BAHAGIAN KEDUA

Takfir, bacaan amin, sujud, sembahyang di atas rambut dan bulu, sembahyang yang diberhentikan, sembahyang yang boleh diberhentikan, tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat dan lain-lain.


21. Takfir, bacaan amin dan lain-lain

Tidak boleh melakukan takfir34 ketika sembahyang, tidak boleh berkata: Amin35 selepas bacaan al-Fatihah.


22. Sujud

Tidak boleh sujud kecuali di atas tanah (al-Ardh) atau apa yang ditumbuhkan oleh bumi36 kecuali apa yang dimakan atau dipakai.


23. Sembahyang di atas rambut dan bulu

Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu binatang yang dimakan37 dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain.

Adalah lebih baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya. Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan taqiyyah dan darurat.


24. Sembahyang yang diberhentikan-terbatal

Adapun sembahyang38 yang diberhentikan-terbatal antaranya adalah kerana terkeluar angin; apabila ia keluar dari orang yang sedang melakukan sembahyang atau selain daripadanya yang membatalkan wuduk atau dia teringat bahawa dia tidak mempunyai wuduk atau dia mendapati kesakitan [pada anggotanya] atau pukulan39 yang dia tidak mampu menanggungnya atau pendarahan yang banyak daripada hidungnya atau dia berpaling sehingga dia melihat orang di belakangnya.


25. Sembahyang yang tidak boleh diberhentikan-tidak terbatal

Jika sesuatu yang melintasi di hadapannya sama ada ia seekor anjing, seorang perempuan, seekor keldai atau lain-lain, maka sembahyangnya tidak boleh diberhentikan. 


26. Tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat

Tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat (al-Nafilah). Justeru sesiapa yang terlupa atau terlalai di dalam sembahyang sunat, maka dia tidak perlu mengulanginya.


27. Sujud sahwi adalah pada sembahyang fardu sahaja. Dan Syak pada bilangan rakaat.

Sesungguhnya sujud sahwi40adalah pada sembahyang fardu sahaja. Lantaran itu, sesiapa yang terlupa (saha) pada dua rakaat yang pertama, maka hendaklah dia mengulangi sembahyangnya. Sesiapa yang mengesyaki pada sembahyang Maghrib, maka hendaklah dia mengulanginya. Sesiapa yang mengesyaki sembahyang Subuh, maka hendaklah dia mengulanginya. 

Sesiapa yang mengesyaki pada rakaat yang kedua atau rakaat ketiga atau rakaat keempat, maka hendaklah dia menetapkan rakaat yang lebih banyak. Apabila dia memberi salam, maka dia menyempurnakan kekurangan yang disangkakannya41. 

Tidak wajib dua sujud sahwi ke atas musalli melainkan apabila dia berdiri ketika duduk atau dia duduk ketika berdiri atau dia meninggalkan tasyahhud atau dia tidak menyedari sama ada dia telah menambah atau mengurangkan sembahyangnya. 

Kedua-duanya [dilakukan] selepas salam tentang tambah dan kurang dan dibaca di dalamnya: Bismillah wa billah, al-Salamu‘alai-ka ayyuha al-Nabiyyu wa rahmatu llahi wa barakatuh‘ bererti: Dengan nama Allah dan dengan Allah, salam ke atas engkau wahai Nabi, rahmat Allah dan berkat-Nya” Adapun sajdah al-‘Azaaim dibaca: La–ilaha illa llaha haqqan haqqan la ilaha illa llaha imanan wa tasdiqan, la ilaha illa llaha ‘ubudiyyatan wa riqqan sajad-tu la-ka ya Rabb ta‘abbudan wa riqqan la mustankifan wa la mustakbiran bal ana ‘abdun dhalilun khaif mustajir”. Ertinya: Tiada tuhan melainkan Allah, memang benar, memeng benar, tiada tuhan melainkan Allah, satu keimanan dan satu kebenaran, tiada tuhan melainkan Allah, sepenuh ibadat dan perhambaan, tanpa kemegahan dan besar hati, malah aku adalah seorang hamba yang hina dan sentiasa takut” Dia membaca takbir apabila dia mengangkat kepalanya.

