Bab 83. Bab pemeriksaan dan ujian

Bab pemeriksaan Dan Ujian (bab al-Tamhis wa-al-Imtihan)

(515)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ya'qub al-Sarraj dan Ali bin Ri'ab, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s manakala dibaiah selepas pembunuhan Uthman, telah menaiki mimbar masjid, lalu memberi khutbah yang berbunyi: Sesungguhnya ujian [bala] kamu telah kembali sebagaimana pada hari yang Allah telah mengutus Nabi-Nya s.a.w. Dialah yang telah mengutusnya dengan kebenaran supaya kamu berbicara dengan telus (tanpa kekeliruan) dan kamu menapis [kata-kata kamu] dengan tapisan sehingga mereka yang terkebawah akan mengembalikan mereka yang di atas dan begitulah sebaliknya, hendaklah didahulukan mereka yang telah bertanding [tetapi tidak berjaya] kerana mereka telah dihalang dan mereka yang telah bertanding [dan menang] hendaklah dihalang kerana mereka telah menang. Demi Allah, aku tidak menyembunyikan satu tandapun dan aku tidak berbohong meskipun satu pembohongan. Sesungguhnya aku telah diberitahu tentang kedudukan ini pada hari ini.

(516)-2. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma'il al-Anbari, daripada al-Husain bin Ali, daripada Abi al-Maghra, daripada ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Neraka wail bagi Arab yang zalim, daripada urusan yang telah hampir, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berapakah bilangan Arab bersama al-Qaim? Beliau telah berkata: Bilangan mereka adalah sedikit. Aku telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka yang menceritakan tentang urusan ini di kalangan mereka adalah ramai. Beliau telah berkata: Orang ramai mestilah memeriksa, menilai, menapis dan mengeluarkan daripada tapisan itu makhluk yang ramai.

(517)-3. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Sairafi, daripada Ja'far bin Muhammad al-Saiqal, daripada bapanya, daripada al-Mansur berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Mansur, sesungguhnya urusan ini tidak akan datang kepada kamu melainkan selepas putus asa dan tidak, demi Allah, sehingga kamu menilai dan tidak, demi Allah, sehingga kamu memeriksa dan tidak, demi Allah, sehingga celakalah mereka yang celaka dan bahagialah mereka yang bahagia.

(518)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Apakah itu fitnah? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, fitnah di sisi kami adalah ujian di dalam agama. Beliau a.s telah berkata: Mereka menguji sebagaimana emas diuji. Kemudian beliau a.s telah berkata: Mereka membersih sebagaimana emas dibersihkan.
(519)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Sulaiman bin Salih bahawa beliau telah meriwayatkannya secara marfu' daripada Abu Ja'far a.s berkata: Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya hadis kamu ini akan menjemukan hati mereka. Sesiapa yang mengakuinya, maka tambahlah ia dan sesiapa yang mengingkarinya, maka tinggallah ia. Sesungguhnya fitnah pasti akan berlaku, setiap kawan akan terjatuh padanya sehingga akan terjatuh padanya mereka yang membelah rambut kepada dua sehingga tiada yang akan tinggal kecuali kami dan Syiah kami.

(520)-6. Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Muhammad bin Mansur al-Saiqal, daripada bapanya berkata: Aku, al-Harith al-Mughirah dan sekumpulan jemaah kita telah duduk, sedang Abu Abdillah a.s mendengar percakapan kami, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Kamu berbincang tentang apa? Alangkah jauhnya, alangkah jauhnya!! Tidak, demi Allah, ia tidak akan terjadi sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu menilai[nya], tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu memeriksa [nya]. Tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga kamu dapat menilai[nya]. Tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang melainkan selepas putus asa, tidak, demi Allah, ia tidak akan berlaku sejauh mana mata kamu memandang sehingga celakalah mereka yang celaka dan bahagialah mereka yang bahagia.