Bab 103. Apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w tentang rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan mereka dan siapakah mereka?

Apa Yang Diperintahkan Oleh Nabi S.A.W Tentang Rujukan Nasihat Kepada Para Imam Muslimin Dan Penyertaan Jemaah Mereka Dan Siapakah Mereka? (ma amara al-Nabi s.a.w bi-al-Nasihati li-aimmati al-Muslimin wa-al-Luzum ilaa jamaa'ati-him wa-man-hum?)

(625)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Ibn Abi Ya'fur, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah di masjid al-Khaif, maka baginda s.a.w bersabda: Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya, menghafaznya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak pernah mendengarnya, kemungkinan pembawa ilmu itu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat.
Hammad bin Uthman telah meriwayatkannya juga, daripada Abban, daripada Ibn Abi Ya'fur seumpamanya dan telah menambahkan padanya [perkataan]: Dan mereka adalah satu tangan ke atas sesiapa selain daripadanya. Dan beliau telah menyebut di dalam hadisnya bahawa baginda s.a.w telah memberi khutbah pada Hajjat al-Wida' (haji perpisahan) di Mina di masjid al-Khaif.

(626)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada sabahagian sahabat kami, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada seorang lelaki Quraisy daripada Makkah berkata: Sufyan al-Thauri berkata: Pergilah anda bersama kami kepada Ja'far bin Muhammad, beliau telah berkata: Akupun telah pergi bersamanya kepadanya, maka kami telah mendapatinya telah menaiki kenderaannya, lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, ceritalah kepada kami hadis khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif, beliau a.s telah berkata: Tinggallah aku sehingga aku pergi mendapatkan hajatku sesungguhnya aku menaiki [kenderaanku], maka apabila aku pulang, aku akan menceritakannya kepada anda, maka beliau telah berkata: Aku bertanya anda tentang kekerabatan anda dengan Rasulullah s.a.w, anda belum menceritakannya kepadaku, beliau telah berkata: Beliaupun telah turun[dari kenderaannya]. 
Lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Bawakan kepadaku pensil dan kertas sehingga aku menulisnya, lalu beliau telah menyeru dengannya, kemudian beliau a.s telah berkata: Tulislah: Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif: "Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak sampai kepadanya sabdanya: "Wahai manusia, hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir dan kemungkinan pembawa ilmu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat". 
Justeru, Sufyan telah menulisnya, kemudian beliau telah membentangkanya kepadanya dan Abu Abdillah a.s telah [pergi] menaiki [kenderaannya]. Aku dan Sufyan telah datang, manakala kami telah berada di sebahagian jalan, beliau telah berkata kepadaku [berdirilah] di tempat anda [sekarang] sehingga aku melihat kepada hadis ini, maka aku telah berkata kepadanya: Demi Allah, Abu Abdillah telah mewajibkan tengkuk anda sesuatu , ia tidak akan hilang dari tengkuk anda selama-lamanya, maka beliau telah berkata: Apakah itu? 
Maka aku telah berkata kepadanya: Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, kami telah mengetahuinya, harapan kebaikan kepada para imam muslimin, siapakah para imam yang wajib ke atas kita merujuk kepada kebaikan mereka? Mu'awiyah bin Abi Sufyan, Yazid bin Mu'awiyah dan Marwan bin al-Hakam? Dan setiap orang yang tidak harus penyaksiannya di sisi kami, tidak harus sembahyang di belakangnya? Dan kata-katanya: Penyertaan jemaah mereka, maka jemaah yang manakah? Seorang Murjiah berkata: Sesiapa yang tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak memandi junub, telah merosakkan Ka'bah, telah menikahi ibunya sendiri, maka beliau adalah di atas iman Jibrail dan Mikail. 
Atau seorang Qadariyah berkata: Apa yang telah dikehendaki oleh Allah tidak akan berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Iblis akan berlaku atau seorang Khawarij yang telah melepaskan dirinya daripada Ali bin Abu Talib dan menyaksikan kekafirannya atau seorang Jahmiyyah yang berkata: Sesungguhnya iman itu adalah mengenali Allah semata-mata dan iman bukkanlah sesuatu selain daripadanya (ma'rifah)?!! Beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, di atas dasar apakah mereka telah berkata sedemikian? Maka aku telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s, demi Allah, adalah imam yang wajib di atas kita merujuk kepadanya. Dan penyertaan jemaah mereka: Iaitu [jemaah] Ahlu l-Baitnya, beliau telah berkata: Maka beliau telah mengambil surat (kitab) itu, lalu beliau (Sufyan) mengoyakkannya, kemudian beliau telah berkata: Janganlah anda memberitahu tentangnya kepada sesiapapun.

(627)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah tidak melihat kepada seorang mukmin yang bekerja keras dengan ketaatan kepada imamnya dan [meminta] nasihatnya melainkan beliau bersama kami di syurga.

(628)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin sejengkal, maka beliau telah mencabut ikatan Islam dari tengkuknya.

(629)-5. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin dan menarik balik perjanjian Imam, beliau akan datang kepada Allah a.w dengan penyakit kusta.