):2 "Dialah yang mengutus kepada kaum Makkah seorang rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmat", bagaimana beliau mengajar mereka perkara yang beliau sendiri tidak mengetahuinya, demi Allah, bahawa Rasulullah s.a.w membaca dan menulis dengan tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga bahasa, beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau adalah daripada ahli Makkah dan Makkah adalah ibu segala kampung (Ummu al-Qura) sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 92 "agar kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummu al-Qura (Makkah)" 


Bilangan Para Nabi A.S

Sekumpulan daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib berkata: Sebilangan para sahabat kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu al-Khattab daripada Ali bin Asbat daripada al-Hasan bin Ziad daripada Safwan bin Mihran al-Jamal daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata kepada aku: Wahai Safwan, adakah anda mengetahui berapakah Allah telah mengutus nabi? Beliau berkata: Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Allah telah mengutus seratus empat puluh empat ribu nabi, begitu juga bilangan para wasi dengan kebenaran di dalam percakapan, menunaikan amanah, zuhud di dunia. Allah tidak mengutus seorang nabi yang lebih baik daripada Muhammad dan Allah tidak mengutus seorang wasi yang lebih baik daripada wasinya .

Beliau berkata: Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada al-Husain bin al-Hasan bin Abban daripada Muhammad bin Urmah daripada Ali bin Muzahhar daripada al-Hasan al-Mithami daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Dhar berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang Allah telah mengutus nabi? Beliau bersabda: Tiga ratus dua puluh ribu nabi, beliau berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang kah bilangan para rasul? Tiga ratus dan belasan orang, beliau berkata: Berapakah kitab yang telah diturunkan Allah? Beliau bersabda: Seratus dua puluh kitab, Dia telah menurunkan ke atas Idris lima puluh mashaf iaitu Ukhnukh; orang pertama yang telah mengguna khat di dalam tulisan, Dia telah menurunkan ke atas Nuh sepuluh mashaf, Dia telah menurunkan ke atas Ibrahim sepuluh mashaf. Dia telah menurunkan Taurat ke atas Musa, Zabur ke atas Daud, Injil ke atas Isa dan al-Qur'an ke atas Muhammad s.a.w. 

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa beliau berkata: Rasul pertama yang diutus adalah Adam a.s dan yang paling akhir adalah Muhammad s.a.w. Bilangan para nabi adalah seratus dua puluh empat ribu dan para rasul di kalangan mereka adalah tiga ratus lima orang. Lima di kalangan mereka adalah Ulu al-'Azm: Nuh Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Lima adalah di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu'aib, Ismail dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka adalah Hebrew: Adam, Thith, Idris, Nuh dan Ibrahim a.s. Nabi pertama di kalangan Bani Israel adalah Musa dan yang akhir mereka adalah Isa. Dan kitab yang diturunkan ke atas para nabi seratus empat kitab. Di antaranya diturunkan ke atas Adam lima puluh mashaf, ke atas Idris tiga puluh, ke atas Ibrahim dua puluh, ke atas Musa Taurat, ke atas Isa Injil dan ke atas Muhammad s.a.w adalah al-Furqan .

Muhammad bin Ja'far al-Muaddib, daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada bapanya daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada 'Umar bin Abban daripada sebahagian daripada mereka berkata: Lima di kalangan para nabi adalah Siriyaniyyun: Adam, Thith, Idris, Nuh dan Ibrahim. Lisan Adam adalah berbahasa Arab iaitu bahasa ahli syurga. Apabila beliau menderhaka Tuhannya, lisannya berbahasa Arab Siriyaniyyah.

