Bab 10. Sesungguhnya para imam a.s adalah penunjuk

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Penunjuk (anna al-A'immah A.S Hum al-Hudaat)

(71-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar Ibn Suwaid dan Fadhalah bin Ayyub, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah a.w "Dan setiap kaum itu ada orang yang memberi petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Setiap Imam adalah petunjuk kepada kaum pada kurun yang mana beliau berada padanya"

(72)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-'Ajaliy, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan dan setiap zaman ada seorang petunjuk daripada kami yang menunjukkan mereka kepada apa yang dibawa oleh nabi Allah s.a.w. Kemudian penunjuk-penunjuk selepasnya adalah Ali, kemudian para wasi seorang selepas seorang"

(73)-3. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Sa'daan daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s "Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk (al-Haadi). Wahai Abu Muhammad, adakah orang yang memberi petunjuk pada hari ini? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sentiasa ada orang yang memberi petunjuk selepasnya sehingga ia diberikan kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu Muhammad, sekiranya satu ayat itu diturunkan atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati, maka matilah ayat itu dan matilah al-Kitab, tetapi ia (hidayah) masih hidup dan berlaku kepada orang yang masih hidup sebagaimana ia telah berlaku kepada orang yang terdahulu"

(74)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Safwan, daripada Mansur, daripada 'Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja'far a.s mengenai firman Allah "Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk. Demi Allah, ia (hidayah) tidak pergi daripada kami dan ia sentiasa pada kami"