Bab 89. Perkara yang wajib bagi manusia ketika matinya imam a.s

Perkara Yang Wajib Bagi Manusia Ketika Matinya Imam A.S (ma yajibu 'ala al-Naasi 'inda mudhiyyi al-Imam)

(553)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Ya'qub bin Syu'aib berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apabila sesuatu telah berlaku kepada seorang imam, bagaimana orang ramai akan buat? Beliau a.s telah berkata: Di manakah firman Allah a.w: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Beliau a.s telah berkata: Mereka dimaafkan selama mereka masih menuntut[ilmu] dan begitu juga mereka yang sedang menanti mereka [yang sedang menuntut ilmu] adalah dimaafkan sehingga para sahabat mereka kembali kepada mereka.

(554)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin 'Abd al-Rahman berkata: Hammad telah memberitahu kepadaku, daripada 'Abd al-Rahman al-'Alaa' berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang pendapat umum: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka beliau telah mati [seperti] kematian jahiliyah" (man maata wa-laisa la-hu imam, maata maitatan jahiliyyatan" Maka beliau a.s telah berkata: Benar, demi Allah. Aku telah berkata: Sesungguhnya seorang imam telah mati sedang seorang lelaki di Khurasan tidak mengetahui siapakah wasinya, adakah ia dimaafkan? 
Beliau a.s telah berkata: Tidak dimaafkan, sesungguhnya apabila seorang imam telah mati, hujah wasinya telah berlaku (efektif) di atas orang yang bersamanya di negari itu dan hak golongan tertentu pula menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir ketika kematiannya. Sesungguhnya Allah a.w berfirman: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Aku telah berkata: Satu golongan telah pergi, maka sebahagian mereka telah mati sebelum mereka sampai [di tempat] untuk memberitahukannya [kepada orang ramai]? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w berfirman: "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah" 
Maka aku telah berkata: Sebahagian mereka telah sampai ke tempat itu, tetapi mereka telah mendapati anda menutup pintu anda, menutup tirai anda, anda tidak menyeru mereka kepada diri anda dan tiada orang yang akan menunjukkan mereka kepada anda. Justeru bagaimana mereka akan mengetahui perkara itu? Beliau a.s telah berkata: Dengan Kitab Allah yang diturunkan, aku telah berkata: Bagaimana dengan firman Allah? Beliau a.s telah berkata: Aku berpendapat anda telah bercakap tentang perkara ini sebelum hari ini, aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah menyebut apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Ali a.s dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w daripada wasiatnya kepadanya. Perlantikannya, apa yang akan menimpa mereka, pengakuan al-Hasan dan al-Husain di atas perkara tersebut, wasiatnya kepada al-Hasan dan penerimaan al-Husain untuknya dengan firman Allah: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah" 
Aku telah berkata: Sesungguhnya orang ramai telah bercakap tentang Abu Ja'far a.s dan mereka berkata: Bagaimana anda telah melangkahi atau mendahului anak-anak lelaki bapanya yang mempunyai kerabat seumpamanya, orang yang lebih muda daripadanya dan anda telah menghadkan [nya] kepada orang yang lebih muda daripadanya, maka beliau telah berkata: Sahabat urusan ini (imam) dikenali dengan tiga perkara yang tidak ada pada orang lain, beliaulah orang yang paling layak (aula) mengikut orang (imam) sebelumnya dan beliaulah wasinya dan di sisinya senjata Rasulullah s.a.w dan wasiatnya yang ada di sisiku, aku tidak pertikaikan tentangnya. Aku telah berkata: Sesungguhnya perkara itu adalah tersembunyi kerana takutkan sultan?
Beliau a.s telah berkata berkata: Beliau tidak akan berada di dalam persembunyian melainkan baginya hujah yang zahir. Sesungguhnya bapaku telah meminta aku supaya menyimpan apa yang ada di sana. Manakala tiba kematiannya, beliau telah berkata kepadaku: Panggillah beberapa orang saksi untukku, lalu aku telah memanggil empat orang saksi daripada Quraisy. Di antara mereka ialah Nafi' maula Abdullah bin Umar, beliau telah berkata: Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya'qub kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali di dalam memeluk agama Islam" . Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada anak lelakinya Ja'far bin Muhammad dan memerintahkannya supaya mengapankannya dengan burdah yang digunakan di dalam sembahyang jemaah dan memakaikan [di kepala]nya dengan serbannya, kuburnya diratakan dan ditinggikannya sebanyak empat jari. 
Kemudian ia dikosongkan daripadanya. Maka beliau telah berkata: Tutuplah, kemudian beliau telah berkata kepada para saksi: Pulanglah, Semoga kamu dirahmati Allah. Maka aku telah berkata kepadanya selepas mereka pulang: Bukan ini, wahai bapaku, anda menjadi saksi ke atasnya? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Bahawa beliau [anda] tidak diwasiatkan, justeru, aku mahu anda mempunyai hujah; apabila seorang lelaki datang ke suatu negeri dan berkata: Siapakah wasi polan, dikatakan: Polan, aku telah berkata: Bolehkah wasiat dikongsi? Beliau (perawi) berkata: Kamu bertanyalah kepadanya a.s, kerana beliau akan menerangkannya kepada kamu.

(555)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aslaha-ka llahu, aduan kamu telah sampai kepada kami dan kami bersimpati dengannya, jika anda telah memberitahu kepada kami atau anda telah mengajar kami, siapa orangnya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang yang alim dan ilmu [boleh] diwarisi. Justeru, seorang alim tidak mati melainkan akan tinggal selepasnya orang yang mengetahui seperti ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah, aku telah berkata: Adakah orang ramai dimaafkan apabila orang alim (imam) telah mati, sedang mereka tidak mengetahuinya (imam) selepasnya? 
Beliau telah berkata: Adapun penduduk negeri ini, maka ia adalah tidak-Iaitu Madinah-Adapun negeri-negeri lain mengikut jarak perjalanan mereka. Sesungguhnya Allah berfirman: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Aku telah berkata: Apa pendapat anda tentang orang yang telah mati pada ketika itu? Beliau telah berkata: Beliau adalah seperti kedudukan orang yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian beliau mati, maka pahalanya adalah di atas Allah. Aku telah berkata: Apabila mereka telah datang, bagaimana mereka [dapat] mengetahui sahabat (imam) mereka? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan memberi ketenangan, keamanan dan kehebatan [kepada mereka].