BaB 2. Tingkatan Para Nabi, Para Rasul Dan Para Imam A.S

Tingkatan Para Nabi, Para Rasul Dan Para Imam A.S (Tabaqat al-Anbiyaa' wa al-Rusul wa al-Aimmah A.S)

(6)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim dan Darst bin Abu Mansur, daripadanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para nabi dan para rasul di atas empat tingkatan: Nabi yang diutus untuk dirinya sahaja tanpa (berdakwah) kepada orang lain; nabi yang melihat (wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara dan tidak melihat malaikat di masa jaga dan di atasnya seorang imam seperti Ibrahim ke atas Lut a.s; nabi yang melihat [wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara melihat malaikat dan diutus kepada satu kumpulan sama ada sedikit atau banyak seperti Yunus sebagaimana Allah telah berfirman kepada Yunus "Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih" 
Beliau a.s telah berkata: Perkataan "lebih" (yazidun) adalah tiga puluh ribu orang dan di atasnya seorang imam; dan nabi yang melihat [wahyu} di dalam mimpinya, mendengar suara dan melihat malaikat semasa jaganya, maka beliau adalah seorang imam seperti Uli al-'Azm. Ibrahim pada mulanya adalah seorang nabi sahaja dan bukanlah seorang imam sehingga Allah telah berfirman "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia" Ibrahim berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim" Lantaran itu, sesiapa yang telah menyembah berhala tidak boleh menjadi imam.

(7)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada mereka yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Zaid al-Syahham berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil dan sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala semuanya berkumpul padanya, Dia telah berfirman "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam" Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku" Allah telah berfirman "Janji-Ku tidak mengenai orang yang zalim" Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang bodoh (al-Safih) tidak boleh menjadi imam yang bertakwa".

(8)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasya'i, daripada Hisyam bin Abu Ya'fur, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Penghulu para nabi dan rasul adalah lima orang; mereka adalah Ulu al-'Azm di kalangan para rasul a.s di atas merekalah batu pengisar para rasul berpusing: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.

(9)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ishaq bin Abd al-Aziz Abi al-Safatij, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah mendegarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Dia mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (teman). Dan Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala Dia mengumpulkan semua perkara untuknya- Beliau a.s telah memegang tangannya-Dia telah berfirman kepada Ibrahim: Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia" Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim"