Bab 84. Sesungguhnya sesiapa yang telah mengetahui imamnya, maka cepat atau lewatnya urusan ini, tidak akan memudaratkannya

Sesungguhnya Sesiapa Yang Telah Mengetahui Imamnya, Maka Cepat Atau Lewatnya Urusan Ini, Tidak Akan Memudaratkannya (Inna-hu man 'Arafa imama-hu lam yadhurru-hu taqaddumu hadha al-Amr au taakhhuru)

(521)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Zurarah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, sesungguhnya anda jika anda telah mengenalinya, maka cepat atau lewatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda.

(522)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Suatu hari Kami menyeru setiap umat dengan pemimpinnya" Maka beliau a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, kerana anda apabila anda telah mengenali imam anda, cepat atau lampat urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesiapa yang telah mengenali imamnya, kemudian beliau telah mati sebelum kedatangan sahaib hadha al-Amr (sahabat urusan ini) adalah seperti kedudukan mereka yang telah berada di dalam kem askarnya, tidak, malah seperti kedudukan mereka yang telah berada di bawah benderanya, beliau telah berkata: Sebahagian sahabatnya berkata: [Beliau] adalah seperti kedudukan mereka yang telah mati syahid bersama Rasulullah s.a.w.

(523)-3. Ali bin Muhammad yang telah meriwayatkannya secara marfu', daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bilakah kejayaan (al-Faraj)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Basir, anda di kalangan mereka yang mahu dunia? Siapa yang telah mengetahui urusan ini, maka sesungguhnya beliau telah mendapat kejayaan daripadanya kerana penantiannya.

(524)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Isma'il bin Muhammad al-Khaza'i berkata: Abu Basir telah bertanya Abu Abdillah a.s sedang aku mendengarnya, lalu beliau telah berkata: Adakah anda melihat aku akan mendapati al-Qaim a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Basir, adakah anda mengetahui imam anda? Maka beliau telah berkata: Ya, demi Allah, andalah dia-Beliau telah memegang tangannya-maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, anda tidak peduli, wahai Abu Basir, jika anda tidak menghunus pedang anda di bayangan al-Qaim a.s.

(525)-5. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Muhammad bin Marwan, daripada Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mati, sedang beliau tidak ada imam, maka kematiannya seperti kematian jahiliyah. Sesiapa yang telah mati, sedang beliau mengetahui imamnya, maka cepat atau lewat urusan ini tidak akan memudaratkannya. Sesiapa yang telah mati, sedang beliau mengetahui imamnya, maka beliau adalah seperti mereka yang berada bersama al-Qaim di kemnya.

(526)-6. Al-Husain bin Ali al-'Alawi, daripada Sahl bin Jumhur, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada al-Hasan bin al-Husain al-'Arani, daripada Ali bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak mudarat seorang yang telah mati kerana menanti urusan kami kerana beliau [sepertilah] seorang yang telah mati di tengah kem al-Mahdi a.s dan askarnya.

(527)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kenalilah al-'Allamah (imam), kerana apabila anda telah mengenalinya, maka cepat atau lewatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesungguhnya Allah berfirman: "Suatu hari Kami akan menyeru setiap manusia dengan imam mereka" Justeru, sesiapa yang telah mengenali imamnya adalah seperti orang yang telah berada di kem al-Mahdi al-Muntazar.