Bab 105. Sesungguhnya bumi semuanya untuk imam a.s

Sesungguhnya Bumi Semunya Untuk Imam A.S (anna al-Ardha kulla-ha li-al-Imam a.s)

(639)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Khalid al-Kabili, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati di dalam kitab Ali a.s "Sesungguhnya bumi(ini)adalah milik Allah, Dia mewariskannya kepada orang yang Dia kehendaki daripada hamba-hamab-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa" Aku dan keluargaku yang mana Allah telah mewariskan kami bumi[Nya] dan kami adalah "mereka yang bertakwa" dan bumi semuanya untuk kami. Sesiapa yang menghidupkan bumi kepunyaan muslimin, maka hendaklah beliau memajukannya dan hendaklah beliau menunaikan kharajnya (hasilnya) kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau makan daripadanya. 
Jika beliau meninggalkannya atau dan melewatkannya dan ia diambil oleh lelaki muslim selepasnya, lalu beliau memajukannya dan menghidupkannya, maka beliau lebih berhak dengannya daripada orang yang telah meninggalkannya. Beliau hendaklah menunaikan kharajnya kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau telah makan daripadanya sehingga al-Qaim daripada keluargaku muncul dengan pedang. Justeru beliau boleh menjadikannya tempat larangan, menghalangnya dan mengeluarkan mereka daripadanya sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kecuali apa yang ada di tangan Syiah kita kerana beliau membiarkan apa yang dimiliki oleh mereka dan meninggalkan bumi di tangan mereka.

(640)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad berkata: Ahmad bin Muhammad bin Abdillah telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah meriwayatkannya, berkata: Dunia dan apa yang ada padanya adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan kami. Sesiapa yang telah mendapatkan sesuatu daripadanya, maka hendaklah beliau bertakwa kepada Allah, menunaikan hak Allah, membuat baik kepada suadara-saudaranya, jika beliau tidak melakukan sedemikian, maka Allah, Rasul-Nya dan kami melepaskan diri daripadanya.

(641)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid berkata: Aku telah melihat Masma' bin Abd al-Malik di Madinah bahawa beliau telah membawa harta kepada Abu Abdillah pada tahun itu, lalu Abu Abdillah a.s telah menolaknya, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapakah Abu Abdillah a.s telah menolak harta yang anda telah membawanya kepadanya? Beliau telah berkata: Masma' telah berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah berkata kepadanya ketika aku membawa harta kepadanya: Sesungguhnya aku telah menjadi penyelam mutiara di Bahrain, maka aku telah dapat 400 ribu dirham dan aku telah datang kepada anda dengan khumusnya sebanyak 80 ribu dirham.
Dan aku tidak suka menahannya daripada anda dan aku mahu membentangkannya kepadanya dan ia adalah hak anda yang telah dijadikan oleh Allah pada harta-harta kami, maka beliau a.s telah berkata: Atau harta kami dari bumi dan apa yang Allah telah mengeluarkannya darinya melainkan satu perlima (khumus), wahai Abu Sayyar? Sesungguhnya bumi semuanya untuk kami, maka sesuatu yang telah dikeluarkan oleh Allah darinya, maka ia adalah untuk kami. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku akan membawa semua harta kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah memperbaikkan untuk anda dan kami telah menghalalkan anda daripadanya. 
Justeru campurlah kepada anda harta anda. Dan setiap bumi yang ada di tangan Syiah kita, maka mereka padanya dihalalkan sehingga Qaim kami datang. Dan apabila Qaim kami datang, maka beliau akan mengenakan cukai kepada mereka, apa yang ada pada tangan mereka dan akan meninggalkan bumi di tangan mereka. Adapun apa yang ada pada tangan selain daripada mereka, maka sesungguhnya pendapatan mereka daripada bumi adalah haram ke atas mereka sehingga datang Qaim kami, lalu beliau mengambil bumi daripada tangan mereka dan mengeluarkan mereka tanpa sebarang pampasan.
Umar bin Yazid telah berkata: Abu Sayyar telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun daripada pemilik-pemilik tanah dan mereka yang mengendalikan pekerjaan-pekerjaan, memakan [makanan] yang halal selain daripadaku melainkan mereka yang telah memperelokkan [harta-harta mereka] untuknya a.s.

(642)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abi Abdillah al-Razi, daripada al-Hasan bin Ali bin Abi Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah zakat wajib ke atas imam? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, tidakkah anda telah mengetahui bahawa dunia dan akhirat adalah untuk imam beliau meletakkannya mengikut kehendaknya dan memberinya kepada siapa yang beliau kehendaki, adalah harus baginya perkara itu daripada Allah. Sesungguhnya imam, wahai Abu Muhammad, tidak bermalam satu malam selama-lamanya [melainkan] bagi Allah pada tengkuknya hak yang akan ditanya tentangnya.

(643)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhamamad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abdillah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Salih bin Hamzah, daripada Abban bin Mus'ab, daripada Yunus bin Zubyaan atau al-Mu'alla bin Khanis berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Harta kamu daripada bumi ini? Maka beliau a.s telah tersenyum, kemudian berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Jibrail a.s dan memerintahkannya supaya menekankan dengan ibu jarinya lapan sungai di bumi, antaranya Saihan dan Jaihan iaitu sungai Balkh dan al-Khusu' iaitu sungai al-Syasy, Mihran iaitu sungai Hindi dan Nail Mesir, Dajlah dan Furat. Dan apa yang telah mengalir dan dialirkan adalah untuk kami. Dan apa yang untuk kami, maka ia adalah untuk Syiah kami dan bukan untuk musuh kami sesuatupun daripadanya melainkan apa yang beliau telah merampas di atasnya. Sesungguhnya wali kita berada dalam kelapangan di antara langit dan bumi. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: "Semuanya itu bagi mereka yang beriman (mereka yang dirampas ke atasnya) dalam kehidupan dunia khusus untuk mereka pada hari Kiamat" tanpa rampasan.

(644)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Rayyan berkata: Aku telah menulis kepada al-'Askari a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, diriwayatkan kepada kami bahawa tidak ada bagi Rasulullah s.a.w daripada dunia melainkan khumus, maka jawapan telah datang: Sesungguhnya dunia dan apa yang ada di atasnya adalah bagi Rasulullah s.a.w.

(645)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad secara marfu', daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah menciptakan Adam dan Dia telah memberi dunia semuanya kepadanya. Apa yang dimiliki oleh Adam, maka ia adalah milik Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w, maka ia adalah milik para imam daripada keluarga Muhammad s.a.w.

(646)-8. Muhammad bin Isma'il, daripada Fadhl bin Syazan dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menendang dengan kakinya [lalu terjadi] lima sungai, kemudian ia diikuti: Sungai Furat, Dajlah, Nail Mesir, Mihran, sungai Balkh dan apa yang mengalir atau dialirkan airnya, maka ia adalah untuk imam dan lautan yang di kelilingi dunia adalah [untuk imam].
Ali bin Ibrahim, daripada al-Sirriyu bin al-Rabii' berkata: Ibn Abi Umar tidak setara dengan Hisyam bin al-Hakam sedikitpun. Beliau sentiasa datang kepadanya. Kemudian beliau telah berpaling daripadanya dan menyalahinya. Sebabnya bahawa Abu Malik al-Hadhrami adalah salah seorang pengikut Hisyam. Dan telah berlaku perselisihan di antaranya dan Ibn Abi Umar tentang imamah. Ibn Abi Umar telah berkata: Dunia semuanya untuk imam a.s dari segi milik dan sesungguhnya beliau (imam) adalah lebih baik dengannya (dunia) daripada mereka yang mana dunia di tangan mereka. 
Abu Malik pula telah berkata: Tidak sedemikian. Milik manusia adalah untuk mereka melainkan apa yang telah dihukum oleh Allah dengannya untuk imam seperti al-Fai', khumus dan barang rampasan, maka ia adalah untuk imam. Sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada imam supaya meletakkannya dan bagaimana beliau melakukan nya. Maka kedua-duanya telah meredai Hisyam bin al-Hakam dan menyokongnya, lalu Hisyam bin al-Hakam telah menghukum untuk Abu Malik ke atas Ibn Abi Umar, lantas Ibn Abi Umar telah menjadi marah dan meninggalkan Hisyam selepas itu.