Beliau berkata: Lima di kalangan mereka adalah berbangsa Hebrew: Ishaq, Ya'qub, Musa, Daud dan Isa. Di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu'aib, Ismail dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka diutus pada zaman yang sama: Ibrahim, Ishaq, Ismail, Ya'qub, dan Lut a.s. Allah telah mengutus Ibrahim, dan Ishaq di bumi al-Muqaddasah. Ya'qub diutus ke Mesir, Ismail ke bumi Jurhum yang tinggal di sekitar Ka'bah selepas 'Amlaq bin Ludin bin Sam bin Nuh. Lut diutus kepada empat bandar: Sodom, 'Amur, San'an, dan Daruma. Tiga di kalangan para nabi terdiri daripada raja: Yusuf, Daud, dan Sulaiman a.s. Dan raja dunia adalah dua mukmin dan dua kafir: Adapun dua orang mukmin adalah Dhu l-Qurnain, dan Sulaiman a.s. Adapun dua orang kafir adalah Nimrud bin Kusy bin Kan'an dan Bakht Nasr . 


Musa Dan Kaumnya Yang Tersesat Jalan

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada Abban daripada Abu Hamzah daripada Abu Ja'far a.s berkata: Apabila Musa telah sampai ke tanah al-Muqaddasah, beliau berkata kepada mereka: Masuklah ke tanah al-Muqaddasah yang telah difardukan Allah kepada kamu, janganlah kamu berpaling belakang, nescaya kamu akan rugi, mereka berkata: Sesungguhnya di dalamnya terdapat kaum yang perkasa. Kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya.

Jika mereka keluar darinya, maka kami akan memasukinya. Dua orang daripada mereka yang takut di mana Allah telah kurniakan nikmat ke atas keduanya berkata: Masuklah kepada mereka melalui pintu, dan apabila kamu memasukinya, maka kamulah yang menang. Mereka berkata: Pergilah kamu, dan Tuhan kamu, serta kamu berdua berperanglah, sesungguhnya kami di sini duduk sahaja.

Beliau berkata: Wahai Tuhanku, aku tidak memiliki selain diriku, dan saudaraku, maka pisahlah di antara kami dan kaum yang fasiq. Manakala mereka enggan memasukinya, maka Allah mengharamkannya ke atas mereka, lalu mereka tersesat pada empat farsakh selama empat puluh tahun di bumi, maka janganlah kamu berputus asa ke atas kaum yang fasiq.

Abu Abdullah a.s berkata: Apabila waktu petang tiba, seorang daripada mereka berkata: Kamu telah menyambut waktu petang untuk musafir, lalu mereka memulai perjalanan mereka di dalam keadaan yang tidak stabil; mereka hanya berpusing-pusing di sekitar rumah mereka sahaja, mereka berkata: Kamu telah tersalah jalan, mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian selama empat puluh tahun, dan diturunkan ke atas mereka Manna dan Salwa sehingga mereka binasa melainkan dua orang lelaki: Yusyu' bin Nun, dan Kalib bin Yufna serta anak-anak mereka yang telah tersesat di kawasan sekitar empat farsakh, apabila mereka mahu memulakan perjalanan,pakaian mereka menjadi terapung-apung.

Beliau berkata: Bersama-sama mereka batu dan apabila mereka bermalam, Musa memukulnya dengan tongkatnya, lalu terpancar dua belas pancutan air, setiap kabilah mempunyai satu pancaran air. Apabila mereka berjalan, air itu kembali memasuki batu itu. Dan batu itu di letakkan di atas binatang kenderaan .

Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Bani Israel supaya memasuki tanah al-Muqaddasah yang Allah memfardukan ke atas mereka, tetapi telah ternyata bahawa anak-anak para nabi telah memasukinya.

Al-Sadiq a.s berkata tentang firman-Nya di dalam Surah Yunus (10): 89 "Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua". Beliau berkata: Ia telah mengambil masa selama empat puluh tahun .

Daripada Abu Basir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Jibrail berkata: Aku telah berkata kepada Tuhanku tentang Fir'aun, maka aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau membiarkannya sedangkan beliau berkata: Aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi, maka Allah berfirman: Yang berkata sedemikian adalah orang seperti kamu (innama yaqulu hadha mithlu-ka).

Daripada Abdullah bin Jundab daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Apabila Musa sampai di laut, maka Fir'aun dan tenteranya telah mengikutinya. Beliau berkata: Kuda Fir'aun telah takut untuk memasuki laut, lantas Jibrail telah menjelma untuknya di atas kereta kuda. Apabila kuda Fir'aun telah melihat kereta kuda, lalu ia mengikutinya, Fir'aun dan para sahabatnya telah memasuki laut, dan mereka tenggelam . 


Para Imam Di Sudut Perintah Dan Larangan Adalah Sama

Daripada Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ziad mereka berdua berkata: Adakah para imam sebahagian mereka lebih alim daripada sebahagian yang lain? Beliau berkata: Ya, ilmu mereka tentang halal , haram, dan tafsir al-Qur'an adalah satu ('ilmu-hum bi l-Halali wa l-Harami wa tafsiri l-Qur'an wahidun) .

Daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus daripada beberapa lelakinya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah melainkan dimulai dengan Rasulullah, kemudian dengan Amir al-Mukminin, kemudian dengan mereka selepasnya supaya ilmu yang akhir mereka di sisi yang pertama mereka (li-yakuna 'ilmu akhiri-him min 'inda awwali-him), dan yang akhir mereka tidaklah lebih alim daripada yang pertama mereka.

Daripadanya, daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu Daud al-Mustariq daripada Tha'labah daripada sebahagian daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah atau Abu Ja'far a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti di atas yang akhir kami (awwalu-na dalilun 'ala akhiru-na). Dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami(wa akhiru-na musaddiqun li-awwali-na). Sunnah pada kami adalah sama (wa al-Sunnah fi-na s.a.wa'). Kerana Allah apabila telah menetapkan satu hukum, maka Dia melaksanakannya.

Daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w dan kami tentang perintah, larangan, halal, dan haram kami menjalankan perkara yang sama (najri majra wahidan). Adapun Rasulullah, dan Ali a.s mempunyai kelebihan mereka berdua. 

Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid, dan Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Yunus bin Ya'qub daripada Abd al-A'la bin A'yan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti ke atas yang akhir kami, dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami, dan Sunnah pada kami adalah sama, sesungguhnya Allah apabila Dia menetapkan hukuman, maka Dia melaksanakannya.

Daripada Ali bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin al-Sanadi, daripada Muhammad bin 'Umru daripada Abu al-Sabah maula Ali Sam, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, aku dan Abu al-Maghra, tiba-tiba seorang lelaki daripada keluarga kulit hitam telah masuk dan berkata: Salam ke atas kamu wahai Amir al-Mukminin rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas anda, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Salam di atas anda dan rahmat Allah ke atas anda.

Kemudian beliau telah menariknya dan mendudukkannya di sisinya; maka aku telah berkata kepada Abu al-Maghra atau Abu al-Maghra berkata kepadaku: Sesungguhnya aku tidak melihat seorang pun yang memberi salam dengan perkataan Amir al-Mukminin melainkan ke atas Amir al-Mukminin Ali a.s. Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Abu al-Sabah, sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat hakikat iman sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang ada pada yang akhir kami adalah apa yang ada pada yang pertama kami. 

Daripada Malik bin 'Atiyyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Adakah para imam berbeza tentang kelebihan mereka? Beliau berkata: Adapun tentang halal, dan haram, maka ilmu mereka adalah sama, tetapi kelebihan mereka berbeza selain daripada itu .

Daripada Ahmad bin 'Umar berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang berlaku pada yang akhir kami adalah apa yang berlaku kepada yang pertama kami, mereka dari segi ketaatan, hujah, halal, dan haram adalah sama, dan bagi Muhammad dan Amir al-Mukminin a.s kelebihan mereka sendiri.

Daripada Ahmad bin 'Umar daripada Abu al-Hasan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali (imam hayyin yu'rafu).

Daripada al-Ridha a.s berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri melainkan dengan imam hidup yang dikenali (inna al-Hujjata la taqumu li-l-Lahi 'ala khalqi-hi illa bi-imam hayyin yu'rafu) .