Bab 85. Sesiapa yang telah mendakwa imamah, tetapi beliau tidak mempunyai kelayakan dan sesiapa yang telah mengingkari para imam a.s atau sebahagian daripada me

Sesiapa Yang Telah Mendakwa Imamah, Tetapi Tidak Mempunyai Kelayakan Dan Sesiapa Yang Telah Mengingkari Para Imam A.S Atau Sebahagian Daripada Mereka Dan Sesiapa yang Telah Menetapkan Imamah Kepada Orang Yang Tidak Mempunyai Kelayakan (man idda'aa al-Imamata wa-laisa la-ha bi-ahlin wa-man jahada al-Aimmata au ba'dha-hum wa man athbata al-Aimmata li-man laisa la-ha bi-ahlin)

(528)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abi Salam, daripada Surat bin Kulaib, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah: "Dan pada hari Kiamat kamu akan melihat mereka yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam" ? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang imam, tetapi beliau bukanlah seorang imam" Aku telah berkata: Sekalipun beliau seorang keturunan 'Alawi? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau seorang keturunan 'Alawi. Aku telah berkata: Sekalipun beliau daripada anak-anak lelaki Ali bin Abu Talib a.s? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau daripada anak-anak lelaki Ali bin Abu talib a.s.

(529)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban, daripada al-Fudhail, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mendakwa imamah, tetapi beliau bukanlah daripada ahlinya, maka beliau adalah seorang kafir".

(530)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman, daripada al-Husain bin al-Mukhtar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tentang firman-Nya: "Dan pada hari Kiamat kamu akan melihat mereka yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam" ? Beliau a.s telah berkata: Setiap orang yang telah menyangka bahawa beliau seorang imam, tetapi beliau bukan seorang imam". Aku telah berkata: sekalipun beliau seorang [daripada] keturunan Fatimah dan Ali a.s ? Beliau a.s telah berkata: Sekalipun beliau seorang [daripada] keturunan Fatimah dan Ali a.s.

(531)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Daud al-Himar, daripada Ibn Abi Ya'fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tiga orang yang Allah tidak akan bercakap pada hari Kiamat dan Dia tidak akan membersihkan [dosa] mereka dan bagi mereka azab yang pedih: Sesiapa yang telah mendakwa imamah daripada Allah, tetapi ia bukanlah untuknya, sesiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah dan sesiapa yang telah berpendapat bahawa mereka berdua (Abu Bakr dan Umar) mempunyai nasib [menjadi khalifah] di dalam Islam .

(532)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Yahya saudara lelaki Adim, daripada al-Walid bin Sabih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan ini tidak akan mendakwanya selain daripada tuannya kecuali Allah memusnahkan umurnya.

(533)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berkongsi bersama seorang imam yang mana imamahnya adalah di sisi Allah dengan seorang yang mana imamahnya bukan daripada Allah, maka beliau adalah seorang musyrik dengan Allah (man asyraka ma'a imam imamata-hu min 'andi llah man laisat imamatu-hu mina llah kana musyrikan bi-llah).

(534)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismai'il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Seorang lelaki telah berkata kepadaku: Kenalilah [imam] yang pertama daripada para imam kerana ia tidak akan memudaratkan anda jika anda mengenali [imam) yang pertama. Beliau telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Allah telah melaknati lelaki ini, sesungguhnya aku memarahinya dan aku tidak mengenalinya. Tidak dikenali [imam] yang akhir melainkan dengan [imam] yang pertama.

(535)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan berkata: Aku telah bertanya Musa al-Kazim a.s, daripada para imam a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mengingkari seorang [imam] daripada mereka yang hidup, maka beliau telah mengingkari mereka yang mati.

(536)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa'id, daripada Abi Wahab, daripada Muhammad bin Mansur berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang firman Allah: "Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji" Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? Beliau a.s telah berkata: Adakah anda telah melihat seorang yang telah berpendapat bahawa Allah telah menyuruh[nya] berzina, meminum arak atau sesuatu daripada perkara-perkara yang diharamkan? 
Maka aku telah berkata: Tidak, maka beliau a.s telah berkata: Apakah perkara keji (al-Fahisyah) yang mereka mendakwa bahawa Allah telah menyuruh mereka dengannya? Aku telah berkata: Allah lebih mengetahuinya dan wali-Nya. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ayat ini tentang para imam yang zalim (aimmati al-Jaur). Mereka telah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh mereka supaya mengikuti kaum (para imam) yang mana Allah tidak menyuruh mereka mengikuti mereka. Justeru, Allah telah menolak mereka dengan alasan tersebut, lalu memeberitahu kepada mereka bahawa mereka telah berkata dusta ke atas-Nya. Kemudian Dia menamakan keadaan mereka sedemikian dengan perkara keji (fahisyah).

(537)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Abi Wahab, daripada Muhammad bin Mansur berkata: Aku telah bertanya seorang hamba yang saleh (Musa al-Kazim a.s) tentang firman Allah: "Katakanlah:Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi" Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Qur'an ada [makna] zahir dan batin. Justeru, semua yang telah diharamkan oleh Allah di dalam al-Qur'an adalah zahir dan batinnya adalah para imam yang zalim. Semua yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam al-Qur'an adalah zahir dan batinnya adalah para imam yang benar.

(538)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada 'Umru bin Thabit, daripada Jabir, berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah: "Dan di antara manusia ada mereka yang menyembah selain Allah (jadi) tandingan-Nya, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah" Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, mereka adalah para wali polan dan polan . Mereka telah mengambil "mereka" sebagai para imam, bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia. 
Lantaran itu, Dia telah berfirman: "Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya. Ketika mereka yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah mereka yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas diri dari kami" Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka" Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, mereka, wahai Jabir, adalah para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.

(539)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abu Daud al-Mustariqq, daripada Ali bin Maimun, daripada Ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tiga orang Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari Kiamat dan tidak akan membersihkan[dosa] mereka dan bagi mereka azab yang pedih: Orang yang telah mendakwa imamah daripada Allah, tetapi ia bukan untuknya, orang yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah dan orang yang telah berpendapat bahawa mereka berdua [menjadi khalifah] adalah kerana nasib di dalam Islam.