Bab 19. Apa yang difardukan oleh Allah a.w dan Rasul-Nya s.a.w adalah bersama para imam a.s

Apa Yang Difardukan Oleh Allah A. W Dan Rasul-Nya S.A.W Ke Atas Makhluk-Nya Adalah Bersama Para Imam A.S (ma fardha llahu a.w wa rasalu-hu s.a.w min al-Kaun ma'a al-Aimmati a.s)

(106)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Ahmad bin 'Aidh, daripada Ibn Udhainah, daripada Buraid bin Mu'awiyah al-'Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar" Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ayat itu dimaksudkan.

(107)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentng firman Allah a.w "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar" Beliau a.s telah berkata: Mereka yang benar(al-Sadiqun) adalah para imam a.s dan mereka yang membenarkan mereka (al-Siddiqun) adalah dengan mentaati mereka.

(108)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin 'Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Sa'd bin Tarif, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup seperti kehidupan yang menyerupai kehidupan para nabi dan mati seperti kematian yang menyerupai kematian para syahid dan mendiami taman-taman (syurga) yang ditanamkan oleh Yang Maha Pemurah, maka hendaklah beliau mewalikan Ali dan mewalikan walinya dan mengikuti para imam selepasnya, kerana merekalah keluargaku, mereka diciptakan daripada tanahku. Wahai Tuhanku, kurnialah kepada mereka kefahamnku dan ilmuku. Dan celakalah bagi mereka yang menyalahi "mereka" daripada umatku. Wahai Tuhanku, janganlah syafaatku sampai kepada mereka" (man ahabba an yahya hayatan tusybihu hayata al-Anbiya' wa yamutu maitatan tusybihu maitata al-Syuhadaa' wa yaskunu al-Jinaan al-Lati gharasa-ha al-Rahman fa-yatawalla 'Aliyyan wa-l-Yuwali waliyya-hu wa l-Yaqtadi bi-al-Aimmati man ba'da-hu, fa-inna-hum 'itrati khuliquu min tinati. Allahumma urzuq-hum fahmi wa 'ilmi wa wailun lil-Mukhalifin la-hum min ummatii, Allahumma la tanal-hum syafa'ati).

(109)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam sebuah hadis Kudsi: Penyempurnaan Hujjah-Ku ke atas mereka yang celaka daripada umatmu adalah apabila seorang itu telah meninggalkan wilayah Ali dan mewalikan musuh-musuhnya, mengingkari kelebihannya dan kelebihan para wasinya selepasnya, kerana kelebihanmu adalah kelebihan mereka, ketaatanmu adalah ketaatan mereka, hakmu adalah hak mereka, menderhakaimu adalah menderhakai mereka. Mereka adalah para imam yang memberi petunjuk selepasmu. Rohmu mengalir pada mereka dan roh yang mengalir padamu adalah daripada Tuhanmu. 
Mereka adalah keluargamu daripada tanah (tinah) mu, dagingmu dan darahmu. Sesungguhnya Allah telah mengalirkan pada mereka sunnahmu dan sunnah para nabi sebelummu. Mereka itu adalah penyimpan-penyimpan ilmu-Ku selepasmu. Adalah menjadi hak Aku, sesungguhnya Aku telah memilih mereka, menjadikan mereka ikhlas (kepadaKu) dan Aku pula meredai mereka. Berjayalah orang yang mencintai mereka, mewalikan mereka dan menyerahkan diri kepada mereka kerana kelebihan mereka. Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatangiKu dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, pencinta-pencinta mereka dan mereka yang menyerahkan diri mereka kerana kelebihan mereka.

(110)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abu al-Maghra, daripada Muhammad bin Salim, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku dan memasuki syurga 'Aden yang telah ditanam oleh Allah, Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklan beliau mewalikan Ali bin Abu Talib, mewalikan walinya, memusuhi musuhnya dan menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, kerana mereka adalah keluargaku daripada dagingku dan darahku, Allah telah memberikan kepada mereka kefahamanku dan ilmuku, kepada Allah aku mengadu [urusan] umatku yang mengingkari kelebihan mereka, memutuskan pada mereka perhubunganku. Demi Allah, mereka akan membunuh anak lelakiku , Allah tidak akan membenarkan syafaatku sampai kepada mereka.

(111)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada 'Abd al-Qahhar, daripada Jabir al-Ja'fi, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku, memasuki syurga yang telah dijanjikannya oleh Tuhanku dan berpegang kepada sebatang kayu atau tongkat (al-Qadhib) yang telah ditanam oleh Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklah beliau mewalikan Ali bin Abu Talib a.s dan para wasinya selepasnya kerana mereka tidak akan memasukkan kamu kepada pintu kesesatan dan tidak mengeluarkan kamu daripada pintu petunjuk. 
Janganlah kamu mengajar mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu (fa-la tu'allimuu-hum fa-inna-hum a'lamu min-kum) dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku supaya tidak memisahkan mereka daripada Kitab (al-Qur'an) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di Kolam (al-Haudh) seperti ini-beliau telah memasukkan anak-anak jari kedua-dua tangannya-dan membentangkannya di antara San'a' dan Ilah. Padanya cawan-cawan daripada emas dan perak seperti bilangan bintang-bintang.

(112)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Hasan bin Ziyad, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya keselesaan, kerehatan, kenikmatan, pertolongan, kejayaan, keberkatan, kemuliaan (al-Karamah), keampunan, kemaafan, kesenangan, kegembiraan, keampunan, berdekatan, kemenangan, kekuasaan, harapan dan kasih sayang adalah daripada Allah a.w bagi orang yang telah mewalikan Ali dan mengikutinya, membersihkan dirinya daripada musuhnya, menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, maka berhak ke atasku memasukkan mereka ke dalam syafaatku dan menjadi hak ke atas Tuhanku menyahuti seruanku kepada mereka kerana mereka adalah pengikut-pengikutku, maka sesiapa yang mengikutiku, maka beliau adalah daripadaku".