Bab 8. Fardu mentaati para imam a.s

Fardu Mentaati Para Imam A.S (Fardh ta'at al-A'immah)

(49)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, dariapda Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Puncak segala perkara, ketinggiannya, kuncinya, pintunya dan keredaan Yang Maha Pemurah adalah ketaatan kepada Imam selepas mengetahuinya (Dhirwat al-Amr wa sinamu-hu wa miftahu-hu wa bab al-Asyya' wa Ridha al-Rahman tabaraka wa ta'ala al-Ta'at li-l-Imam ba'da ma'rifati-hi). Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka" 

(50)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya', daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabaah berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Aku naik saksi bahawa Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah (Imam farada llahu ta'ata-hu). Sesungguhnya al-Hasan adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah dan sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah".

(51)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali berkata: Hammad Ibn Uthman telah memberitahu kami, daripada Basyir bin al-'Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah golongan yang mana Allah memfardukan ketaatan kami [kepada makhluk] sedangkan kamu mengikuti seorang yang mana orang ramai tidak dimaafkan tanpa mengetahuinya" (nahnu qaum farada llahu ta'ata-na wa antum ta'tammun bi-man la ya'dhur al-Nas bi-jahalati-hi).

(52)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muahammad, Daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah "Dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar" Beliau a.s telah berkata: Ketaatan yang difardukan (al-Ta'at al-Mafrudah).

(53)-5. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu Khalid al-Qammat, daripada Abu al-Hasan al-'Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi dan para rasul bersyarikat di dalam ketaatan" 

(54)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu al-Sabah al-Kinani, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah golongan yang mana Allah a.w memfardukan ketaatan kami. Al-Anfaal adalah untuk kami, harta yang bersih adalah untuk kami. Kamilah yang teguh dengan ilmu dan kamilah yang didengki sebagaimana firman-Nya "Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kelebihan yang Allah berikan kepada manusia itu" 

(55)-7. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abu al-'Ala' berkata: Aku telah menyebut kepada Abu Abdillah a.s pendapat kami tentang para wasi bahawa ketaatan mereka adalah difardukan, maka beliau a.s telah berkata:Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan Uli Amri di kalangan kamu" Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul dan mereka yang beriman" 

(56)-8. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'ammar bin Khallad, berkata: Seorang Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Ketaatan kepada anda difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau telah berkata lagi: Seperti ketaatan kepada Ali bin Abu Talib a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.

(57)-9. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang para imam adakah kedudukan mereka sama di dalam melaksanakan perintah dan ketaatan? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(58)-10. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Marwak bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin Zaid al-Tabari, berkata: Aku telah berkhidmat dengan al-Ridha a.s di Khurasan dan di sisinya beberapa orang daripada Bani Hasyim. Antaranya Ishaq bin Musa bin Isa al-'Abbasi, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ishaq, berita telah sampai kepadaku bahawa kami mendakwa bahawa semua orang adalah hamba kami, tidak, dengan kekerabatanku dengan Rasulullah s.a.w, aku tidak pernah berkata sedemikian dan aku tidak pernah mendengarnya daripada bapa-bapaku telah berkata sedemikian, tetapi aku telah berkata: Orang ramai adalah hamba-hamba kami dari segi ketaatan (al-Naas 'abidun la-na fi al-Ta'ah) dan mewalikan kami dari segi keagamaan. Lantaran itu, orang yang hadir hendaklah memberitahu kepada orang yang tidak hadir.

