Bab 20. Sesungguhnya Ahl al-Zikr yang Allah perintahkan makhluk-Nya supaya bertanya kepada mereka merupakan para imam a.s

Sesungguhnya Ahl Al-Zikr Yang Allah Perintahkan MakhlukNya Supaya Bertanya Kepada Mereka Merupakan Para Imam A.S (inna ahl al-Zikr al-Ladhin amara llahu bi-suaali-him hum al-Aimmati a.s)

(113)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Abdullah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Rasulullah s.a.w telah bersabda: Al-Zikr adalah aku dan para imam (a.s) adalah ahl al-Zikr. Dan firman-Nya "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Abu Ja'far a.s telah berkata: Kamilah kaumnya dan kamilah yang dipertanggungjawabkannya [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(114)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudaranya Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" 
Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah Muhammad s.a.w dan kamilah keluarganya yang dipertanggungjawabkan (nahnu ahlu-hu al-Mas'uluun). Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ia dimaksudkan, kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawabkan [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(115)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Beliau a.s telah berkata: Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawab [untuk menjawab soalan-soalan kamu]. Aku telah berkata: Kamulah yang ditanya dan kamilah orang yang mesti bertanya? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Adakah hak kami bertanya kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah hak ke atas kamu menyahuti seruan kami? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Ini terserah kepada kami, jika kami mahu, kami akan melakukannya dan jika kami mahu, kami tidak melakukannya. Tidakkah anda mendengar firman Allah "Inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungjawab" 

(116)-4. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Zikr (peringatan) dan Ahl al-Baitnya a.s adalah yang akan dipertanggungjawab dan merekalah ahl al-Zikr.

(117)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad, daripada Ruba'i, daripada al-Fudhail, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah al-Qur'an, kamilah kaumnya dan kamilah yang akan dipertanggungjawab.

(118)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba al-Ward; saudara lelaki al-Kumait telah datang dan berkata: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, aku telah memilih untuk anda tujuh puluh soalan, tetapi tidak satu pun terlintas di hatiku sekarang. Beliau a.s telah berkata: Tidak satu soalan pun, wahai al-Ward? Beliau telah berkata: Ya, baru sekarang satu soalan terlintas di hatiku. Beliau a.s telah berkata: Apakah dia? Beliau telah berkata: Tentang firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Kami. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kami bertanya kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kamu menyahuti kami? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada kami.

(119)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-'Alaa' bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka di sisi kami menyangka bahawa firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Sesungguhnya mereka itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani. Beliau a.s telah berkata: Jikalau begitu, mereka menyeru kamu kepada agama mereka! Beliau a.s telah berkata dengan tangannya ke dadanya-Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah al-Mas'uluun (yang bertanggungjawab).

(120)-8. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Apa yang wajib ke atas para imam tidak wajib ke atas Syiah mereka dan apa yang wajib ke atas Syiah kami, tidak wajib ke atas kami, Allah telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami. Dia telah berfirman "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Maka Dia telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami dan tidaklah wajib ke atas kami menjawabnya. Jika kami mahu, kami menjawabnya dan jika kami mahu, kami tahan (tidak menjawabnya).

(121)-9. Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr berkata: Aku telah menulis kepada al-Ridha a.s sepucuk surat antara apa yang aku telah menulisnya: Firman Allah a.w ""Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Dan firman Allah a.w "Tidak sepatutnya bagi mereka yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Sesungguhnya difardukan ke atas mereka bertanya dan tidak difardukan ke atas kamu menjawabnya? Beliau a.s telah berkata: Allah telah berfirman "Jika mereka tidak menjawab kepadamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya"