Bab 82. Bab makruh menetapkan waktu

Bab Makruh Menetapkan Waktu (bab karahiyyati al-Tauqit)

(508)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menetapkan waktu (waqqata) dalam urusan ini (imamah)pada tujuh puluh, tetapi apabila al-Husain a.s telah dibunuh, kemurkaan Allah a.s telah bertambah ke atas penduduk bumi, lalu Dia telah menangguhkannya kepada seratus empat puluh. Kami telah memberitahu kepada kamu tentangnya, tetapi kamu telah menyebarkan percakapan ini dan kamu mendedahkan rahsianya. Lantaran itu, Allah tidak menjadikan untuknya selepas itu waktu [yang ditetapkan] di sisi kami [semuanya boleh berlaku kerana] "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan [apa yang Dia kehendaki] dan bagi-Nyalah Umm al-Kitab" 
Abu Hamzah berkata: Aku telah menceritakannya kepada Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Ia telah berlaku sedemikain.

(509)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Muhzam telah datang kepadanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beritahulah kepadaku tentang urusan ini yang kita nanti-nantikan, bilakah ia? Beliau a.s telah berkata: Wahai Muhzam, telah berbohonglah mereka yang telah menetapkan waktu (al-Waqqatun), binasalah mereka yang gopoh (wa-halaka al-Musta'jilun) dan berjayalah mereka yang telah menyerahkan diri mereka [di dalam perkara ini].

(510)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang al-Qaim a.s, maka beliau a.s telah berkata: Mereka yang menetapkan waktu telah berbohong, kami Ahlu l-Bait, tidak menetapkan waktu.

(511)-4. Ahmad dengan sanad-sanadnya berkata: Beliau telah berkata: Allah telah enggan selain dari menyalahi waktu yang mereka telah tetapkan.

(512)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Khazzai, daripada 'Abd al-Karim bin Umar al-Khath'ami, daripada al-Fadhl bin Yasar, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata: Adakah urusan ini ada waktunya [yang ditetapkan]? Maka beliau a.s telah berkata: Mereka yang telah menetapkan waktunya telah berbohong. Sesungguhnya Musa a.s apabila telah keluar kepada Tuhannya, beliau a.s telah menjanjikan mereka tiga puluh hari. Manakala Allah telah menambahkannya sepuluh hari lagi, maka kaumnya berkata: Sesungguhnya Musa telah menyalahi kami, lalu mereka telah buat apa yang mereka telah buat. Justeru apabila kami menceritakan hadis kepada kamu, maka ia berlaku sebagaimana kami telah ceritakan kepada kamu tentangnya, maka katakanlah: Allah telah benar. Dan apabila kami menceritakan hadis kepada kamu, tetapi ia berlaku menyalahi apa yang kami telah menceritakan kepada kamu, maka katakanlah: Allah telah benar, nescaya kamu diberi pahala dua kali .

(513)-6. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Sayyari, daripada al-Hasan bin Ali bin Yaqtin, daripada saudaranya al-Husain, daripada bapanya Ali bin Yaqtin berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata kepadaku: Syiah dididik dengan angan-angan semenjak dua ratus tahun, beliau telah berkata: Yaqtin telah berkata kepada anak lelakinya Ali bin Yaqtin: Apa yang telah dikatakan kepada kami telah berlaku dan apa yang telah dikatakan kepada kamu, masih tidak berlaku? Beliau telah berkata: Maka Ali telah berkata kepadanya: Sesunggunya apa yang telah dikatakan kepada kami dan kamu adalah dari tempat yang satu, hanya urusan kamu telah berlaku, justeru, kamu diberikan [pahala] dengan percuma sebagaimana ia dikatakan kepada kamu. 
Dan sesungguhnya urusan kami belum berlaku, lantaran itu, kami telah mencari alasan dengan angan-angan. Jika dikatakan kepada kami: Sesungguhnya urusan ini tidak akan berlaku melainkan kepada dua ratus tahun atau tiga ratus tahun [lagi], nescaya hati-hati telah menjadi keras dan orang ramai telah murtad daripada Islam, tetapi mereka telah berkata: "Alangkah cepatnya dan alangkah dekatnya" masa berlalu [semata-mata] kerana menjinakkan hati manusia dan mendekatkan [mereka] kepada kejayaan.

(514)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma'il al-Anbari, daripada al-Husain bin Ali, daripada Ibrahim bin Muhzam, daripada bapanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami telah menyebut di sisinya tentang raja-raja keluarga polan, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya orang ramai telah binasa kerana kegopohan mereka tentang urusan ini. Sesungguhnya Allah tidak akan gopoh kerana kegopohan hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya urusan ini ada matlamatnya yang akan berakhir. Jika mereka diberitahu [tentangnya], nescaya mereka tidak akan dipercepat atau diperlewatkan [kehadiran mereka] meskipun seketika.