1."Katakanlah:Aku tidak meminta kepada mu sesuatu upah pun atas seruan ku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan (ku)"
(Allah 'a.w di dalam Surah al-Syura (42) :23)
2."Demi Yang telah mengutus aku dengan kebenaran, sekiranya seorang lelaki berjumpa dengan Allah (mati) bersama amalan tujuh puluh para nabi, kemudian beliau tidak mengakui wilayah kami
Ahlu l-Bait, maka Allah tidak akan menerima amal ibadatnya itu"
(Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah s.a.w)
3"Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan, ia hanya diketahui dan diperakui oleh tiga golongan: Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal atau Mukmin Cerdik yang telah diuji imannya oleh
Allah"
(Imam Ali a.s.)
4."Jika aku memberitahu kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w, maka kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta yang
paling besar".
(Imam Ali a.s)
5."Simpanlah hadis-hadis kami pada benteng-benteng yang kukuh, dada-dada fakih dan di dalam mimpi-mimpi yang tenang"
(Imam Ja'far al-Sadiq)
6."Demi Yang telah membelah biji-bijian dan Yang telah menghidupkan jiwa, sesungguhnya bukanlah pencaci kami yang menjadi halangan dan bukanlah penentang kami yang mengisytiharkan perang
terhadap kami yang lebih membahayakan kepada kami berbanding dengan penyebar hadis kami kepada orang yang tidak boleh menerimanya".
(Imam Ja'far al-Sadiq)
7."Ini adalah buku Al-Ikhtisas (kepakaran) yang telah memenatkan diriku ketika mengumpul, menyusun dan mengarang tentang ilmu Hadis, Khabar, Athar dan Hikayat dalam bentuk pengertiannya
yang luas. Ianya mengandungi pujian kepada mereka tertentu, kelebihan mereka, kemampuan para ulama, martabat dan kefahaman mereka" ? (Al-Syaikh al-Mufid )???