Sembahyang seorang hamba tidak diterima melainkan dia menghadapiNya dengan sepenuh hatinya. Mungkin sembyangnya (al-Salat) 42diterima ¼ atau 1/3 atau ½ atau kurang daripada itu atau lebih banyak daripada itu, tetapi Allah menyempurnakannya dengan sembahyang sunat. 28. Syarat menjadi imam sembahyang Orang yang paling layak menjadi imam di dalam sembahyang jema’ah43 adalah orang yang paling pandai membaca al-Qur’an. 

Sekiranya mereka sama di dalam pembacaan al-Qur’an, maka didahulukan orang yang awal hijrah. Sekiranya mereka adalah sama dari segi hijrah, maka yang paling tua didahulukan. Sekiranya mereka di dalam umur adalah sama, maka yang berseri muka di kalangan mereka didahulukan. 

Pemilik masjid adalah paling layak di masjidnya. Sesiapa yang melakukan sembahyang bersama orang ramai sedangkan pada mereka seorang yang lebih alim daripadanya, maka urusan mereka terkebawah hingga hari kiamat. Sembahyang berjema’ah pada hari Jumaat44 adalah fardu yang wajib45 dan pada hari-hari yang lain adalah sunat.

Sesiapa yang meninggalkannya kerana tidak menyukainya dan tidak menyukai jemaah muslimin tanpa sebab, maka tidak ada sembahyang baginya.


29. Mereka yang tidak wajib sembahyang Jumaat

Sembahyang Jumaat46 boleh dikecualikan kepada sembilan orang; kanak-kanak, orang tua, orang gila, musafir, hamba lelaki, perempuan, orang yang sakit, orang yang buta dan orang yang [tinggal] sejauah dua farsakh ( 22 km).


30. Pahala sembahyang berjemaah

Sembahyang berjemaah47 itu lebih baik (afdal) dua puluh lima kali ganda pahala di syurga daripada sembahyang berseorangan.


31. Sembahyang fardu dalam musafir

Sembahyang fardu di dalam musafir adalah dua rakaat melainkan sembahyang Maghrib kerana Rasulullah s.a.w telah meninggalkannya di dalam keadaan sedemikian pada masa musafir dan tidak musafir (hadar). Semua jenis sembahyang sunat siang hari (nawaafil al-Nahar) tidak dilakukan pada masa musafir, tetapi semua jenis sembahyang sunat malam (nawaafil al-Lail) di dalam musafir tidak ditinggalkan. 

Tidak harus (yajuzu) mengerjakan sembahyang malam (salat al-Lail) pada awal malam melainkan dalam musafir. Jika dia mahu, maka adalah lebih baik dia melakukannya pada awal malam.


32. Had musafir

Had musafir yang wajib dilakukan sembahyang qasar dan berbuka puasa adalah lapan farsakh (44 km pergi dan balik). Jika seorang lelaki musafir sejauh empat farsakh (22 km) dan tidak mahu kembali pada hari itu, maka dia boleh membuat pilihan sama ada dia mahu melakukan sembahyang genap atau qasar. Tetapi jika dia mahu pulang pada hari itu juga, maka dia wajib melakukan sembahyang qasar48. 

Sesiapa yang musafirnya adalah kerana maksiat, maka wajiblah ke atasnya melakukan sembahyang genap dan berpuasa di dalam musafir. Orang yang melakukan sembahyang genap dalam musafir adalah seperti orang yang melakukan sembahyang qasar semasa hadar. 


33. Orang yang wajib melakukan sembahyang genap dan berpuasa

Orang yang wajib melakukan sembahyang genap dan berpuasa (al-Tamam fi al-Salat wa al-Saum) di dalam musafir adalah seperti pemandu kenderaan, pembawa barang, penternak dan nelayan kerana itu adalah pekerjaan mereka dan jika pendapatan mereka pula lumayan. 

