Bab 12. Sesungguhnya para imam a.s adalah khalifah Allah di bumi-Nya dan pintu-pintu-Nya yang didatangi

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Khalifah Allah A.W Di Bumi-Nya Dan Pintu-Pintu-Nya Yang Di Datangi (anna al-A'immah a.s khulafa' Allah fi ardhi-hi wa abwabu-hu al-Lati min-ha yu'ta

(81)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Mas'ud, daripada al-Ja'fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Para imam a.s adalah khalifah Allah a.w di bumi-Nya".

(82)-2. Daripadanya, daripada Mu'alla, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Sulaiman bin Samaa'ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi adalah pintu-pintu Allah a.w yang di datangi. Jika mereka tidak ada, nescaya Allah tidak diketahui dan dengan merekalah Allah telah berhujah ke atas makhluk-Nya"

(83)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah Jalla Jalalah "Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan mereka sebelum mereka berkuasa" Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s."