Bab 4. Sesungguhnya al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah Ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam a.s

Sesungguhnya Al-Hujjah Tidak Dapat Diperkukuhkan Untuk Allah Ke Atas Makhluk-Nya Kecuali Melalui Seorang Imam (anna al-Hujjah la taqumu li-llah 'ala khalqi-hi illa bi-imam)

(14)-1. Muhammad bin Yahya al-'Attar, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Daud al-Raqiy, daripada al-'Abd al-Salih berkata: Sesungguhnya Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"
(15)-2. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"

(16)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada 'Ubbad bin Sulaiman, daripada Sa'd bin Sa'd daripada Muhammad bin 'Ammarah, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"

(17)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Muhammad, daripada al-Baraqiy, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah adalah sebelum penciptaan, bersama penciptaan dan selepas penciptaan" (al-Hujjah qabl al-Khlq wa ma'a al-Khalq wa ba'd al-Khalq).