Tetapi jika pendapatan seseorang itu sekadar mencukupi untuk menanggung keluarganya, maka wajib di atasnya melakukan sembahyang qasar dan iftar (berbuka puasa). 

Kerana tiada kebaikan bagi seseorang berpuasa di dalam musafir secara sukarela (tatawwu‘an). Dan tidak harus bagi yang melakukan iftar di dalam musafir pada bulan Ramadan melakukan persetubuhan (an yujaami‘)49.


34. Bahagian-bahagian sembahyang

Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Kebersihan

2. Rukuk

3. Sujud

Tiada sembahyang50 melainkan dengan kebersihan (tahuur). Wuduk adalah satu kali. Sesiapa yang melakukan wuduk sebanyak dua kali, maka ia adalah harus, tetapi ia tidak diberi pahala. 


35. Air

Air semuanya suci (taahir) sehingga dia mengetahui bahawa ianya adalah kotor. Tidak ada perkara yang akan merosakkan air sekiranya ia mengalir. Tidak mengapa berwuduk dengan air mawar atau menggunakannya untuk mandi junub51. 

Adapun air yang terkena cahaya matahari, maka ia adalah makruh berwuduk dengannya, membasuh atau menggunakannya untuk mandi junub kerana ia akan membawa kepada kanser.


36. Sukatan Air

Sukatan air adalah apabila ia cukup satu karr : Seribu dua ratus kati mengikut ukuran Madinah. Atau tiga jengkal panjang, tiga jengkal lebar dan tiga jengkal dalam. Air telaga adalah bersih selama tidak ada sesuatu yang boleh mengotorinya. Begitu juga air laut adalah bersih.


37. Perkara yang membatalkan wuduk

Tidak ada perkara yang membatalkan wuduk melainkan apa yang terkeluar dari dua jalan; air kencing, birak, angin, air mani dan tidur lena52.


38. Sapu (al-Mashu)

Tidak harus menyapu 53(al-Mashu) di atas serban begitu juga di atas songkok. Tidak harus menyapu di atas khuffain (kasut) dan dua sarung kaki (al-Jaurabain) melainkan mempertahankan diri daripada musuh atau daripada salji yang ditakuti di atas dua kaki, lalu dikira khuffain itu sebagai balutan kemudian disapu ke atas kedua-duanya. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah daripada Nabi s.a.w bahawa beliau s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling berdukacita pada hari Kiamat adalah orang yang melihat wuduknya di atas kulit orang lain.


39. Tayammum

Sesiapa yang tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum 54sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4) :43 “Maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu” Apabila seorang mahu bertayammum, maka hendaklah dia memukul dua tangannya ke bumi satu kali kemudian dia menepuknya (nafada) lalu disapukan dengannya akan mukanya. 

Kemudian dia memukul dengan tangan kirinya, lalu dia menyapukan tangan kanannya daripada siku ke hujung jarinya. Kemudian dia memukul dengan tangan kanannya ke bumi, lalu dia menyapukan dengannya akan tangan kirinya dari siku ke hujung jari. Diriwayatkan bahwa seorang lelaki boleh menyapu dahinya dan dua keningnya serta menyapu ke atas belakang tangannya. Inilah pendapat shedikh-syeikh kami. 


40. Perkara yang membatalkan tayammum

Apa yang membatalkan wuduk, maka ia juga membatalkan taya mmum. Melihat air membatalkan tayammum. Sesiapa yang bertayammum dan bersembahyang kemudian dia mendapati air pada waktu sembahyang atau waktu sembahyang telah tiada lagi, maka dia tidak perlu mengulanginya lagi. Kerana tayammum adalah salah satu perkara bersih yang dibenarkan. 

Lantaran itu, dia hendaklah berwuduk untuk melakukan sembahyang yang lain. Tidak mengapa jika seorang itu bersembahyang dengan satu wuduk untuk sembahyang malam dan siang selama dia tidak berhadas. Begitu juga dengan tayammum selama dia tidak berhadas atau mendapati air. 


41. Mandi

Mandi ada 17 jenis. Mandi pada malam 17 Ramadan, mandi pada malam 19 Ramadan, mandi pada malam 23 Ramadan, mandi pada malam dua hari raya, mandi ketika mahu memasuki dua Haram, mandi ketika ihram, mandi ziarah55, mandi memasuki Ka‘bah, mandi hari Tarwiah, mandi hari Arafat, mandi mayat56, mandi bagi mereka yang memandikan mayat, mengapannya57 atau menyentuhinya selepas ia menjadi sejuk58. Mandi hari Jumaat59, mandi Kusuf (gerhana matahari) apabila ia nampak terbakar sedangkan dia tidak mengetahuinya.

Mandi junub60 adalah fardu. Demikian juga mandi haid kerana Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Mandi junub dan mandi haid adalah satu. Setiap mandi hendaklah dilakukan wuduk pada awalnya selain daripada mandi junub kerana ia adalah fardu. Apabila dua fardu berhimpun, maka yang lebih besarnya memadai daripada yang kecilnya. 

Sesiapa yang hendak mandi junub, maka hendaklah dia bekerja keras membuang kencing bagi megeluarkan saki baki maninya, kemudian dia membasuh kedua tangannya tiga kali sebelum dia memasukkannya ke dalam bekas atau baldi. Kemudian dia melakukan istinja’ dan membersihkan kemaluannya. Kemudian dia meletakkan di atas kepalanya tiga takungan air tapak tangannya. 

Dan mengusap rambutnya dengan anak-anak jarinya sehingga air sampai ke pangkal rambutnya. Kemudian dia mengambil baldi atau bekas dengan tangannya, menyiramkannya di atas kepalanya dan badannya sebanyak dua kali. Kemudian menggosok ke seluruh badannya dengan tangannya. 

Kemudian mengusapkan dua telinganya dengan dua anak jarinya. Setiap tempat yang terkena air, maka ia dikira bersih. Jika dia menyelamkan dirinya ke dalam air kerana mandi junub dengan satu kali selam, maka ia adalah memadai. Jika dia berdiri di dalam hujan sehingga ia membasahi semua badannya, maka ia adalah memadai. 

Sesiapa yang ingin berkumur dan memasukkan air ke dalam kedua lubang hidungnya ketika mandi junub, maka dia boleh berbuat sedemikian, ia bukanlah wajib. Kerana mandi (al-Ghasl) adalah mengikut zahirnya dan bukan batinnya. Tetapi jika dia mahu makan atau minum sebelum mandi junub, maka hendaklah dia membasuh kedua belah tangannya, berkumur dan mengihisap air ke dalam kedua lubang hidungnya -sekiranya dia makan atau minum sebelum mandi junubkerana dikhuatiri terkena kanser.


42. Peluh junub

Apabila peluh junubnya terkena pada kainnya, sekiranya junubnya itu daripada yang halal, maka halallah sembahyang dengannya. Sekiranya peluh junubnya daripada yang haram (zina)61, maka haramlah sembahyang dengannya.


43. Haid.

Sekurang-kurang haid adalah tiga hari dan yang paling banyak adalah sepuluh hari. Sekurang-kurang masa suci adalah sepuluh hari dan yang paling banyaknya adalah tanpa had. 


44. Nifas.

Sekurang-kurang darah nifas yang dilarang mengerjakan sembahyang adalah lapan belas hari atau satu atau dua hari selepas itu melainkan ia bersih sebelumnya. 


45. Zakat.

Zakat adalah wajib di atas sembilan perkara. Biji-bijian gandum (hantah), gandum (al-Sya‘ir), kurma, anggur kering (zabib), unta, lembu, kambing atau biri-biri, emas dan perak. Rasulullah s.a.w telah memaafkan zakat selain daripada perkara tersebut 62.

Tidak boleh dibayar zakat melainkan kepada ahli wilayah. Dan tidak diberi kepada ahli wilayah seperti dua ibu bapa, anak, suami, isteri, hamba yang dimiliki dan setiap orang yang terpaksa ditanggung olehnya.