Bab 104. Apa yang wajib daripada hak seorang imam a.s ke atas rakyat dan hak rakyat ke atas seorang imam a.s

Apa Yang Wajib Daripada Haq Imam Ke Atas Rakyat Dan Hak Rakyat Ke Atas Imam (ma yajibu min haqq al-Imam 'ala al-Ra'yati wa-haqq al-Ra'yati 'ala al-Imam)

(630)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s: Apakah hak imam ke atas manusia? Beliau a.s telah berkata: Haknya ke atas mereka bahawa mereka mestilah mendengar kepadanya dan mentaatinya: Aku telah berkata: Apakah haknya (imam) ke atas mereka? Beliau a.s telah berkata: Imam membahagi-bahagikan di kalangan mereka dengan saksama dan berlaku adil pada rakyatnya. Apabila beliau melakukan sedemikian kepada manusia, maka beliau tidak peduli siapa yang telah mengambil dari sini dan dari sini.

(631)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s seumpamanya melainkan beliau a.s telah berkata: Beginilah dan beginilah dan beginilah dan beginilah di depannya, di belakngnya, di kanannya dan di kirinya.

(632)-3. Muhammad bin Yahya al-'Attar, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas'adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhianati para wali kamu, janganlah kamu menipu mereka yang memberi petunjuk kepada kamu, janganlah kamu memperbodoh-bodohkan para imam kamu, janganlah kamu memutuskan tali kamu, maka kamu akan gagal dan menjadi lemah. Lantaran itu, hendaklah asas urusan kamu [menjadi kukuh], ikutilah jalan ini. Kerana kamu jika kamu melihat apa yang telah dilihat oleh orang yang telah mati daripada kamu di kalangan orang yang telah menyalahi apa yang kamu dakwahkan kepadanya, nescaya kamu telah keluar dan kamu telah mendengar, tetapi ia adalah terlindung daripada kamu apa yang mereka telah melihatnya, tetapi pada masa akan datang hijab akan dibuang" 

(633)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada 'Abd al-Rahman bin Hammad dan lain-lain, daripada Hannan bin Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Diberitahu kepada Nabi s.a.w sendiri tentang kematiannya ketika baginda s.a.w di dalam keadaan sihat tanpa kesakitan, beliau telah berkata: "dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin" , beliau telah berkata: Lalu baginda s.a.w telah menyeru [manusia] sembahyang jemaah, menyuruh kaum Muhajirin dan Ansar memegang senjata. Apabila orang ramai telah berkumpul, maka Nabi s.a.w telah menaiki mimbar, lalu baginda s.a.w meratap dirinya kepada mereka, kemudian bersabda: Aku mengingati diriku kepada Allah tentang wali selepasku ke atas umatku supaya merahmati jemaah muslimin. 
Menghormati yang tua mereka, merahmati yang lemah mereka dan menghormati yang alim mereka, tidak memudaratkan mereka, lalu menghina mereka, tidak membuat mereka menjadi fakir, kemudian beliau menentang mereka. Tidak menutup pintunya kepada mereka supaya yang kuat mereka tidak memakan yang lemah mereka, tidak "meminggirkan" mereka[?] di dalam utusan mereka kerana ia akan memutuskan zuriat umatku. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Aku telah menyampaikan[nya] dan aku telah memberi nasihat, maka saksikanlah". Abu Abdillah a.s telah berkata: Inilah ucapan Rasulullah s.a.w yang terakhir di atas mimbarnya.

(634)-5. Muhammad bin Ali dan selain daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada seorang lelaki, daripada Habib bin Abi Thabit berkata: Madu dan buah tin telah dibawa kepada Amir al-Mukminin a.s dari Hamadan dan Hulwan Kemudian beliau a.s telah memerintahkan beberapa orang askar supaya membawa[nya] kepada anak-anak yatim dan menyuapkannya [kepada mereka] sedang beliau a.s membahagi-bahagikannya di kalangan orang ramai satu cawan satu cawan. Maka dikatakan kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah mereka menyuapkannya [kepada mereka]? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya imam adalah bapa kepada anak-anak yatim, sesungguhnya aku telah menyuapkan mereka [dengan] ini [dan mereka seperti] di bawah jagaan bapa-bapa [mereka sendiri].

(635)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Isfahani, daripada Sulaimn bin Daus al-Munqari, daripada Sufyan bin 'Uyainah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Nabi s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik bagi setiap mukmin daripada dirinya sendiri dan Ali adalah lebih baik dengannya selepasku, lalu dikatakan kepadanya: Apakah maknanya itu? Maka beliau telah berkata: Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang telah meninggalkan hutang atau kerosakan, maka ia di atasku. 
Sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia adalah untuk warisnya. Justeru, seorang lelaki tidak mempunyai wilayah ke atas dirinya apabila beliau tidak mempunyai harta dan tidak ada perintah atau larangan baginya ke atas tanggungannya apabila beliau tidak memberi nafkah kepada mereka. Nabi, Amir al-Mukminin a.s dan mereka selepasnya tidak dapat mengelak daripadanya. Justeru mereka adalah lebih baik dengan mereka daripada diri mereka sendiri. Tidak ada sebab Islamnya kebanyakan Yahudi melainkan selepas kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w bahawa mereka telah beriman di atas diri mereka dan keluarga mereka.

(636)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban bin Uthman, daripada Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Mana-mana mukmin atau muslim yang telah mati dan meninggalkan hutang, bukan kerana kejahatan (fasad) dan bukan pula kerana keborosan (israaf), maka imam wajib menunaikannya. Jika imam tidak menunaikannya, maka beliau berdosa. Sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk mereka yang fakir, mereka yang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (merdekakan) budak, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan mereka yang sedang dalam perjalanan" Maka beliau adalah di kalangan mereka yang berhutang dan baginya satu saham di sisi imam. Jika beliau (imam) menahannya, maka dosanya ke atasnya.

(637)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Hannan, daripada bapanya, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Imamah tidak layak melainkan untuk lelaki yang mempunyai tiga sifat: Warak yang menghalangnya dari kemaksiatan kepada Allah, sabar yang dapat mengawasi kemarahannya dan wilayah yang baik kepada rakyatnya sehingga beliau kepada mereka sepertilah bapa yang mengasihani. Dan di dalam riwayat yang lain pula: Sehingga beliau terhadap rakyatnya seperti bapa yang mengasihani.

(638)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Mu'awiyah bin Hakim, daripada Muhammad bin Aslam, daripada seorang lelaki dari Tabaristan dipanggil Muhammad, berkata: Mu'awiyah telah berkata: Dan aku telah berjumpa dengan al-Tabari Muhammad selepas itu, lalu beliau telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ali bin Musa a.s telah berkata: Orang yang berhutang apabila beliau telah berhutang atau meminta berhutang pada kebenaran -waham daripada Mu'awiyah- ditangguhkan selama setahun jika beliau senang dan jika tidak, imam akan menunaikannya untuknya daripada [harta] baitulmal.