PRAKATA DAN KOMENTAR

Al-Hamdulillahi Rabbi l-'Alamin, kerana dapat menyiapkan terjemahan Khutbah atau Hadis Ghadir Khum, dialog Amir al-Mukminin Ali a.s dengan Abu Bakr, dialog Amir al-Mukiminin Ali a.s dengan Ahli Majlis Syura, dan dialog Imam Hasan b. Ali a.s dengan Mu'awiyah dan rakan-rakannya mengenai Imamah dan khilafah daripada buku al-Ihtijaj yang mengandungi 526 halaman, dua jilid di dalam satu, cetakan Beirut 1983. Diedit oleh al-Sayyid Muhammad al-Baqir al-Musawi al-Khurasan.
Al-Ihtijaj adalah karangan al-'Allamah Abu Mansur Ahmad bin Ali bin Abu Talib al-Tabarsi, mati pada tahun 620 hijrah. Beliau mempunyai beberapa buah karangan, antaranya:
Al-Ihtijaj, al-Kafi fi al-Fiqh, Tarikh al-Aimmah, Fadhl al-Zahra' a.s, Mufakharah al-Talibiyyah, Kitab al-Salat, Taj al-Mawalid, dan lain-lain.
Pemilihan empat tajuk tentang imamah daripada buku al-Ihtijaj yang bererti hujah atau dialog adalah penting kerana ia merupakan punca pertelingkahan umat Islam semenjak kewafatan Rasulullah (S. 'a.w ). Ia perlu dikaji dari berbagai-bagi sudut; al-Qur'an, hadis, dan sejarah dengan hati yang jujur dan minda yang terbuka. Adalah diharapkan agar buku al-Ihtijaj yang mengandungi ribuan hujah Ahl al-Bait a.s dapat diterjemahkan kedalam bahasa Melayu secara keseluruhannya pada masa akan datang.
Di dalam penterjemahan ini saya telah menjadikannya empat bahagian menurut tajuk asal, dan ia khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s atau mazhab Ja'fari atau mazhabh Syi'ah Imam Dua Belas sahaja.
Semoga ia dapat menambahkan lagi keilmuan mereka dan menjadikanya bahan pemikiran sebelum ajal menjemput mereka, amin.