Bab 14. Sesungguhnya para imam a.s adalah tiang-tiang bumi

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Tiang-Tiang Bumi (anna al-A'immah hum arkaan al-Ardh)

(90)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apa yang dibawa oleh Ali, maka aku menerimanya dan apa yang beliau a.s menegahnya, maka aku meninggalkannya. Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd 'alai-hi fi saghirah au kabirah 'ala hadd al-Syirk bi-llah). 
Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu'ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba'd waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi. Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar). 
Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar) , akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-'Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami' al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana baginda s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku. 
Baginda s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya. Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya"
Al-Hasan bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur al-'Amiy, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Al-Mufadhdhal telah meriwayatkannya kepada kami, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata, kemudian beliau a.s telah menyebut hadis yang pertama.

(91)-2. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi berkata: Sa'id al-A'raj telah memberitahu kepada kami, lalu berkata: Aku dan Sulaiman bin Khalid telah berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, lalu beliau a.s telah mula bercakap dengan kami: Wahai Sulaiman, apa yang datang daripada Amir al-Mukminin a.s, mestilah diterima dan apa yang ditegah olehnya, mestilah dihentikan. 
Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada [hukum-hukum] Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd 'alai-hi fi saghirah au kabirah 'ala hadd al-Syirk bi-llah). 
Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu'ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba'd waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi. 
Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar). Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar), akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-'Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami' al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana beliau s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku. Beliau s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya. 
Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya"

(92)-3. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin al-Hassan berkata: Abu Abdillah al-Riyaahi telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu al-Samit al-Hilwaani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Kelebihan Amir al-Mukminin a.s adalah: Aku menerima apa yang dibawa olehnya dan aku menghentikan apa yang dilarang olehnya. Kewajiban mentaatinya adalah selepas Rasulullah s.a.w seperti ketaatan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kelebihan adalah kepada Muhammad s.a.w.
Orang yang mendahuluinya adalah seperti orang yang mendahului Allah dan Rasul-Nya (al-Mutaqaddim baina yadai-hi ka al-Mutaqaddim 'ala Allah wa Rasuli-hi). Orang yang memikirkan sesuatu melebihi Ali a.s adalah seperti orang yang memikir sesuatu melebihi Rasulullah s.a.w. (al-Mutafadhdhil 'alai-hi ka al-Mutafadhdhil 'ala Rasulillah s.a.w) Orang yang menentangnya sama ada kecil atau besar adalah di atas batas syirik dengan Allah. Kerana Rasulullah s.a.w adalah pintu Allah yang tidak boleh dimasuki melainkan menerusinya dan jalan-Nya yang mana sesiapa yang berjalan akan sampai kepada Allah a.w. Demikianlah keadaan Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya, seorang selepas seorang. Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya, penolong Islam dan ikatannya menurut jalan petunjuk. 
Seorang tidak mendapat hidayah kecuali dengan hidayah mereka dan tidak tersesat orang yang keluar daripada petunjuk kecuali dengan mengabaikan hak mereka. Mereka adalah penjaga ilmu Allah, kemaafan dan peringantan-Nya yang diturunkan. Hujah yang sampai kepada penghuni bumi. Ia akan berlaku kepada yang akhir mereka sebagaimana telah berlaku kepada yang pertama mereka. 
Tidak ada seorangpun akan sampai ke peringkat itu melainkan dengan pertolongan Allah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Akulah pembahagi di antara syurga dan neraka (ana qasiin baina al-Jannah wa al-Nar), akulah al-Faruq yang paling besar, akulah Imam bagi mereka selepasku (al-Imam li-man ba'di) dan pelaksana bagi mereka sebelumku. Tidak seorangpun yang akan mendahuluiku kecuali Ahmad s.a.w . Sesungguhnya aku dan beliau s.a.w di atas jalan yang satu selain beliau s.a.w dipanggil dengan namanya dan aku dikurniakan dengan enam perkara : Ilmu tentang kematian, ilmu tentang bala, ilmu wasiat, ilmu kefasihan bercakap. Sesungguhnya aku adalah sahabat al-Karraat dan pusingan. Akulah sahabat tongkat dan tanda serta al-Daabah yang bertutur dengan manusia"