Bab 106. Sirah imam a.s pada dirinya, pada makanannya dan pakaiannya apabila beliau menjalankan urusan

Sirah Imam Pada Dirinya, Pada Makanannya Dan Pakaiannya Apabila Beliau Menjalankan Urusan (sirah al-Imam fi nafsi-hi wa-fi al-Mat'am wa-al- malbas idha waliya al-Amr)

(647)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hammad, daripada Hamid dan Jabir al-'Abdi berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku imam pada makhluk-Nya, lalu Dia telah memfardukan ke atasku penilaian pada diriku, makananku, minumanku dan pakaianku seperti manusia yang lemah supaya orang yang fakir mengikuti dengan kefakiranku dan orang yang kaya tidak menzalimi [orang lain] kerana kekayaannya.

(648)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu'alla bin Khanis berkata: Pada suatu hari aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah menyebut keluarga polan dan nikmat yang mereka perolehi, maka aku telah berkata: Jikalaulah [nikmat] ini [telah berlaku] kepada kamu, nescaya kami telah hidup bersama kamu [dengan senang], maka beliau a.s telah berkata: Alangkan jauhnya, wahai Mu'alla, demi Allah, jikalaulah ia sedemikian, maka ia adalah politik di waktu malam dan pelancongan di siang hari, memakai pakaian yang kasar dan memakan makanan yang rendah mutunya, maka ia telah dijauhkan daripada kita. Anda tidak melihat kegelapan [malam] melainkan Allah menukarnya kepada [cahaya] nikmat seperti ini .

(649)-3. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad dan beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan selain daripada mereka berdua dengan sanad yang bermacam-macam tentang hujah Amir al-Mukminin a.s terhadap 'Asim bin Ziyad ketika beliau memakai al-'Abaa' dan meninggalkan al-Mala' , lalu saudaranya al-Rabi' bin Ziyad mengadu kepada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau telah menyusahkan keluarganya dan membuat anak lelakinya berdukacita dengannya, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Di atasku 'Asim bin Ziyad, lalu dibawa kepadanya, manakala beliau a.s telah melihat kepadanya, maka mukanya telah menjadi masam, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda malu kepada keluarga anda? Tidakkah anda merahmati anak lelaki anda? 
Adakah anda melihat Allah telah menghalalkan kepada anda segala kebaikan sedangkan Dia benci anda mengambilnya, anda adalah lebih mudah ke atas Allah daripada itu. Tidakkah Allah telah berfirman: "Dan Dia telah meratakan bumi untuk makhluk(nya)" Tidakkah Allah telah berfirman: "Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dari keduanya keluar mutiara dan marjan" Justeru, penggunaan nikmat Allah dengan perbuatan itu adalah lebih disukai Allah dari penggunaannya dengan kata-kata. Sesungguhnya Allah berfirman: "Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya" Maka 'Asim berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah aku mesti mengikut makanan anda yang rendah mutu dan pakaian anda yang kasar? Maka beliau a.s telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, sesungguhnya Allah a.w telah memfardukan ke atas para imam keadilan supaya menilai diri mereka dengan manusia yang paling lemah, supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu 'Asim bin Ziyad telah mencampakkan al-'Abaa' dan memakai al-Mala'.

(650)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamd bin Muhammad al-Barqiy, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Yahya al-Khazaz, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s dan seorang lelaki telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, anda telah menyebut bahawa Ali bin Abu Talib telah memakai pakaian yang kasar, memakai baju (qamis) dengan [harga] empat dirham dan seumpamanya sedangkan kami melihat anda memakai pakaian yang baru, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s telah memakai [pakaian] sedemikian pada zaman yang tidak boleh diingkari [ke atasnya], jika beliau a.s telah memakai pakaian seperti hari ini, nescaya beliau a.s masyhur dengannya [juga]. Lantaran itu, sebaik-baik pakaian setiap zaman adalah pakaian penduduknya. Hanya Qaim kita Ahlu l-Bait a.s apabila [dilantik] menjadi imam, beliau memakai pakaian Ali a.s dan berjalan mengikut sirahnya.