Bab 5. Sesungguhnya bumi tidak pernah sunyi daripada al-Hujjah

Sesungguhnya Bumi Tidak Pernah Sunyi Daripada Al-Hujjah (anna al-Ardh la takhlu min al-Hujjah)

(18)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada al-Husain bin Abi al-'Ala' berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bolehkah bumi ini wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Aku telah berkata: Bolehkan ada dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, melainkan salah seorang daripada mereka berdiam diri (samit).

(19)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abi 'Umair, daripada Mansur bin Yunus dan Sa'dan bin Muslim, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi melainkan padanya seorang imam. Apabila mukminun menambahkan sesuatu, maka beliau mengembalikan mereka kepada kebenaran (radda-hum) dan jika mereka mengurangkan sesuatu, maka beliau menyempurnakannya untuk mereka (atamma lahum).
20)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Rabi' bin Muhammad al-Musalli, daripada Abdullah bin Sulaiman al-'Amiri, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Selagi bumi masih berterusan, maka bagi Allah Hujjah padanya yang memperkenalkan halal dan haram dan menyeru manusia kepada jalan Allah.

(21)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Abi al-'Ala', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah bumi akan wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak.

(22)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada salah seorang daripada dua imam a.s berkata: Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan bumi tanpa seorang alim . Jika ia tidak ada, maka kebenaran tidak akan diketahui daripada kebatilan.

(23)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah adalah lebih mulia dan lebih dihormati dari meninggalkan bumi tanpa seorang imam yang adil (bi-ghairi imam 'adil)

(24)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Usamah dan Hisyam bin Salim daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai sesungguhnya Amir al-Mukmin a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau tanpa Hujjah Engkau".

(25)-8. Ali bin Ibrahim daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, Allah tidak meninggalkan bumi semenjak Adam a.s mati melainkan padanya seorang imam yang mana dengannya [manusia] dapat pertunjuk kepada Allah, beliaulah Hujjah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya. Bumi tidak akan wujud melainkan padanya seorang imam yang menjadi Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya".
(26)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ali bin Rasyid berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi daripada Hujjah dan aku, demi Allah, adalah Hujjah itu"

(27)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa bumi tidak boleh tinggal tanpa seorang imam melainkan Allah memarahi ke atas penduduk bumi atau ke atas hamba-hamba-Nya, maka beliau a.s telah berkata: Tidak, bumi tidak boleh tinggal sedemikian, maka ia akan menjadi lumpur"

28)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdillah al-Mu'min, daripada Abu Harasah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jika seorang imam dibuang dari bumi sekalipun satu jam, nescaya ia akan menggulung penghuninya sebagaimana lautan menggulung penghuninya"

(29)-13. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan bahawa bumi tidak tinggal melainkan Allah memarahi ke atas hamba-hamba-Nya? Beliau a.s telah berkata: Bumi tidak akan tinggal [tanpa seorang imam], jika tidak, ia akan menjadi lumpur"