(59)-11. Ali bin Ibrahim, daripada al-Salih al-Sanadiy, daripada Ja'far al-Basyir, daripada Abu Salmah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kamilah yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami [ke atas orang lain]. Orang ramai wajib mengetahui kami. Orang ramai tidak dapat mengilak dari tidak mengetahui kami. Sesiapa yang mengetahu kami, maka beliau adalah seorang muslim (man 'arafa-na kana mu'minan). Sesiapa yang mengingkari kami, maka beliau adalah seorang kafir (man Ankara-na kana kafiran). Sesiapa yang tidak mengingkari kami, maka beliau adalah seorang yang sesat (kana dallan) sehingga beliau kembali kepada pertunjuk yang mana Allah mewajibkan ke atasnya mentaati kami. Sekiranya beliau mati di atas kesesatannya, maka Allah akan melakukan [kepadanya] apa yang Dia mahu"

(60)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah a.w? Beliau a.s telah berkata: Perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah adalah mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan mentaati Uli Amri-Nya. Abu Ja'far a.s telah berkata: Kecintaan kepada kami adalah keimanan dan kebencian kepada kami adalah kekufuran (hubbub-na iman wa baghdu-na kufr).

(61)-13. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Bolehkah aku membentangkan kepada anda agamaku yang mana aku mempecayai Allah dengannya? Maka beliau a.s telah berkata: Beritahulah kepadaku, maka aku telah berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada bagi-Nya sekutu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Mengakui apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dari sisi-Nya. Sesungguhnya Ali adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatan kepadanya. Kemudian al-Hasan adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian al-Husain sebagai seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian selepasnya Ali bin al-Husain seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya sehingga urusan berakhir kepadanya. Kemudian aku telah berkata: Anda mudah-mudahan dihormati Allah? Beliau a.s telah berkata: Inilah agama Allah dan agama para malaikat-Nya"

(62)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada beberapa sahabat Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Amir al-Muminin a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa bersahabat dengan orang alim dan pengikut-pengikutnya merupakan agama Allah yang dipercayai, ketaatan kepadanya menambahkan kebaikan, menghilangkan kejahatan, [beliau adalah] simpanan mukminin, dapat meninggikan kedudukan dan kebaikan mereka selepas kematian".

(63)-15. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan dan sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul. 
Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah al-Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur'an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur'an, maka aku telah dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah daripada al-Qur'an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur'an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru apa yang dikatakannya itu adalah benar.
Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur'an? Mereka telah berkata: Ibn Mas'ud telah mengetahuinya, 'Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur'an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas'ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain ('Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan Ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur'an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta'atu-hu muftaradah) Justeru beliau adalah al-Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w. 
Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur'an adalah benar. Imam Ja'afar a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda. Lalu aku telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak tidak mati melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Hujjah selepas Ali adalah al-Hasan bin Ali. Aku naik saksi bahawa di atas al-Hasan bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana telah dilakukan oleh bapanya dan datuknya. Sesungguhnya al-Hujjah selepas al-Hasan adalah al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah difardukan. Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda. 
Kemudian aku telah mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas al-Husain a.s bahawa beliau a.s tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Ali bin al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah fardu, maka beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda. Maka aku mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas Ali bin al-Husain bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Muhammad bin Ali Abu Ja'far a.s dan ketaatan kepadanya adalah difardukan. 
Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda sehingga aku mengucupnya, lalu beliau a.s tersenyum. Aku telah berkata: Aslahaka-llah, sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa bapa anda tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh bapanya. Aku naik saksi bahawa anda adalah Hujjah dan ketaatan kepada anda adalah difardukan, lalu beliau a.s telah berkata: Cukuplah, Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda supaya aku mengucupnya, maka aku pun mengucup kepalanya, maka beliau a.s telah tersenyum sambil berkata: Tanyalah kepadaku apa yang anda mahu, aku tidak akan menentang anda selepas hari ini untuk selama-lamanya"

(64)-16. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhariy, dariapada al-Husain bin Abu al-'Ala' berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah ketaatan kepada para wasi difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah "Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu" . Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk" 

(65)-17. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hammad, daripada Abd al-A'la berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mendengar dan mentaati adalah pintu-pintu kebaikan, orang yang mendengar lagi mentaati tidak ada hujah bagi menentangnya. Tiada hujah ke atas orang yang mendengar dan menderhakai. Dan hujah Imam muslimin akan sempurna pada hari beliau berjumpa dengan Allah "Pada hari itu, kami akan menyeru orang ramai dengan imam mereka"